Malam Anugerah Melodi Terhangat (AMT2026) Milik Anna Jobling | Dunia Penuh Gosip

Malam Anugerah Melodi Terhangat (AMT2026) Milik Anna Jobling

Anugerah Melodi Terhangat (AMT2026) tahun ini menyaksikan pelakon, Anna Jobling dinobatkan sebagai pemenang selepas meraih undian tertinggi sekali gus membawa pulang trofi kemenangan keseluruhan.



AMT2026 dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular seperti Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir dan ramai lagi.

Lebih menarik, pentas AMT2026 turut menyaksikan kehadiran barisan selebriti popular seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang tampil sebagai penyampai anugerah.



Kemeriahan AMT2026 kali ini diserikan dengan gandingan Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara utama.

Senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di AMT2026. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Fresh Rising Star Terhangat Darlie – Zaki Yamani
Selebriti Maskulin Terhangat – Fattah Amin
Selebriti Feminin Terhangat – Anna Jobling
Selebriti Muzik Terhangat – Khai Bahar
Selebriti Couple Goals Terhangat – Janna Nick & Dini
Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO – Hael husaini
Selebriti Viral Terhangat – Aisha Retno
Selebriti Stailo Terhangat – Meerqeen
Tonton Original Terhangat – Neraka Yang Terhijab
Lagu Terhangat – Nurcinta
Drama Sangat Terhangat – Yes! Captain Zul Aaryan (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
Direktor & Filem Terhangat – Bobby Husaini & Libang Libu



Manakala, empat kategori lain iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat akan disampaikan menerusi CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026 yang bakal berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

AMT2026 dihangatkan lagi dengan tema ‘Power’ dan turut mendapat sokongan daripada beberapa penaja, seperti CUCKOO, Darlie, Gardenia QuickBites, Mentos dan Grab.








0 comments: