Juara Manhajj Mutawwif Milik Ahmad Membawa Pulang RM100,000 | Dunia Penuh Gosip

Juara Manhajj Mutawwif Milik Ahmad Membawa Pulang RM100,000

Setelah lapan minggu peserta bagi rancangan realiti ‘Manhajj Mutawwif’ iaitu Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki, Zeinal Abidin Abdul Hakam, Ahmad Syafik Samat, Muhammad Mustakim Abd. Rahim, Muhammad Syafiq Abdul Rashid, Muhammad Hazim Radzi, Faris Aiman Suliman, dan Raja Muhammad Hafiz Raja Mohd. Saleh bersaing untuk begelar juara. 


Jumaat lepas telah sampai minggu akhir menampilkan Shuib Sepahtu dan Amin Idris sebagai pengacara dan juga hanya 4 peserta sahaja yang layak ke peringkat akhir. Malam Akhir telah berlangsung di Astro Oasis dan Maya HD.

Akhirnya tuah milik peserta Mutawwif Ahmad dinobatkan sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trifo. Manakala tempat kedua milik Mutawwif Shafiq, tempat ketiga milik Mutawwif Taufik dan tempat keempat jatuh kepada Mutawwif Akim.


Program ini memartabatkan Mutawwif seabgai atu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Moga ia dapat melahirkan lebih ramai lagi Mutawwif yang berwibawa dan penuh pengalaman untuk membantu orang ramai mengerjakan ibadah mulia ini.






0 comments: