Dunia Penuh Gosip - 2016 Dunia Penuh Gosip: 2016 - All Post
Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan
Tahun 2016 ini lebih  mencabar dan lebih memerlukan kekretifan kepada pengiat karya filem tempatan mahupun luar negara. Makin banyak teknologi makin canggih penghasilan filem2 yang akan menyaingi antara satu sama lain. Tapi sekiranya masih di takuk lama kita akan terus ketinggalan dan terus menghasilkan sesuatu yang di anggap tidak releven. Adakah kita nak tengok karya filem kita terus lupus di muka bumi ini. 

Bukan lah semua yang teruk tapi ada beberapa yang masih lagi mengetengahkan sesuatu yang telalu klise bagi masyarakat kita. Sebab itu negara dan industri tidak berkembang masih di tahap yang sederhana. Bagi tahu 2016 ini kita di sogok dengan beberapa filem yang worse sangat untuk di tonton masyarakat. Di antara yang boleh di kategorikan rugi untuk di tonton kerana tiada yang menarik hanya kisah seperti di ulang-ulang.


1) Filem Langit Cinta
- Filem arahan Osman Ali ini tidak ubah seperti filem2 beliau sebelum ini iaitu Ombak Rindu dan juga Pilot Cafe. Kisah pecintaan antara yang kaya dan miskin kemudian dapat tentangan keluarga kerana darjat. Cuma plot penceritaan dan juga gaya artis yang membezakan filem ini tapi kisah adalah sama. Tambahan pula barisan pelakon yang belum taraf tangkap leleh untuk ditonton kerana sikap hipokrit pelakon tersebut. Agak rugi untuk penonton mengeluarkan duit menyaksikan filem ini melainkan mereka yang terlalu taksub kepada pelakon tertentu.

2) Filem Mat Motor
- Bermulanya filem ini daripada gosip tentang perbutan idea daripada dua orang pengarah sehinggakan ia menjadi isu. Kemudian rupanya ia tidaklah sehebat mana yang di ceritakan dalam gosip tersebut. Filem ini biasa2 sahaja seperti mana filem mat rempit lain. Kisah anak muda yang masih keliru identiti seperti mana cite culik Amirah dan teman lelakinya. Tak tahu kenapa masih ada lagi filem seperti ini di zaman moden ini.

3) Filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2
- Filem Hollywood ini bakal munjul dalam tahun 2016 juga mungkin sambungan daripada yang pertama. Seperti sebelumnya filem ini banyak kurang dari segi costume dan juga penggunaan CGI. Walaupun berataraf Hollywood tapi ia masih di anggap sebagai filem paling tidak berjaya. Adakan ia akan berubah tahun 2016 ini sama2 kita saksikan.

Ini cuma pendapat umum sahaja tetang filem2 yang akan muncul 2016 tapi masih tidak ada perubahan dan mengekalkan konsep yang lama. Teknologi semakin berubah dan juga industri filem kita juga harus berubah. Jangan sogok rakyat kita dengan perkara yang membuatkan kita tidak berkembang. Selamat menonton semua..