Han Byul Peserta Luar Malaysia Juara Big Stage 2019 | Dunia Penuh Gosip

Han Byul Peserta Luar Malaysia Juara Big Stage 2019

Siapa sangka kelainan yang dibawakan oleh program realiti paling popular tahun ini membuahkan hasil yang sangat luar biasa. Ini kerana peserta bukan dari Malaysia menjadi juara bagi program musim kedua ini. Tahniah kepada Han Byul berjaya menambat hati juri dan juga undian penonton sekaligus melayakkan beliau begelar juara.


Konsert akhir program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah semalam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi. Seramai lima peserta telah berentap di pentas Big Stage untuk berebut gelaran juara.

Han Byul telah menewaskan empat peserta lain iaitu Neeta yang berada di tempat kedua, Adzrin ditempat ketiga, Irfan Haris ditempat keempat dan Dinda Permata yang turut bersaing di peringkat akhir program tersebut.


Big Stage 2019 minggu ini menyaksikan semua finalis menyampaikan dua buah lagu dimana satu lagu cover dan satu lagi lagu sendiri milik mereka. Ternyata kemampuan Han Byul menyampaikan lagu ciptaan Haqiem Rusli bertajuk Luka Dan Bahagia memberi kelebihan kepada peserta ini. 

Selaku juara Han Byul membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah trofi, sebuah telefon baru Vivo V17 Pro, dan paling best adalah sebuah kereta baru Produa Axia. Manakala Neeta pula ditempat kedua membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Malam akhir tu juga  menampilkan Misha Omar sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.






0 comments: