Dunia Penuh Gosip - Album Dunia Penuh Gosip: Album - All Post
Memaparkan catatan dengan label Album. Papar semua catatan
Ini namanya penghibur sentiasa ada idea dan juga konsep baharu setiap kali nak hasilkan album tambah dalam dunia digital yang makin ramai orang dengar online sahaja. Namun ia tidak memutuskan semangat penyanyi no 1 negara ini untuk tampil dengan album beliau yang ke 20.



Sitism itulah nama album terbaharu dari penyanyi wanita kesayangan rakyat Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Album ini telah mula dikeluarkan pada 30 Jun 2023 secara muat turun dan penstriman digital menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia di semua platform digital.

Menurut Siti album yang diberi nama Sitism ini melambangkan kualiti, keadaan serta ideologi. Ia menggambarkan ciri khas dan kualiti yang terdapat dalam suara, karya, persembahan dan penampilan Dato' Sri Siti Nurhaliza.



Album ini mengandungi 8 buah lagu dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal buat peminat yang mahu buat koleksi. Lapan lagu terbut adalah Romansa Kita, Menyapa Dunia, Tanpa Diri-Mu, Sehebat Matahari, Ganti, Teratas, Menjaga Cintamu dan Magis. Gabungan pelbagai komposer baru dan yang lama dari dalam dan luar negara.

Namun dalam kegairahan melancarkan rupa dan imej dalam album ini di laman sosial natizen terus membuat kerja dengan mengutuk akan penampilan kulit album ini. Siti tidak berdiam diri dan memberi tindak balas langsung untuk mengajar mereka yang mulut lancang ini. 



Apa pun bukan semua orang akan suka apa yang kita buat maka sebagai anak seni yang telah bertapak 27 tahun dalam dunia seni tanah air ini asam garam bagi beliau. Kalau tidak maka akan dapat title penyanyi no 1 negara korang yang kutuk tu apa dapat, dosa sahaja. Terus perjuangkan bakat mu wahai sang pencinta muzik kami dibelakang mu terus menyokong karya yang agung seperti ini. 










𝔸lhamdulillah, Syukur NINJABOYz21 bersama Artis² dibawah naungan #TICMuar #BJProStudio bakal melancarkan Album RAYA yang berjudul "Jom Balik Kampung".


Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai Pejabat Daerah Muar YDH Hj. Mohd Haffiz Bin Hj. Ahmad, Pengerusi Tourism Muar YDH Hj Sallehuddin Bin Hj. Satar di atas sokongan dan dorongan yang jitu bagi pelancaran Album Raya ini direalisasikan.

Juga tidak dilupakan, ucapan penuh Cinta, Kasih & Sayang kepada SIFU BJ Production Studio kerana telah menghasilkan karya nan indah ini untuk di dendangkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan tahun² yang mendatang hendakNYA.Aamiin. Tonton muzik video penuh di sini.


Juga kepada #NINJARANGERSz diluar sana! Dapatkan CD dengan harga PROMOSI RM10.00 sahaja! Harga yang mampu milik ini ISTIMEWA untuk semua! Dikesempatan ini, #NINJABOYz ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat islam seantero Malaysia. 

Jom Balik Kampungggggggg!!!!!!