Dunia Penuh Gosip - ASK Dunia Penuh Gosip: ASK - All Post
Memaparkan catatan dengan label ASK. Papar semua catatan
Filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019). Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).


Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman). Masih mengekalkan kelainan seperti tahun lepas dengan tidak menggunakan pengacara seperti program lain.


12 penyampai anugerah tersebut adalah Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin serta Elly Mazlein dan Shuk Sahar.

Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2019:

1. Drama Terbaik - Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)
2. Pengarah Terbaik Drama - Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)
3. Lakon TV Terbaik - Amin Masyur (Di Sisi)
4. Penyunting Drama Terbaik - Izar Masuri (Di Sisi)
5. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Faizal Hussein (Samad Tedung)
6. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Ruzaidi Rahman (Di Sisi)
8. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Amyza Aznan (Batik Zakiah)
9. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd.)
10. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Sweet Delicacy (The Rock Production Sdn. Bhd.)
11. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Datuk Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)
12. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Zara Zya (Pia)
13. Drama Komedi Terbaik - Budak Usin (Radius One Sdn.Bhd.)
14. Videografi Drama Terbaik - Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)
15. Rancangan Majalah Terbaik - Sahabat Backpackers
16. Rancangan Realiti Terbaik - The Z Power
17. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertua Agong Yang Ke-16) Christine Lee Mee Chin & Zerry Fancis)
18. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Istimewa Deepavali) Intan Noorbaizura & Thayalan Krishna
19. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat - Kampung Sampah) Khairul Rizuan Azizan & Khairul Azwan Khalid
20. Rancangan Hiburan Terbaik - Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0) Ellia Norni Elias & Rashidah Ali
21. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33 (Nurhul Huda Haji Khalid & Hamsiah Biri)
22. Rekabentuk Set Terbaik - Mohd. Rafi & Mohd.  Rashidy Samsudin (Anugerah Skrin 2018)
23. Montaj Terbaik - Mohd Rizuan And Rahman & Zarul Eskandar (Halaqah 2019)
24. Filem Terbaik - One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
25. Lakon Layar Terbaik - Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)
26. Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
27. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
28. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Diana Danielle (Gol & Gincu Vol.2)
29. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zahiril Adzim (One Two Jaga)
30. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Siti Saleha (7ujuh)







Tahniah kepada drama Pendosa Ingin Ke Syurga arahan Rashid Sibir dan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd apabila dinobatkan sebagai Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam majlis anugerah penuh gemilang ASK 2018. Malam itu juga sangat bermakna buat pelakon Jay Iswazir dan Nad Zainal apabila masing-masing berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Wanita kategori drama.


Juga turut meraih kemenang besar pada malam tersebut adalah Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Melayu yang dimenangi melalui drama paling tular tahun ini iaitu Nur. Drama Nur juga membawa pulang dua lagi anugerah melalui pelakon mereka iaitu Syafik Kyle dan Amira Rosli apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian.


Juga diperkenalkan kategori baru tahun ini iaitu Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Cina yang dimenang drama Green Wall. Manakala kategori filem pula hampir disapu habis oleh filem Dukun yang memenangi empat kategori semuanya. 

Senarai penuh pemenang ASK 2018:

KATEGORI DRAMA

Drama Terbaik - Pendosa Ingin Ke Syurga (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
Pengarah Terbaik Drama - Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)
Videografi Drama Terbaik - Nasarudin Ahmad(Nisaa)
Lakon TV Terbaik - Sofia J Rhyland (Aku Nazmi)
Penyunting Drama Terbaik - Mohd Shahrul (Qalbu)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Jay Iswazir (Aku Nazmi)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nad Zainal (Fatonah Azali)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Qalbu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fauziah Nawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)
Drama Komedi Terbaik - Mat Dukun
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Green Wall
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Nur
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Amyra Rosli (Nur)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Syafiq Kyle (Nur)

KATEGORI FILEM

Filem Terbaik - Dukun (Astro Shaw Sdn Bhd)
Pengarah Terbaik Filem - Dain Said (Dukun)
Lakon Layar TV Terbaik - Huzir Sulaiman (Dukun)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku) 
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Umie Aida (Dukun) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Namron (Dukun) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

KATEGORI BUKAN DRAMA DAN TEKNIKAL

Rancangan Majalah Terbaik - 999
Rancangan Realiti Terbaik - Let's Cycle Season 3
Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Skrin 2017








Bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada malam tadi anugerah yang penuh prestij menobatkan semua pengiat seni drama dan filem daripada pelakon kepada mereka yang bekerja belakang tabir. Anugerah Skrin 2015 yang bertemakan Meraikan Bintang pada malam itu cukup meriah dengan pelbagai persembahan. Yang paling menarik hati adalah persembahan daripada barisan pelakon yang selama ini hanya belakon tapi di ASK2015 mereka menjadi penyanyi dan menari.


Kelainan yang di tampilkan tahun ini begitu menarik dan unik untuk satu2 majlis anugerah. Lorong Kecil Ke Syurga menjadi drama terbaik keseluruhan dan filem Lelaki Harapan Dunia dinobatkan sebagai filem terbaik. Tahniah kepada semua pemenang dan di sini senarai penuh semua pemenang mengikut kategori masing2.

Drama Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
Lakon TV Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
Pengarah Drama Terbaik – Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga)
Pelakon Lelaki Terbaik – Amar Asyraf
Pelakon Wanita Terbaik – Sara Ali
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Izuan Fitri
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Raja Illya
Drama Rantaian Komedi Terbaik – Rubberband
Drama Rantaian Terbaik – Hidayahmu Ramadhan
Drama Rantaian Popular Media Sosial – Rindu Awak 200%

Filem Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Lakon Layar Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Pengarah Filem Terbaik – Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairi
Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Sharnaaz Ahmad
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Ayu Raudhah

Rancangan Bual Bicara Terbaik – Wanita Hari Ini
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Welcome To The Real World
Laporan Khas Berita Terbaik – Berita Nasional 5
Rancangan Hiburan Terbaik – The Gagabout Barber
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29
Rancangan Realiti Terbaik – Mentor Legend Akhir

Videografi Terbaik – Hip-Hoppin’ Asia (The Saga Continues)
Suntingan Terbaik – The Gadabout Barber
Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29
Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik – Mentor Legend Akhir
Rekabentuk Set Terbaik – Mentor Legend Akhir
Montaj Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29







Tahun ini adalah tahun ke 17 ASK2015 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. ASK 2015 bakal menggandingkan dua pengacara popular iaitu Awie dan Fara Fauzana untuk mengemudikan majlis penganugerahan manakala acara karpet merah akan dikendalikan oleh Hani Hatim, Muadz dan Ain Edruce. Siaran langsung keseluruhan acara yang bermula dengan karpet merah pada jam 7.45 malam juga boleh dilayari secara global melalui komputer, tablet dan telefon pintar di laman web rasmi www.anugerahskrin.com. 


Secara keseluruhan, ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori yang meliputi 12 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 8 drama rantaian, 3 drama rantaian komedi dan 3 drama rantaian popular media sosial telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula, 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.

Antara drama yang layak bertanding ialah Ada Sejadah Panjang Terbentang, Cahaya Cinta, Cahaya Malaika, Dari Pintu Neraka, Hak, Jalan Taubat, Kereta Kita, Kerana Seorang Ammar, Lorong Kecil Ke Syurga, Penyabong, Pulangnya Tok Misai, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta, Seligar, Sujud Ibuku, Sinar Ya Rob dan Talak.

Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2015 menerima pencalonan seperti Angin Syurga, Astana Cinta Aleesa, Cinta Ilahi, Hidayahmu Ramadan, Mukhlis, Puteri Gunung Ledang, Tabuh Merdeka dan Zahira. Kategori drama rantaian komedi pula menerima pencalonan seperti Asam Pedas Untuk Dia, Menantu Mak Uteh dan RubberBand.


Manakala filem yang layak bertanding termasuk Mat Tudung, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Lagenda Budak Setan 3 РKasyah, Nasi Tangas, Amir & Lokman Pergi Kelaut, Dollah Superstar, Dendam Orang Mati, Anak Jantan, Kelibat, Lelaki Harapan Dunia, Gila Baby, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Ophilia, Terbaik Dari Langit, Villa Nabila, Suamiku Encik Perfect 10, Puaka Balai Gombak, Jalan Puncak Alam, Cicakman 3, Isyarat Cinta , Jengka, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Pilot Caf̩ dan Suamiku Ustaz.

Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial yang diperkenalkan pada tahun lepas kini dikenali sebagai Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial. ASK 2015 menyaksikan Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati tercalon dalam kategori ini. Uniknya, pemenang bagi kategori ini bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai di laman Twitter & Instagram dari 5 Oktober – 5 November 2015. Untuk mengundi, anda perlu letak hashtag drama pilihan anda iaitu #rinduawak200peratus, #setitiskasihdarmia atau #tentanghati berserta dengan #ask2015. 







Siapa sangka pada usia muda mampu untuk merangkul juara bagi Kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama. Itulah yg mampu di buktikan oleh Putri Balqis apabila beliau berjaya memenangi kategori itu mengalahkan pencalonan lain. Drama Matahari Terbit Lagi merangkul anugerah utama pada malam tersebut apabila di umumkan pemenang Drama Terbaik. Drama ini juga turut memenangi beberapa anugerah utama lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pegarah Drama Terbaik dan Lakon TV Terbaik.


Bagi kategori filem pula milik Datin Paduka Shuhaimi Baba melalui filem arahanya Tanda Putra. Filem ini juga membawa pulang 3 kategori lain yg menaikkan filem ini. Tidak kecewa juga apabila filem Psiko Pencuri Hati dan Lemak Kampung Santan merangkul beberapa anugerah utama juga.


Secara keseluruhan anugerah pada mlm tersebut tidak mengecewakan dan cukup lain daripada lain apabila menampilkan arahan daripada barisan pengarah2 yg hebat untuk persembahan teater. Ini sedikit sebanyak meningkatkan industri teater ke atas pentas anugerah besar seperi ASK 2014 ini. Persembahan arahan Erma Fatimah dan juga Adlin Aman Ramli memang cukup mantap dan penuh kekuatan tersendiri.

Senarai penuh pemenang kategori Drama
Pengarah Terbaik - Azeli Mohammad  (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Lelaki Terbaik - Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Wanita Terbaik - Puteri Balqis (Balqis)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nabila Huda (Balqis)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  - Namron (Balqis)
Lakon TV Terbaik - Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
Drama Rantaian Terbaik - Ummi (Filmscape Production Sdn Bhd)
Drama Terbaik - Matahari Terbit Lagi (Al Hidayah Production Sdn Bhd)
Drama Komedi Terbaik - Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
Videografi Terbaik Drama - Mohammad b. Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi)

Senarai penuh pemenang kategori Filem
Filem Terbaik - Tanda Putera
Pengarah Terbaik Filem - Datuk Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
Lakon Layar Terbaik Filem - Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zizan Nin (Tanda Putera)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)

Senarai penuh pemenang ketegori penerbitan dalaman
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Rancangan Realiti Terbaik – Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik – Rockestra (TV9)
Laporan Khas/ Berita Terbaik – Buletin Utama : Kuda Kelate (TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Aurora Borealis (TV Al-Hijrah)
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Malaysia Hari Ini : Misi Mencari MH 370 (TV3)

Senarai penuh pemenang ketegori teknikal
Videografi Terbaik - Self Made (8TV)
Suntingan Terbaik - Self Made (8TV)
Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung - Shout Award 2013 (8TV)
Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung - The Ultimate Song : Grand Finale (8TV)
Rekabentuk Set Terbaik - Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Montaj Terbaik - Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)







Selesai satu lagi anugerah penuh makna tahun ini untuk penggiat seni drama tv, filem dan belakang tabir. Penghargaan untuk mereka jarang sekali di berikan dengan adanya Anugerah Skrin 2013 anjuran TV3 pasti ramai ternanti-nanti sapa barisan pemenang. Kini semua telah terjawab dan keputusan telah di ketahui ramai tahniah kepada Rosyam Nor kerana berjaya mendapat Anugerah Drama Terbaik menerusi drama Mawar Putih Tanda Perpisahan.


Di sini senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2013.

KATEGORI DRAMA
Drama Terbaik – Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
Lakon TV (skrip) Terbaik – Mazlan Manan
Pelakon Lelaki Terbaik – Wan Hanafi Su (Hari-hari Terakhir Seorang Seniman)
Pelakon Harapan Terbaik – Shasha Al Khred (Kawan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)
Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)
Pengarah Terbaik – Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)
Videografi Terbaik – Mohd Faizal B. Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
Drama Komedi Terbaik – Primeworks Studios (Mentua VS Mentua)
Drama Rantaian Terbaik – Surat Dari Langit Biru (Rashbir Media Sdn Bhd)

KATEGORI FILEM
Lakon Layar (skrip) Terbaik – Nik Amir Mustapha (KIL)
Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (SAM)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Khir Rahman (Rock Oo)
Pelakon Wanita Terbaik – Christina Suzanne (KIL)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Miera Liyana (Pecah)
Pengarah Terbaik – Nik Amir Mustapha (KIL)

KATEGORI BUKAN DRAMA
Bual Bicara Terbaik – Bella (NTV7)
Dokumenteri / Majalah Terbaik – Salam Muslim (Astro Oasis)
Laporan Khas Berita Terbaik – Buletin Utama : Kanta Kpop (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
Rancangan Realiti Terbaik – Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)






Setelah bertahun2 kita melihat pelbagai gaya dan juga fesyen artis di majlis anugerah kini tiba giliran ASK 2013 atau Anugerah Skrin 2013 yg bakal berlangsung pada 29 Nov 2013 secara langsung di TV3. Bertemakan Kaca pasti ia satu majlis anugerah yg lebih gempak daripada Media Prima. Tujuan memartabatkan drama tempatan dan juga mereka bergiat aktif dibelakang tabir.


Namun satu yg cukup istimewa dalam majlis anugerah ini ialah apabila Faizal Ismail penyampai radio HotFm bakal menjadi penyampai terakhir pada mlm tersebut. Ini kerana Faizal Ismail telah pun menhantar surat peletakan jawatan sebagai penyampai radio tersebut pertengahan bulan lepas. Dan ia adalah anugerah terakhir yg akan di acarakan oleh beliau. Namun kehebatan ASK 2013 tidak dapat di nafikan lagi.

Menariknya, persembahan ASK 2013 akan memberi penghormatan dan drama 'TV Legend' di hati penonton. Antara artis yang yerlibat dqlam persembahan malam itu ialah seperti Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Amir Jahari, Jaafar Onn, Melissa Saila, Adira, Hafiz dan ramai lagi. 

Secara keseluruhan, ASK 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman serta 6 kategori teknikal. Bagi kategori drama, 16 buah drama, 13 buah drama rantaian dan 4 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk ASK 2013 ini. Antara drama yang layak bertanding seperti Akhirnya Kisah Perempuan, Aku Bukan Malaikat, Anak lorong dan banyak lagi.