Tahniah Janna Nick Bintang Paling Popular Dalam ABPBH 34 | Dunia Penuh Gosip

Tahniah Janna Nick Bintang Paling Popular Dalam ABPBH 34

Tahniah Janna Nick dengan undian 86,374,777 trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 berjaya dimiliki oleh pelakon serba boleh ini. Janna membawa pulang sebuah kereta, telefon pintar sumbangan Xiomi dan juga trofi. Janna juga turut menang dalam beberapa lagi kategori lain iaitu Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular. Tahniah Janna dan memang beliau layak untuk kemengan ini setelah berusaha keras dalam untuk terus bertahan dalam dunia seni walaupun dihimpit pelbagai kontroversi.



Trend kemenangan peserta kali ini juga nampak mula berali kepada beberapa nama baru yang berjaya menewaskan mereka yang lebih senior. Ini dibuktikan dalam pemilihan Artis Komedi Popular iaitu Asif yang mula dikenali ramai dalam lakonan drama spontan di Youtube dan filem pertama lakonannya Mael Totey.



Selain itu juga, kemenangan mengejutkan Dinie Rashid dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular menampakkan pemilihan peminat berdasarkan populariti yang diraih. Dinie sebelum ini populat di laman Youtube dan juga muncul dalam program realiti Big Stage tahun 2019 lalu. 

Apa pun tahniah kepada semua pemenang. Senarai penuh pemenang ABPBH 34 :

Bintang Paling Popular: Janna Nick
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Habsah Hassan

Kategori Utama
Artis Baharu Lelaki Popular: Dinie Rashid
Artis Baharu Wanita Popular: Dolla
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi: Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi: Siti Nordiana
Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular: Janna Nick
Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Pengacara TV Popular: Janna Nick
Artis Versatil Popular: Siti Nordiana
Artis Komedi Popular: Asif Suhaimi
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Aina Abdul dan Khai Bahar (lagu Nafas Cinta)
Watak Animasi Popular: Ejen Ali

Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular: Kamal Adli dan Uqasha Senrose (drama Perempuan Tanpa Dosa)
Gandingan Serasi Filem Popular: PU Riz dan Wanna Ali (filem Ada Apa Dengan Dosa)
Watak Antagonis Popular: Liza Abdullah
YouTuber Popular: Aqil Zulkiflee
Artis TikTok Popular: Khai Bahar
Anugerah FANtastik Popular: Siti Nordiana FC


Malam anugerah ABPBH 34 telah berlangsung pada 13 Nov yang lalu di dewan Putra World Trade Center (PWTC) bertemakan #KITABERSAMA dibawakan oleh Xiaomi dan dikendalikan tanpa penonton mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara. Nantikan pula anugerah lain yang bakal muncul tak lama lagi setelah banyak sektor mula dibuka oleh kerajaan.









0 comments: