Kamal Dan Uqasha Telah Sebulan Berumah tangga | Dunia Penuh Gosip

Kamal Dan Uqasha Telah Sebulan Berumah tangga

Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri.



Menurut laporan berita, Kamal dan Uqasha diijabkabul pada Jumaat (5 Nov) di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Janda Baik, Pahang.

Dalam majlis akad nikah itu, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan mas kahwin RM22.50 kepada isterinya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29.

Kamal turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada Uqasha. Pasangan berkenaan membuat pengumuman itu dalam sidang media khas anjuran Astro pada Selasa (7 Dis).

Stesen televisyen tersebut turut mendapat hak penyiaran eksklusif majlis pernikahan dan persandingan pasangan pelakon itu. Sebanyak tiga episod bermula dengan majlis persiapan, pernikahan dan persandingan akan ditayangkan pada 11, 18 dan 25 Disember ini di saluran Ria.








0 comments: