Keputusan Mengejutkan Pada Malam Akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 #Respek | Dunia Penuh Gosip

Keputusan Mengejutkan Pada Malam Akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 #Respek

Tahniah kepada semua barisan pemenang ABPBH 2016 yang telah berlangsung secara langsung semalam di PICC serta siaran langsung di TV3. Anugerah yang telah masuk tahun ke 29 ini sudah pasti matang dalam segala pengurusan dan juga penganjurannya. Pasti peminat dan juga semua pengiat seni ternanti2 akan pengumuman pemenang pada malam itu. Acara di mulakan dengan Red Carpet di mana celebrity menggayakan pakaian berkonsep #Respek. Namun masih ada artis yang tidak mengikut tema kerana tidak menghormati diri sendiri dengan memakai pakaian terdedah dan tidak menghormati majlis.


Namun tahniah kepada Neelofa yang menang besar pada malam itu apabila diumumkan sebagai pemenang utama memenangi anugerah Bintang Paling Popular 2016. Lagi paling manis apabila anugerah itu turut disampaikan oleh barisan peminat Neelofa sendiri kepada artis kesayangan mereka. Memang satu yang sangat simbolik kepada peminat dan juga artis pilihan mereka. Selain itu juga Neelofa berjaya mengalahkan 4 lagi celebrity melalui kategori Pengacara TV Popular


Selain itu juga turut menang besar pada malam itu adalah Sharnaz Ahmad kerana berjaya membawa pulang 2 anugerah iaitu Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Paling mengejutkan apabila Ayda Jebat tidak berjaya merangkul anugerah utama pada malam itu apabila di tewaskan oleh Adira untuk kategori Penyayi Wanita Popular. Ayda hanya menang untuk kategori online iaitu Artis Trending Popular sahaja. Adakah ini tanda Ayda dah tak ada peminat nak mengundinya atau kemenangan sebelum ini hanya kerana kroni anda fikir sendiri.

Keputusan penuh pemenang ABPBH 2016 adalah seperti berikut :

ABPBH 2016 Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Neelofa
Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman: Fauziah Datuk Ahmad Daud
Artis Baharu Lelaki Popular: Sufi AF2015
Artis Baharu Wanita Popular: Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Fathia Latiff
Pelakon TV Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad
Pelakon TV Wanita Popular: Emma Maembong
Penyanyi Lelaki Popular: Aizat
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Wings
Artis Versatil Popular: Ifa Raziah
Pengacara TV Popular: Neelofa
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Artis Komedi Popular: Abam BOCEY


ABPBH 2016 Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular: Saharul Ridzwan
Personaliti Media Sosial Popular: Lara Alana
Artis Ikon Respek: Datuk Aznil Haji Nawawi
Artis Trending Popular: Ayda Jebat
Artis YouTube Popular: Siti Nordiana






0 comments: