Raikan AIDILADHA Jihad Terindah Di TV Alhijrah

Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Selain turut dikenali sebagai hari raya haji, Aidiladha turut membawa erti perjalanan kerohanian seorang hamba menuju Tuhannya yang menjanjikan sejuta kemanisan, dan ganjaran terhebat. Aidiladha, Jihad Terindah, adalah ‘tagline’ yang dipilih TV AlHijrah kali ini bagi merayakan sambutan Aidiladha. Kempen ini akan bermula pada 1 Ogos 2018 hingga 22 Ogos 2018.


Aidiladha, Jihad Terindah digunapakai sebagai asas penyiaran dan penerbitan kesemua rancangan istimewa Aidiladha TV AlHijrah. Ini bermaksud, rancangan-rancangan ini memaparkan kesungguhan, ketaatan, kesederhanaan dan kesyukuran hamba yang menagih kasih sayang dan keberkatan Ilahi dalam perjalanan menjadi Duyufurrahman

Antara rancangan-rancangan yang akan disajikan buat semua adalah Labbaikallah, Ustaz Pilot Haji, Interaktif Haji (Musim 2), Dokumentari Ethiopia, Singgahan Abdi, Salam Bumi Ambia dan The Greatest Journey Of A Lifetime.

LABBAIKALLAH



Mulai 1 Ogos 2018 | Setiap Isnin-Jumaat/ 9malam 

Labbaikallah adalah sebuah program perdana TV AlHijrah yang disiarkan secara langsung. Program Labbaikallah memberikan perkembangan terkini pelaksanaan ibadah Haji 1439H serta pelbagai tips dan panduan untuk Duyufurrahman serta ilmu buat semua penonton.



Topik-topik perbincangan adalah seperti Tandus, Kasihnya Ibu, Aku Bertaubat, Sesungguhnya itu Niatku, Tiada Alasan dan banyak lagi. Ustaz Dato’. Dr Izhar Ariff dan Ustazah Hafizah Musa yang bertindak sebagai hos akan ditemani barisan panel jemputan seperti Ustazah Isfadiah, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang,Syamsul Ghau-Ghau, Ustazah Asni dan ramai lagi.

USTAZ PILOT HAJI



Mulai 4 Ogos 2018| Sabtu & Ahad/ 7.30 malam 


Sebuah program bual bicara yang memaparkan Ustaz Luqmanul Hakim sebagai pakar rujuk haji.  Ustaz Pilot Haji akan membawa penonton menyoroti kembali sejarah pensyariatan Ibadah Haji serta rukun pelaksanaannya. Penonton akan dibimbing agar dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna kelak

INTERAKTIF HAJI



Mulai 7 Ogos 2018| Setiap Selasa-Jumaat 6.30 petang 

Interaktif Haji adalah sebuah program yang memberi peluang kepada penonton untuk berkomunikasi, berbincang dan bertanyakan soalan kepada panel yang arif tentang permasalahan Ibadah haji. Antara topik yang akan disentuh adalah seperti Mabrur Haji, Selfie Haji, Haji tapi Haram, Jihad Terindah dan banyak lagi. Soalan-soalan boleh dilontarkan menerusi panggilan telefon, saluran media sosial ‘Facebook’, Instagram dan laman sesawang Interaktif Haji.

DOKUMENTARI  ETHIOPIA



Disiarkan 22 Ogos 2018 | Rabu | 9.30 malam

TV AlHijrah dengan kerjasama Ethiopian Airlines menerbitkan sebuah dokumentari yang membongkar 1001 kisah kehidupan di sebuah  negara yang dikenali sebagai Ethiopia.



Jika kebiasaannya umum mengenali Ethiopia sebagai sebuah negara miskin, dokumentari ini akan menyiarkan sisi berbeza keindahan sebuah tamadun lama yang menyimpan sejarah dan peradaban tersendiri.

SINGGAHAN ABDI



Mulai 23 Ogos 2018 | Setiap Khamis / 6.02 petang

Singgahan Abdi membawa penonton menelusuri Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah Umrah. Selain daripada penerangan tentang ibadah Umrah, turut dimuatkan dalam rancangan ini adalah tips dan panduan untuk memilih agen pelancongan berdaftar bagi mengelakkan penonton menjadi mangsa penipuan.

SALAM BUMI ANBIA



Pada 23 Ogos 2018 | Khamis | 6.30 petang

Salam Bumi Anbia adalah sebuah dokumentari yang mengisahkan perjalanan dan pengorbanan Baginda Nabi Muhammad SAW dalam membimbing umatnya menuju ke jalan yang diredhai Allah.

Turut dipaparkan menerusi rancangan ini adalah kisah dakwah, peperangan, penghijrahan Baginda dari kota Mekah ke Madinah dan Wahyu Al-Quran.

THE GREATEST JOURNEY OF A LIFETIME

Pada 31 Ogos 2017 | Khamis |10.30 pagi

Ramai yang pernah melihat kain kiswah namun tidak ramai yang tahu perincian kain penutup kaabah ini.

The Greatest Journey Of A Lifetime adalah sebuah dokumentari ilmiah yang memaparkan 1001 cerita tentang kain kiswah kaabah yang cukup terkenal dikalangan umat Islam. Menerusi dokumentari ini penonton berpeluang untuk mengetahui  sejarah pembuatannya, kisah pertukaran kain kiswah pada zaman sebelum kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW sehinggalah detik penggantian kain kiswah yang dilakukan dengan penuh tertib.

Jangan lupa untuk kekal di saluran TV AlHijrah sepanjang Ogos ini kerana kesemua program-program ini diterbitkan khas buat penonton TV AlHijrah yang pernah mengerjakan haji, yang bakal mengerjakan haji dan juga yang masih menunggu dengan penuh harapan agar dipanggil untuk mengerjakan haji di Tanah Suci.






0 comments: