Lagu Raya Generasi Z VS Lagu Raya Evergreen | Dunia Penuh Gosip

Lagu Raya Generasi Z VS Lagu Raya Evergreen

Tahun ini kita dapat lihat lahirnya banyak lagu raya yang terkini dan juga daripada generasi Z menakluki corong sosial media di Malaysia. Kalau dulu kita rindu akan lagu malar segar yang membuai dan juga penuh dengan emosi menyentuh jiwa. Namun bagi generasi Z sekarang ini lagu lebih kepada rentak yang rancak dan juga rap. Di sini disenaraikan lagu-lagu generasi sekarang yang mula menambat hati peminat lagi raya. 




1) Iman Troye - Pejam Celik Hari Raya

Lagu Raya dari bintang baru ini adalah antara lagu raya paling awal di lancarkan iaitu pada awal Ramadan lagi. Kini lagu ini telah menjadi trending dan juga siulan dibibir anak muda kerana muzik kena dengan jiwa generasi Z sekarang ini. Muzik video rasmi lagu ini juga telah mendapat tontonan sebanyak 3.2 juta. Juga lagu ini menjadi lagu untuk promosi Shopee Raya tahun ini. 



2) Dolla - Raya Raya Raya

Ini juga lagu baru sahaja dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadan baru-baru ini. Kumpulan Dolla yang terdiri daripada empat anak gadis muda dan sexy ini menyerupai kumpulan K-pop dengan membawa lagu bertema pop dance. Kelincahan mereka menari juga menjadikan kumpulan mendapat tumpuan peminat kerana kita dahagakan artis kumpulan wanita yang semakin pupus di Malaysia.



3) Yonnyboii, Luca Sickta, Kmy Kmo, Abubakarxli, Siqma, ASYRAF NASIR - Rap Der Raya

Ini satu lagi lagu raya yang kalau anda dengar tak rasa seperti nak beraya pun walaupun muzik video belatar belakangkan kesibukkan artis baru ini membuat persiapan raya. Lagu ini tiada sentuhan tradisional dan juga banyak unsur rap membuatkan ia lain daripada lagu raya yang lain. 



4) Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, Usop, Masya Masyitah & Ruffedge - Aidilfitri Lembaran Baru

Ini adalah seperti mana konsep yang pernah popular satu masa dahulu dimana syarikat rakaman menggabungkan semua artis bawah naungan mereka untuk menyampaikan lagu raya. Jimat dan cut cost sikit kot. Tapi lagu ini masih menarik dan juga ada unsur rasa nak beraya dan happening dengan gelagat penyanyi dalam muzik video. Muzik video rasmi lagu ini telah ada di Youtube dan semua digital platform.



5) Fairuz Fee Tauhid - Kay Kay Raya Gee

Maaf Fairuz Fee lagu raya bertajuk Kay Kay Raya Gee ini tak kena dengan jiwa orang muda atau juga yang evergreen sekarang ini. Rasa lagu sebelum ini iaitu Insafi Ramadhan Raikan Lebaran lebih sedap dan juga tarian lebih molek. Tapi usaha yang bagus daripada artis underground yang membuat lagu sendiri dan juga muzik video sendiri. Boleh tonton lagu ini telah ada di Youtube Fairuz Fee Tauhid.


Apa pun lagu Raya yang hendap diproduce kepada pendengar dan juga rakyat Malaysia biarlah ada unsur nasihat dan juga menyentuh jiwa serta keinsafan. Walaupun kita gembira hari raya tapi tetap kena berserderhana. Kita masih lagi dengan SOP tau raya ni hati-hati semua kaki ayam jer senang tak boleh jejak wakakaka..









0 comments: