Dato Sri Siti Nurhaliza, Maya Karin, Elizabert Tan Antara Penerima Anugerah MCMILLAN GLOBAL AWARDS 2022 | Dunia Penuh Gosip

Dato Sri Siti Nurhaliza, Maya Karin, Elizabert Tan Antara Penerima Anugerah MCMILLAN GLOBAL AWARDS 2022

‘McMillan Global Awards 2022’ menyaksikan selebriti tempatan seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Penyanyi terkenal Malaysia), Maya Karin (Pelakon terkenal Malaysia), Elizabeth Tan (Pelakon Malaysia), Jestinna Kuan (Penyanyi Malaysia) dan Joey Leong (Pelakon & penyanyi Malaysia) beserta artis-artis Hong Kong seperti Just Cheung, Wiyona Yeung, Ophelia 3 dan Eric Lau menerima anugerah di atas pencapaian mereka dalam bidang seni. Acara gilang-gemilang itu turut dihadiri artis Hong Kong iaitu Maryjane Kwong dan Kit Lam. Acara tersebut dianjurkan oleh McMillan Woods Global di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, Malaysia, bertemakan “Vol. 9”, diinspirasikan oleh novel James Bond tahun 1953, bersempena dengan ulangtahun McMillan Woods Global yang ke-9.



‘McM Global Awards 2022’ merupakan manifestasi komitmen ahli-ahli McM Woods Global seluruh dunia untuk mempromosikan kepimpinan bertauladan dan mengiktiraf kejayaan para usahawan dari setiap sektor industri. Anugerah tersebut memberi penghormatan kepada sumbangan besar mereka secara keseluruhan ke arah pembangunan ekonomi global, terutamanya pada masa yang sukar ini.

Presiden McMillan Woods Global, Dato’ Seri Dr. Raymond Liew berkata, “2022 merupakan tahun yang penting kepada semua industri untuk pulih atau perniagaan untuk dimulakan semula akibat pandemik. Tahun ini amat mencabar dan kami di McMillan Woods Global akan lakukan yang terbaik untuk menjadi medium bagi membantu para pemain industri yang sedia ada ataupun yang akan datang lantas memudahkan proses pemulihan dengan menyediakan acara rantaian perniagaan, ceramah industri, pameran dan sebagainya dengan tujuan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.



McMillan Woods Global yang terkenal dengan inisiatif kebajikannya melalui program ‘McM Cares’ telah menyumbang sebanyak RM 2 juta kepada pelbagai usaha kebajikan. Pada tahun ini, McMillan Woods Global mensasarkan untuk mengumpul dana lebih dari RM 500,000 dan menyumbang kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan pertubuhan akhbar seperti Yayasan Sinar Untuk Malaysia, Yayasan Nanyang Press dan Yayasan Sin Chew, beserta penerima lain.

Kami menyumbang kesemua kutipan pada acara anugerah ini kepada usaha kebajikan. Secara peribadi, saya menjamin bahawa kami menyumbang tidak kurang dari RM 100,000 untuk tujuan kebajikan pada setiap tahun. Disebabkan itu, para penyumbang yakin dengan McMillan Woods Global Awards, kerana kami tidak mengambil apa yang lebih. Justeru, pada tahun ini, dalam era pasca pandemik, kami meningkatkan tahap kutipan kepada RM500,000.” tambah Dato’ Seri Raymond Liew.



Acara ini turut dihadiri oleh para peneraju korporat global berwawasan, selebriti terkenal dan para usahawan yang sedang meningkat dari Australia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, India, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (USA) dan lain-lain, yang memiliki kualiti seperti prestasi kewangan yang cemerlang, impak skala global, pengaruh, inovasi dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ini merupakan tahun yang luar biasa yang mana acara ini menarik lebih ramai peserta dan akhirnya 46  orang penerima bakal menerima anugerah di ‘McMillan Global Awards 2022’ melalui tiga kategori utama iaitu Anugerah ‘McM Icons’, Anugerah ‘McM Masters’ dan Anugerah ‘McM Rising Star’. Para hadirin turut disajikan dengan pelbagai persembahan yang mengagumkan termasuk persembahan istimewa oleh Bintang TikTok Malaysia, Yazmin Aziz, serta pendedahan dunia pembangunan perniagaan. McMillan Woods Global mensasarkan acara ini bakal mencetuskan inspirasi pemain-pemain industri yang sedang meningkat supaya menjadi pemangkin kepada kemunculan potensi perniagaan baharu dan merangsang pertumbuhan industri global pada masa akan datang.



Berikut merupakan senarai penerima-penerima anugerah yang dihormati:

1) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Kepimpinan Cemerlang) - Arbiter Datuk Seri Dr. Suthiphan Sririkanon
2) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Keusahawanan Cemerlang) - Dato’ Dr. Lai Kim Teng (Sphere Corporate Sdn. Bhd)
3) Anugerah Perkhidmatan Amanah Swasta Cemerlang - Aida Othman (UBB Amanah Berhad)
4) Anugerah Penyanyi Berwawasan Inspirasi - Dato’ Sri Siti Nurhaliza 
5) Anugerah Kecemerlangan Industri Hiburan - Maya Karin
6) Anugerah Personaliti Paling Dinamik - Dato’ Sri Dr. Sherwin Chew (Potential Excelerate Group Holding Sdn. Bhd)
7) Anugerah Peneraju Inovatif Berwawasan - Datuk Goh Cheh Yak (Gintell (M) Sdn. Bhd)
8) Anugerah Persona Jurutera Profesional Berwawasan - Ir. Professor Dr. Leong Wai Yie (INTI International University)
9) Anugerah Usahawan Bersiri Berwawasan - Dato’ Sri Azmin Mustam Abdul Harim (Petro Teguh (M) Sdn. Bhd)
10) Anugerah Usahawan Cemerlang - Prof. Dr. CocoAlex Yeoh (EMPRO)
11) Anugerah Ratu Cantik Abadi Cemerlang - Carrie Lee Sze Kei
12) Anugerah Artis Wanita Cemerlang - Elizabeth Tan
13) Anugerah Pelakon Lelaki Harapan Asia Pacific - Justin Cheung Kin Sing
14) Anugerah Pelakon Wanita Harapan Asia Pacific - Wiyona Yeung
15) Anugerah Pelakon Wanita Harapan Asia Pacific - Ophelia So
16) Anugerah Bintang Pop Kantonis Baharu - All For One – Eric Lau
17) Anugerah Atlit Inspirasi - Goh Liu Ying
18) Anugerah Pelakon Wanita Harapan - Joey Leong
19) Anugerah Penyanyi Wanita Harapan - Yazmin Aziz
20) Anugerah Pempengaruh Wanita Harapan - Jestinna Kuan







0 comments: