Memaparkan catatan dengan label Astro Maya HD. Papar semua catatan
Kita bakal digegarkan dengan gelek dangdut setelah lebih dari 20 tahun irama ini tenggelam dalam asrus muzik pop dan modern sekarang. Tidak putus asa untuk menaikkan semula irama dangdut ini pihak Astro muncul dengan program realiti terbaru iaitu Dangdut Star. Menampilkan 10 bakat baru yang akan digilap untuk menjadi bintang dangdut. 


Barisan peserta Dangdut Star telah dipekenalkan dan konsert minggu pertama telah bermula pada hari ini 27 April 2016 di Astro Prima dan Astro Maya HD. Peserta terdiri daripada Felix (Felix Agus, 34), Zizi (Nurfazelah, 31), Aishah (Siti Aishah Bujang, 25) Elda (Elda Susanty Abdul Malik, 34), Rojer (Mohd Rozaidy Shukry, 29), Fitri (Fitri Haswady, 26), Jiwa (Muhd Firdaus Mohd Mustapha, 21), Zarith (Zarith Shuhada Mohd Yassin, 25), Wanie (Azmahirwani Nordin, 26) dan Fiesha (Norerinafisha, 18).

Mampukah semua peserta ini mengembalikan semula kegemilangan dunia dangdut yang pernah kita alamai pada era 90-an dahulu. Tampil seperti lagend dangdut seperti Iwan, Amalina, Sheeda dan ramai lagi. Juga lagend Mas Idayu yang akan menjadi juri tetap setiap minggu mengadili semua peserta. Bersama dengan juri tetap Pak Ngah akan menentukan 100% pemenang pertandingan ini.

Jangan lupa untuk saksikan program ini setiap hari Rabu jam 10.00 malam dengan gabungan pengacara paling kelakar Tokei serta pengacara paling cantik Kumpulan De Fam. Program ini mendapat tajaan penuh oleh Jamu Mak dara Mak Segala Jamu. Apa pula gimik dan ketampilan yang dibuat oleh penaja besar ini. Sama2 kita saksikan.