Ewal Mangsa Tersingkir Minggu Ini di AF Megastar 2017 | Dunia Penuh Gosip

Ewal Mangsa Tersingkir Minggu Ini di AF Megastar 2017

Ewal membawa lagu Potret yang dipopularkan oleh Akim & Majistret menjadi mangsa tersingkir minggu ini. Undian awal semasa mula program juga kedudukan Ewal sngat bahaya berada di bottom 3 dan akhirnya selepas persembahan nyata nasib tetap tidak menyebelahi Ewal. 


Dua lagi peserta yang menduduki bottom 3 minggu ini adalah Sufi dan Amir J. Namun mereka masih terselamat daripada penyingkiran minggu ini. Sufi juga dinobatkan sebagai Star of the Week AF Megastar minggu ini.

4 peserta yang membuat persembahan menarik pada malam ini adalah Shahir, Syamel, Indah dan juga Sufi. Namun kebanyakan komen juri semua peserta tidak sampai dengan konsep rock yang menjadi tema minggu ini. Tapi bagi saya Shahir punya persembahan lebih realiti dan penuh dengan konsep yang unik dan menarik seperti mana komen Syafinaz.

Minggu depan semua 9 peserta yang tinggal akan menyanyikan lagu Mahakarya iaitu lagu yang telah juara. Siapakah juga bakal menjadi mangsa seterusnya penyingkiran. Sama-sama kita nantikan dan terus mengundi AF Megastar. 





 

0 comments: