Dunia Penuh Gosip - #SihatWarrior Dunia Penuh Gosip: #SihatWarrior - All Post
Memaparkan catatan dengan label #SihatWarrior. Papar semua catatan
TV AlHijrah buat pertama kalinya mengadakan program tanggungjawab sosial korporat 2016 di AlHijrah Big Studio, Cyberjaya. Program yang dikenali sebagai #SIHATWARRIOR merupakan salah satu program yang telah disusun sepanjang kempen ulang tahun keenam TV AlHijrah yang telah diraikan 1 Muharram 1438H lalu. 


#SIHATWARRIOR menyaksikan hubungan kerjasama dan kemesraan terjalin di antara kakitangan TV AlHijrah dan komuniti setempat. #SIHATWARRIOR turut mendapat kerjasama sepenuhnya agensi-agensi kerajaan berdekatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Tun Hussein Onn National Eye Hospital dan Pusat Darah Negara.


#SIHATWARRIOR dimulakan seawal jam 9.30 pagi dengan aktiviti senam ringan dan taklimat pengurusan stress oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Antara pengisian program #SIHATWARRIOR ini termasuklah sesi pemeriksaan kesihatan, pameran pemeriksaan mata percuma, perkhidmatan refleksiologi, derma darah, sesi kaunseling dan banyak lagi.



Kemuncak, sesi townhall telah diadakan pada sebelah petang yang dipimpin oleh Tuan Haji Izelan Basar bagi mendapatkan pandangan serta cadangan kakitangan TV AlHijrah bagi memperkukuhkan organisasi itu. Selain itu, kehadiran para personaliti TV AlHijrah memberikan peluang kepada komuniti untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.