Raya Berilhamkan Songket Berwarna-warni Di The Curve | Dunia Penuh Gosip

Raya Berilhamkan Songket Berwarna-warni Di The Curve

Setelah dua tahun menyambut hari Raya Aidilfitri secara sederhana, ramai yang tidak sabar untuk beraya bersama sanak saudara serta rakan taulan pada tahun ini.  Bagi melengkapkan persiapan Hari Raya, the Curve mengalu-alukan semua pengunjung  untuk menikmati kemeriahan perayaan di the Curve pada bulan Ramadan ini. Berinspirasikan keindahan warna serta kehalusan tenunan songket, Centre Court berubah wajah dengan sentuhan Arab kontemporari, istimewa untuk para pengunjung the Curve.



Bermula 1 April hingga 4 Mei 2022, pengaruh songket yang kaya dengan sejarah diperlihatkan dalam persekitaran yang berwarna hijau, kuning dan merah jambu serta dilengkapi gerbang dan kubah mini berjalur yang anggun dengan gaya bina Moorish. Penggunaan lampu LED menyerlahkan lagi keanggunan songket, manakala hiasan perayaan yang bergemerlapan menceriakan suasana dari Centre Court hingga ke ruang Fashion Walk dan the Street.

Seperti kebiasaan pada musim perayaan, the Curve menganjurkan persembahan tarian muzik istimewanya di Centre Court pada setiap hujung minggu dan cuti umum, pada pukul 2.00 petang dan 5.00 petang Saksikan ekstravaganza yang memaparkan reka tari khas serta pakaian yang menarik dalam persembahan bertemakan “Raya Estetika”. Di samping itu, para pengunjung boleh menikmati lagu-lagu Raya dan alunan muzik yang ceria seperti keroncong, ghazal  dan gabungan caklempong serta serunai dengan alat muzik tradisional bersama kumpulan pemuzik Melayu moden. 

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan & Pelaburan Hartanah, Boustead Properties Berhad, berkata, “Songket bukan hanya hamparan kain yang cantik; tenunannya juga melambangkan hubungan antara ahli keluarga dan orang tersayang. Berlandaskan/berdasarkan semangat kekeluargaan ini, kami mengalu-alukan pengunjung untuk datang  ke the Curve sempena bulan Ramadan dan Hari Raya tahun ini bersama saudara mara dan rakan taulan agar mereka dapat menjalin semula hubungan dan mengeratkan lagi silaturahim. Sama ada untuk membeli baju raya, perhiasan dan barangan keperluan rumah mahupun berbuka puasa di pilihan restoran yang terdapat di the Curve atau  sekadar ingin menikmati suasana yang meriah, the Curve ada sesuatu untuk semua pengunjung yang bertandang ke pusat beli-belah kami.” 



the Curve juga menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Bazar Raya di Centre Court, Fashion Walk dan Fashion Court menampilkan peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai barangan, termasuk pakaian, aksesori serta pilihan kuih raya yang lazat.

Hadiah-hadiah menarik juga menanti mereka yang membeli-belah di the Curve sepanjang tempoh kempen ini. Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dalam maksimum dua resit layak untuk menebus satu Cabutan Bertuah Raya, satu baucar tunai RM10, RM20, atau RM50, beserta satu Pek Estetika Raya. Selain itu, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM400 dalam maksimum dua resit akan layak untuk menebus baucar tunai yang sama di samping dua Cabutan Bertuah Raya. 

Tiga pelanggan bertuah yang dipilih melalui cabutan bertuah pada setiap hari Isnin sepanjang kempen ini berpeluang untuk mendapat ganjaran baucar tunai bernilai RM500 setiap seorang. Di kemuncak kempen Raya, seorang pelanggan bertuah dengan perbelanjaan tertinggi akan membawa pulang hadiah utama iaitu baucar tunai bernilai RM2,000. 

Semua aktiviti di the Curve akan diadakan selaras dengan prosedur operasi standard yang mengutamakan keselamatan. Dapatkan maklumat lanjut tentang kempen Raya the Curve dengan menelefon 03-7710 6868 atau www.thecurve.com.my atau www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau https://www.instagram.com/thecurve_official/ (thecurve_official)








0 comments: