Juara AF 2015 Sufi Akhirnya Tersingkir Dalam AF Megastar Minggu Lepas | Dunia Penuh Gosip

Juara AF 2015 Sufi Akhirnya Tersingkir Dalam AF Megastar Minggu Lepas

Memegang tiket sebagai bekas juara AF 2015 tidak menjamin peserta AF Megastar tidak akan tersingkir dan itu yang menjadikan ia begitu getir sekali. Nasib Sufi jauh lebih teruk apabila ia menjadi mangsa penyingkiran minggu lepas setelah berada pada kedudukan bottom 3 untuk dua minggu beturut-turut.


Persembahan sufi minggu ini sangat teruk dan tidak seperti minggu Rock yang mana kali ini beliau menyampaikan lagu Izinkan Ku Pergi. Pihak juri juga tidak yakin dengan persembahan Sufi yang nampak sangat lemah. Walaupun pada minggu itu beliau dinobatkan sebagai Juara Raku dan juga Star Of The Week 2 minggu berturut-turut. 

2 lagi peserta yang berada di bottom 3 adalah Syahir dan juga Amir terselamat kerana hanya ada satu penyingkiran sahaja minggu itu. Keseluruhan persembahan adalah sangat memberangsangkan seperti persembahan Bob, Marsha dan Syamel.

Manakala peserta lain perlu memberbaiki banyak lagi terutama dalam pemilihan lagu dan juga penghayatan kepada lagu agar ia memberikan kesan kepada juri yang banyak memberi markah. Siapa pula bakal tersingkir adakah juara juga atau mereka terus merebut peluang kemasan ini nantikan secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.







0 comments: