Tracie Dinobatkan Juara Pertandingan Akhir Dewi Remaja 2022 | Dunia Penuh Gosip

Tracie Dinobatkan Juara Pertandingan Akhir Dewi Remaja 2022

Peserta kelahiran Sabah, Tracie, 21 dinobatkan juara pertandingan Dewi Remaja 2022 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Kemenangan itu menyaksikan Tracie atau nama sebenarnya Tracie Sinidol berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 serta trofi.



Tempat kedua pula menjadi milik Bee Aishah manakala tempat ketiga  dimenangi Kimberly, diikuti Alyssa di tempat keempat. Pada majlis itu, Alyssa turut dipilih sebagai Dewi Aktif manakala Tracie memenangi kategori Dewi Favourite menerusi hasil undian peminat di laman web rasmi Remaja. Dalam masa sama, Dewi Inspirasi pula menjadi milik Keeran.

Pada malam kemuncak itu, kesemua sepuluh finalis diberi cabaran untuk menghuraikan perkataan yang diberi secara rawak. Bagaimanapun pada pusingan pertama hanya empat peserta yang layak iaitu Tracie, Bee, Kimberly dan Alyssa. Pusingan itu turut menyaksikan enam finalis lain tersungkur iaitu Rasyiqah, Janani, Auni, Dina, Hyeley dan Zafira.

Pada pusingan kedua, keempat finalis diberi soalan kritis secara spontan daripada barisan juri. Kesemua finalis diadili barisan juri terkenal seperti Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah dan Didie Alias.





1 ulasan: