Perbezaan Markah Sangat Tipis Peserta Akhir Big Stage Dan Juara Milik Sarah Suhairi | Dunia Penuh Gosip

Perbezaan Markah Sangat Tipis Peserta Akhir Big Stage Dan Juara Milik Sarah Suhairi

Akhirnya berakhir sudah program realiti untuk Budak-budak Baru Nak Up atau #BBNU yang menjadi fenomena selama lapan minggu. Lima peserta akhir yang bersaing pada minggu final adalah Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afiq Shazwan, Wani Kayre dan Baby Shima. Kesemua lima peserta pada malam akhir membuat dua persembahan iaitu lagu pilihan dan juga lagu baru ciptaan untuk mereka


Mempunyai sifat yang rendah diri serta seorang yang selalu ceria memberi tuah kepada anak kelahiran Rawang Selangor iaitu Sarah Suhairi apabila beliau akhirnya dinobatkan sebagai juara bagi program ini. Sarah mengumpul markah tertinggi daripada keempat-empat juri dan undian TikTok sebanyak 66.05% dan membawa pulang wang tunai RM100,000 sserta trofi dari Astro.

Manakala tempat kedua pula dengan perbezaan markah hanya 1.68% sahaja dari juara milik Syafiq Farhain. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi. Manakala tempat ketiga dengan markah keseluruhan 62.17% adalah milik Afiq Shazwan membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. 


Tempat keempat pula adalah milik Wani Kayre dengan perbezaan markah hanya 0.02% dari pemenang ketiga. Sangat sikit perbezaan markah dan beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. Manakala tempat kelima adalah milik Baby Shima dengan markah keseluruhan 58.56%. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi. 

Pada malam akhir ini terdapat dua juri jemputan selain daripada dua juri tetap. Juri jemputan adalah Mark Adam dan juga Mas Idayu yang pernah menjadi juri jemputan pada konsert mingguan sebelum ini. Selain itu juga penonton dihiburkan dengan persembahan dari pada juri tetap iaitu Faizal Tahir dengan lagu terbaru berliau Ragaman dan Datuk Seri Siti Nurhaliza berduet bersama Alif Satar melalui lagu Kisah Ku Inginkan.


Apa pun keputusan telah dibuat dan tahniah kepada juara serta pada semua peserta akhir mahupun yang tersingkir. Anda telah berjaya merubah dunia seni hiburan tanah air dengan kehadiran orang-orang baru lebih berkualiti.  Selamat maju jaya diluar sana. Lepas ni kita dihiburkan pula dengan peserta program yang dinanti ramai Gegar Vaganza Lima.





0 comments: