Senarai Perserta Big Stage Musim Ketiga Tiada Bakat Luar Negara | Dunia Penuh Gosip

Senarai Perserta Big Stage Musim Ketiga Tiada Bakat Luar Negara

Walaupun masih dalam PKPP dan juga SOP yang dikenakan untuk sebarang persembahan dan juga program melibatkan ramai orang pihak Astro tetap meneruskan program yang menjadi tular dari musim pertama hingga kedua iaitu Big Stage. Persembahan kali ini juga tetap akan dibuat secara langsung tapi mematuhi peraturan yang ketat dengan hanya limit 200 orang penonton sahaja dibenarkan.


Tahun ini juga menyaksikan tiada lagi perserta dari luar negara kerana larang untuk orang luar masuk ke negara ini yang masih diperketatkan oleh pihak kerajaan. Maka 12 orang peserta Big Stage musim kali ini adalah peserta tempatan sahaja dan mereka terdiri daripada artis yang telah mempunyai single dan juga muncul dalam beberapa program realiti lain sebelum ini. Jom kita kenali senarai peserta Big Stage musim ketiga. 

Usop (Mentor Milenia)

Peserta Naib Juara daripada program realiti Mentor Milenia 2017 ini memberanikan diri juga untuk sertai semula program realiti seperti ini. Sebelum ini Usop telah muncul dengan beberapa single sendiri seperti 'Aku Yang Bersalah' dan 'Selamanya'. Mampukah Usop memberi saingan kepada peserta lain dalam program ini dengan pengalaman yang ada sama kita nantikan.

Qody Rany (Mentor Milenia)

Ini juga adalah salah seorang peserta daripada program realiti Mentor Milenia 2016 dan juga merupakan naib juara pada musim tersebut. Qody adalah anak kelahiran Langkawi telah mempunyai juga beberapa single yang meletop seperti Dia, Biar Aku dan Hanya Kata. Adakah Qody persaing hebat dalam program ini. Jangan pula nanti dua perserta yang berpengalaman ini tersingkir awal sudah lah.

Azzam Sham (Idola Kecil)

Beliau juga lahir daripada program realiti tapi pada usia beliau 12 tahun melalui program Idola Kecil musim kedua. Kini beliau telah berusia 23 tahun dan juga telah mempunyai beberapa single popular seperti Kekasihku, Cinta Sejatiku, Biar Saja dan Cinta Gila. Mampukan Azzam memberi saingan hebat kepada abang-abang dan kakak yang ada dalam program ini nanti kita tunggu.

Yamani Abdillah

Siapa tak kenal peserta seterusnya ini merupakan anak kepada penyanyi lelaki paling lagend dan popular tanah air iaitu Dato Jamal Abdillah. Masih muda berusia 19 Tahun dan juga telah ada satu single sendiri iaitu Bunga Seroja. Kini beliau masih menuntut di ASWARA. Adakah beliau mampu mewarisi bakat yang datang dari bapanya kita saksikan nanti.

Amir Hasan

Ini adalah seorang pengacara program Gempak TV di Astro. Berusia 24 tahun dan memang meminati muzik sejak dari kecil dan pandai bermain alat muzik. Adakah bakat beliau dalam bidang nyanyian akan membawanya jauh atau terus menjadi pengacara yang popular nanti. 

Fadh Majid

Anak kelahiran Melaka dan berusia 27 tahun ini juga mempunyai bakat mencipta lagu dan turut mencipta lagu beliau sendiri bertajuk Bukan Takdirku. Rupanya beliau adalah adik kepada bekas peserta AF9 iaitu Raqib Majid. Mampu beliau menyerlah seperti mana abangnya dalam program ini nanti kita sama saksikan ok.

Hafiz Zainal

Perserta ini merupakan seorang Dokto Gigi yang pernah viral satu masa dulu dan berusia 28 tahun. Berminat menyanyi dan telah menyertai banyak pertandingan nyanyian dalam dan luar negara. Mampu doktor ni menyerlah dalam program Big Stage atau terus kan usaha untuk membuka kilinik giginya sendiri nanti kita bagi sokong ok. 

Dinie Rashid

Beliau merupakan peserta orang kelainan upaya penglihatan. Namun juga aktif dalam bidang nyanyian dan ada beberapa buah lagu sendiri dan juga telah menjadi runut bunyi untuk beberapa buah drama di Malaysia. Beliau ada rakan duo yang turut sama menyanyi iaitu Khai. Menjadikan Caliph Busker sebagai idola. Kita saksikan kehebatan perserta ini di program secara langsung nanti ok.

Sandra Dianne

Sandra merupakan seorang penyanyi yang popular dengan lagunya Hey Kau. Mesti ramai tahu dan juga suka dengan lagu inikan. Anak kelahiran Sabah ini berusia 26 tahun dan juga minat menyanyi dari sejak kecil lagi. Adakah mereka yang berpengalaman sebagai artis ini bakal memberi saingan hebat kita tunggu lagi.

Nana Sheme

Siapa tak kenal Nana Sheme penyanyi lagu Hantu atau Buaya yang menjadi siulan anak muda pada masa itu. Selain itu juga ada lagu lain yang popular seperti Boleh Blah, Jom Coffee Coffee, Cemburu dan banyak lagi. Beliau berasal dari Sarawak dan berusia 25 tahun pernah tercalon untuk beberapa anugerah di Malaysia. 

Farisha Irish (Idola Kecil)

Beliau juga adalah bekas naib juara program realiti Idola Kecil musim keempat. Kini telah merakamkan beberapa buah lagu seperti Bebel dan Alasan Terindah. Beliau juga berbakat dalam pengacaraan dan pernah mengacarakan program tv dan program kanak-kanak. Berawajah manis adakah satu peluang untuk beliau memikat hati penonton dan juri kita saksikan nanti.

Hanie Soraya

Bakat dalam mencipta lagu membuatkan beliau terlibat dalam industri nyanyian sejak dari usia 19 tahun lagi. Antara lagu yang pernah beliau rakam adalah seperti Hujung Dunia dan Pantas. Beliau adalah graduasi dari Mesir dan juga bercita-cita menjadi seorang doktor. Adakah bakat yang ada dalam diri beliau mampu diserlahkan di dalam Big Stage kita saksikan. 

Program realiti ini masih mengekalkan gandingan pengacara yang sama iaitu Alif Satar dan juga Sherry Alhadad. Manakala juri tetap pula tahun ini menyaksikan Dayang Nurfaizah, komposer Ajai dan juga Faizal Tahir menggalas tugas berat kali ini. Juga kelainan tahun ini adalah munculnya ‘Presiden Netizen’ yang bakal membawa suara Netizen yang terdiri daripada mereka yang popular dalam dunia sosial media iaitu Neelofa, Caprice dan Michael Ang. Apalah akan jadi Big Stage kali ini sama-sama kita saksikan bermula 16 Ogos 2020 di Astro Ria dan juga Ria HD jam 9.00 malam. 







0 comments: