TIRO Juara Maharaja Lawak Mega 2021 | Dunia Penuh Gosip

TIRO Juara Maharaja Lawak Mega 2021

Gabungan tiga orang dalam kumpulan Tiro Syarif, Syaiful dan Daniel menjadikan kumpulan ini berjaya bergelar juara MLM 2021 yang telah berlangsung pada malam Jumaat yang lalu. Ini sekali gus mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM500,000.00 dan juga trofi kemenangan pada malam akhir tersebut. Kumpulan ini juga berjaya menewaskan empat lagi kumpulan lain iaitu Puteh yang berjaya ditempat kedua, Boro di tempat ketiga dan juga Bahye dan Tobat berada di tempat keempat dan kelima.



Malah, MLM 2021 musim ini menampilkan sedikit kelainan dengan mewujudkan ‘Sang Bara’ iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad yang menjurikan peserta secara misteri sebelum didedahkan identitinya malam akhir tersebut. Juga turut dijurikan oleh juri tetap iaitu Dato Rosyam Noor, Dania Daniel, Noh Hujan dan Uqasha Senrose. 

Kumpulan Tiro berjaya mendapat lima HA untuk persembahan pertama yang bertemakan bebas dan juga lima HA lagi untuk persembahan kedua untuk tema Muzikal. Maharaja Lawak Mega 2021 telah berlangsung selama 10 minggu dengan disertai oleh 11 barisan peserta yang terdiri daripada gabungan pelawak terkenal tanah air.



Setiap minggu peserta ditugaskan untuk menyampaikan sebuah sketsa lawak dan mereka akan diadili oleh orang ramai iaitu melalui undian online sebanyak 30%, manakala 70% lagi adalah daripada markah juri tetap. Tahniah kepada semua pelawak tanahair dan diharap akan ada pelapis pelawak seperti ini selepas ini kerana sekarang tengan berlangsung di Astro program Mencari Sepahtu Yang Hilang iaitu program realiti mencari pelawak pelapis. Boleh ditonton setiap minggu pada hari Khamis di Astro Warna jam 9.00 malam. 









0 comments: