Dunia Penuh Gosip - Alif Satar Dunia Penuh Gosip: Alif Satar - All Post
Memaparkan catatan dengan label Alif Satar. Papar semua catatan
Siapa sangka lagu yang pernah bermain dibibir peminat musik nasyid dan beralun dicorong radio sekitar tahun 1997 kini kembali mekar semula dan mendapat tempat di hati peminat muda. Lagu Sesungguhnya yang disampaikan oleh Kumpulan Raihan diberi nafas baru melalui kolaborasi kumpulan ini dengan penyanyi solo Alif Satar.


Ramai peminat memuji dengan gabungan dua generasi ini dalam menghidupkan semula irama nasyid kepada telinga peminat muzik yang dahagakan semula semua lagu-lagu seperti ini. Siapa tidak kenal kumpulan legend Raihan yang sangat popular satu masa dahulu dengan lagu nasyid boleh mendapat perhatian oleh peminat muda zaman sekarang.

Dari segi vokal gabungan Alif mendapat pujian ramai sebab berjaya membawa lagu tersebut dengan baik. Selalunya artis muda membuat remake lagu lama ni mesti dia akan banyak mengalami perubahan. Tapi lagu Sesungguhnya ni tidak diubah pun melodinya. Cuma susunan muzik tu ada beza dengan yang dulu untuk memberi kesegaran dan sesuai dengan peredaran zaman.


Ramai anak muda sekarang mula mengalunkan lagu ini kembali. Melalui video muzik rasmi untuk gabungan lagu ini juga telah mendapat lebih daripada 5juta tontonan sehingga sekarang. Begitu hebat sekali penangan sehingga ada peminat yang menitiskan air mata ketika mendengar lagu ini dinyanyikan semula. Tahniah kepada Raihan dan juga Alif atas usaha murni ini moga dapat diteruskan dimasa akan datang dengan menghidupkan semula lagu-lagu nasyid.

Kita tidak tahu mungkin daripada langkah mula ini akan ramai lepas ini artis baru atau BBNU yang nak berkolaborasi dengan artis nasyid atau menghidupkan semula lagu seperti ini. Moga ia mendapat keberkatan sempena dengan bulan mulia ini. Good luck to you Alif and Raihan.