Pengalaman Hyper Reality STAR WARS : Secrets Of The Empire Di Resort World Genting

Resorts World Genting mengubah landskap realiti maya di Malaysia dan dengan cara yang lebih hebat dan jauh lebih canggih. The VOID ini membawa pengalaman hyper reality yang pertama seumpanya di Malaysia. Peminat setia filem Star Wars wajib mencuba pengalaman ini kerana ia membawa kepada realiti kita seperti dalam filem tersebut. The VOID ini dicipta dengan kerjasama ILMxLAB, sebagai yang pertama di Asia dan akan mula dibuka 6 Disember 2018 di Skytropolis Funland SkyAvenu Genting Highlands.




Permainan daripada filem Star Wars : Secrets of the Empire membawa anda terus ke alam semesta Star Wars di planet Mustafar. Menggunakan teknologi canggih, anda akan dapat mendengar, merasakan, menyentuh dan mencium bau untuk membawa anda lebih dekat dengan cerita, watak dan tempat melalui dunia maya dan fizikal yang dicampur. Semasa sebelum mula permainan ini anda akan diberi penerangan terperinci tentang misi ini yang perlu diselesaikan.



Kemudian anda akan dipakaikan dengan sut khas yang agak berat tapi cukup selesa mengikut saiz anda. Ini kerana sut ini yang akan membawa anda rasa lebih realiti seperti askar Stromtrooper. Bila dilihat pada google yang diberikan anda akan nampak anda berubah putih seperti askar tersebut. Memang real sangat kerana kaki dan tangan segalanya lengkap. Kemudian anda akan dibekalkan dengan senjata laser khas untuk menyerang musuh.



Di bawah perintah pemberontakan yang bangkit, satu pasukan terdiri daripada empat orang akan masuk planet Mustafar yang cuba ditakluk. Misi anda adalah untuk memulihkan keadaan dan menentang musuh yang penting untuk memhapuskan pemberontakan. Di samping bantuan robot K-2S0, pasukan anda mesti menavigasi kemudahan musuh yang menghadapi bahaya pada setiap masa. Menyamar sebagai pemanah roket, merebut blaster, menyelesaikan teka-teki, dan melawan raksasa lava gergasi dalam usaha untuk memenuhi misi anda.



The VOID di Resorts World Genting akan menjadi lokasi pertamanya di Asia menyediakan pemaninan ini. Ia dijangka menjadi salah satu tarikan yang mesti dikunjungi di Genting Highlands cuti sekolah ini. Jualan tiket telah bermula untuk Star Wars: Secrets of the Empire dan pre-order kepada orang awam telah dibuka mulai 30 November 2018 pada harga RM130 setiap satu misi. Satu game ini akan mengambil masa dalam 15 minit sahaja tapi bila sudah berada dalam permainan terasa begitu pantas masa berlalu. Good luck team.

Maklumat lanjut dan booking tiket hubungi:-
Tel : +603 2718 1118 
Laman web : www.rwgenting.com






15 ulasan:

  1. Bestnyaaa! Bawa anak² mesti suka tapi rasanya mak pak dia yg lebih teruja. Hihihi. Baru tahun lepas pergi genting. Bilalah dpt sampai lagi kesana. Hopefully dpt pergi for one fine day. InShaaAllah

    BalasPadam
  2. rm130 for 15 minutes?! wow! everything is so pricey up there! seems fun tho, so those fans would be willing to pay just to get a try of it, especially star wars fans!

    christmas buffet with discount promo code!

    BalasPadam
  3. bestnya pengalaman sebegini. Patutnya hari tu ajak Rawlins sekali baru boleh merasai pengalaman sebegitu bersama. Hehe

    BalasPadam
  4. Nampak syok la macam ni. Anak akak sure teruja nak cuba benda macam ni. Ummi dia hmmm....alaaa mesti Darth Vader ada ni. Sejenis yang cepat terkejut la. Hehehe

    BalasPadam
  5. Ada benda baru kat sini. Yeay!!! boleh la gi try. I benda camni memang suka sangat sangat. Pengalaman baru.

    BalasPadam
  6. waa mcm best jee tgk main dlm tuu, nicelaa dpt tmbh pengalaman mcm ni kan, bukan selalu dpt try dan rasai sendiri mcm ni hehe. last pergi sana masa awal2 tahun dulu, nnt if pergi lg boleh la usha2 this one pulak hehee 😁

    BalasPadam
  7. Haritu tengok video memang exciting gila sebab boleh masuk dunia reality star wars. Hope sangat badan sihat, teringin tau game extream macam ni.

    BalasPadam
  8. It's not cheap but definitely worth the experience especially for those who love Star Wars. They'll be thrilled.

    BalasPadam
  9. nampak smart gituuuu tapi mahal juga kos dia kan hahahaha..peminat filem ni mesti takkan lepas peluang..dapat masuk ke dunia reality star wars..cool gitu

    BalasPadam
  10. Hahaha pehh Star Wars pulak ehh. Nampak comel je Maha pakai costume tu ekeke. Tak pernah lagi try main game camni. Perasaan tu mesti nervous semacam je kann. Btw, RM130 untuk satu misi tu per team eh? Ke per head? Hehe.

    BalasPadam
  11. Wow wooo menarik ni! Peminat Star Wars semua confirm kena try at least sekali. Saya yang bukan peminat Star Wars dan games pun rasa teruja bila dengar boleh feel in reality macam ni, pun teringin nak merasa sama hahaha. RM130 per kepala ke macam mana tu?

    BalasPadam
  12. Rm130 ntk 15minit klau per head agak mahal. Tapi tak kenal maka tak cinta kan. Kena try baru tahu berbaloi ke tidak. Kalau suami suka lah aktiviti camni sebab polis kan biasa p menembak.haha.. kalau ena mampu tengok je..

    BalasPadam
  13. Amboiii kemain lagi MAHA yea!! ada stail wooo!! Masak nie kalu anak teruna tgk.. dia mmg suka aktiviti yg ada kena mengena dgn ikon favourite dia Star wars nie.. confirm merengek minta AM bawakan ke sana nie..

    BalasPadam
  14. Uiks, tarikan baru kat Genting ni..barulah ada mood nak pergi ke sana walaupun plan nak ke themepark baru memang takkan kesampaian..haha..tp RM130/pax..kalau 3 org..errr

    BalasPadam
  15. Woww.da bukak dah ehh...masa pi harintu xbukak lagi.. Ruginyaaaa... .Macam best ja dalam ni... Instagrammable gitohhh

    BalasPadam