Kali Ini Apa Lagi Yang ERA Nak Anugerahkan Dalam EDMA | Dunia Penuh Gosip

Kali Ini Apa Lagi Yang ERA Nak Anugerahkan Dalam EDMA

Buat julung kalinya, ERA akan mengadakan anugerah yang menggunakan 100% digital dan sosial media. Sebelum ini ERA pernah tampil dengan pelbagai majlis anugerah seperti Anugerah ERA pada tahun 2001 hingga 2007 Kemudian tampil dengan Anugerah Meletop ERA pada tahun 2014 hingga 2016. Kali ini apa lagi yang ERA nak anugerahkan?


Anugerah kali ini lain daripada yang lain hanya mempunyai 5 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Nyanyian Semula Di Sosial Media Terbaik, Lagu Paling Emo 2016, Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016! Semua keputusan pemenang adalah daripada unduan penonton dan pengikut sosial media ERA. 

Jangan lupa untuk saksikan malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) bersiaran lansung di Facebook ERA fm pada 18 Januari 2017, jam 9 malam! #ERADMA2016. Layari laman web www.edma.era.fm untuk mengundi dan segala maklumat lanjut. Senarai penuh pencalonan mengikut kategori sebagai panduan korang untuk mengundi. 

Penyanyi Kolaborasi Terbaik
1) Faizal Tahir
2) Juzzthin
3) Tasha Manshahar
4) Waris
5) Yuna

Lagu Nyanyian Semula Di Sosial Media Terbaik
1) Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
2) Haqiem Rusli (Segalanya)
3) Khalifah (Hang Pi Mana)
4) Projector Band (Sudah Ku Tahu)
5) Sufian Suhaimi (Terakhir)

Lagu Paling Emo 2016
1) Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2) Hyperact - Takkan Pergi
3) Ezad Lazim - Demi Cinta
4) Projector Band - Sudah Ku Tahu
5) Sufian Suhaimi - Terakhir

Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 
1) Ayda Jebat
2) Azhael
3) Black
4) Hazama
5) Kaka

Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016
1) Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2) Projector Band - Sudah Ku Tahu
3) Syamel - Hidup Dalam Mati
4) Sufian Suhaimi - Terakhir
5) Tajul - Sedalam-dalam Rindu




0 comments: