Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal 1 juta Penonton Dalam Masa 7 Hari Tayangan | Dunia Penuh Gosip

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal 1 juta Penonton Dalam Masa 7 Hari Tayangan

Satu rekod membanggakan sebuah karya filem animasi tempatan yang 100% dihasilkan oleh anak muda negara kita. Upin Ipin Keris Siamang Tunggal telah memasuki panggung pada tanggal 21 Mac lalu dan kini masih lagi ditayangkan di seluruh panggun di Malaysia. Filem ini telah memecah rekod filem animasi tempatan pertama yang mendapat sambutan luar biasa.


Mengikut jumlah kutipan yang telah dikeluarkan baru-baru ni filem ini telah mencecah RM5.7juta dalam masa 4 hari tayangan sahaja di seluruh panggung di Malaysia. Adakah ia bakal menjadi filem paling laris tahun ini dan mengatasi filem-filem yang pecah panggung sebelum ini. Masih ada beberapa hari lagi untuk anda pergi membawa anak-anak menonton filem ini di panggung.

Sinopsis Filem 

Seperti semua tahu filem ini mengisahkan perjalanan dua beradik kembar Upin Ipin dan kawan-kawan mereka menjumpai keris mistik di rumah Tok Dalang semasa waktu mengemasnya. Dari situ ia membawa mereka masuk terus ke dalam kerajaan Inderaloka. Ketika cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka terpaksa mengharungi beberapa cabaran dan pengalaman yang menyedihkan, menyayat hati serta menggembirakan sebelum boleh pulang ke tempat asal mereka.

Dengan bantuan daripada watak-watak dongeng dan cerita rakyat Malaysia seperti Raja Bersiong, Mat Jenin, Belalang, Nakhoda Ragam, Bawang Putih Bawang Merah dan banyak lagi. Semua kisah rakyat ini wajib ditonton dan merasai sendiri pengalaman luar biasa dalam filem ini. Ayuh semua kita mengangkat karya Les' Copaque Production sebagai filem animasi tempatan bertaraf antarabangsa yang semua rakyat Malaysia harus banggakan.


Filem ini juga bakal memasuki pasaran negara Asia lain seperti China, Indonesia, Vietnam dan Taiwan. Ini akan terus menjadikan filem ini sesuatu yang luar biasa dan melangkaui dunia perfileman animasi negara. Teruskan menonton filem ini kerana sekarang sehingga post ini ditulis ia telah mencecah 1juta penonton seminggu ditayangkan di Malaysia sahaja ok. Good luck to produksi Upin & Ipin.     






0 comments: