Datuk Siti Nurhaliza Penyanyi Malaysia Terbaik Di AIM 22 | Dunia Penuh Gosip

Datuk Siti Nurhaliza Penyanyi Malaysia Terbaik Di AIM 22

Tahniah buat Datuk Siti Nurhaliza yang telah berjaya merangkul anugerah paling banyak pada malam akhir Anugerah Industri Muzik ke 22 yang berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra dan juga di Astro RIA dan Ria HD. Turut dimenangi Tok Ti pada malam tersebut adalah anugerah paling tinggi iaitu Album Terbaik dan Penyanyi Malaysia Terbaik.


Selain itu juga Datuk Siti memenangi lagi 3 anugerah iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita). Turut sama bersaing kemenangan yang banyak pada malam itu adalah Faizal Tahir melalui kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik AIM 22

Senarai penuh pemenang AIM 22 :

Album Terbaik: Datuk Siti Nurhaliza - Unplugged
Lagu Terbaik: Sejati – Faizal Tahir
Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia: Datuk Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu  (Wanita): Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Akim Ahmad - Potret
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu: De Fam – #Supergirls
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu: Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya
Lagu Pop Terbaik: Sejati – Faizal Tahir
Lagu Rock Terbaik: Mata Hati – Azlan & The Type Writer
Lagu Hip Hop Terbaik: Janji – Altimet & Takahara Suiko
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Firefly – Sonaone
Lagu Nasyid Terbaik: Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza
Lagu Pop Etnik Terbaik: Joget Sulam Sakti – Reena NickySusunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza
Rakaman Album Terbaik: Panic Bird – Froya
Kulit Album Terbaik: Bahtera – Sekumpulan Orang Gila
Video Muzik Terbaik: Not For Sale – Stacy
Artis Baru Terbaik: Syamel
Lagu Muat Turun Paling Tinggi : Akim & The Majistret Lagu Strim Paling Tinggi : Sudah Ku Tahu – Projector Band Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Di Tonton Di Youtube : Projector Band Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Paling Tinggi : Setia – Faizal Tahir & Elizabeth Tan
Anugerah Kembara: Yuna
Anugerah Sri Wirama: Datuk Sheila Majid






0 comments: