Memaparkan catatan dengan label Astro Ria. Papar semua catatan
Program yang banyak kontroversi tahun ini telah sampai ke kemuncaknya malam tadi secara langsung di Astro Ria dan Ria HD. Gegar Vaganza musim kelima dengan enam orang bintang telah berjaya ke peringkat akhir iaitu Zamani, Maya, Noryn Aziz, Amelina dan Billy Zulkarnain


Minggu akhir ini menyaksikan enam peserta telah mempersembahkan dua lagu dimana persembahan pertama lagu duet bersama dengan artis jemputan dan persembahan kedua adalah battle antara bintang. Tapi pada pemerhatian persembahan duet dengan artis jemputan seperti tidak begitu bemakna buat finalist ini. Ini kerana kebahanyakan artis jemputan tidak memainkan peranan penting dalam menjayakan persembahan peserta akhir. Sepatutnya hanya persembahan solo sahaja kerana ia dapat membuktikan kehebatan mereka.

Tengok sendiri persembahan Amelina dimana kelibat Bob AF hanya tak ubah seperti backup singer sahaja langsung tiada apa peranan penting. Juga pada persembahan Noryn Aziz, Dia Fadila serta Maya artis jemputan hanya tempelan sahaja kerana semua perserta akhir ini dah mampu boleh buat persembahan solo yang lagi bagus.  



Cuma persembahan Zamani yang memang patut ada orang kena backup takut lupa lirik atau sakit. Sebab itu Zamani tiada rezeki untuk menang pada program GV kali ini. Nasib Zamani tidak juara kalau tidak mesti lebih banyak mulut-mulut yang berbunyi mempertikaikan kredbiliti juri tetap. 

Apa pun keputusan telah dibuat dan tahniah kepada Noryn Aziz yang telah menjadi juara Gegar Vaganza musim kelima ini. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi dan juga pakej penginapan. Manakala tempat kedua pula adalah milik Dia Fadila yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan pakej penginapan. Manakala tempat ketiga baru milik Zamani berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, torfi dan pakej penginapan. 


Di tempat keempat pula milik Amelina, tempat kelima milik Maya dan tempat keenam milik Billy Zulkarnain. Tahniah kepada semua bintang anda memang hebat dan berjaya membukti yang otai masih berbisa dan mampu tampil dalam dunia zaman seni sekarang ini. 







Akhirnya berakhir sudah program realiti untuk Budak-budak Baru Nak Up atau #BBNU yang menjadi fenomena selama lapan minggu. Lima peserta akhir yang bersaing pada minggu final adalah Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afiq Shazwan, Wani Kayre dan Baby Shima. Kesemua lima peserta pada malam akhir membuat dua persembahan iaitu lagu pilihan dan juga lagu baru ciptaan untuk mereka


Mempunyai sifat yang rendah diri serta seorang yang selalu ceria memberi tuah kepada anak kelahiran Rawang Selangor iaitu Sarah Suhairi apabila beliau akhirnya dinobatkan sebagai juara bagi program ini. Sarah mengumpul markah tertinggi daripada keempat-empat juri dan undian TikTok sebanyak 66.05% dan membawa pulang wang tunai RM100,000 sserta trofi dari Astro.

Manakala tempat kedua pula dengan perbezaan markah hanya 1.68% sahaja dari juara milik Syafiq Farhain. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi. Manakala tempat ketiga dengan markah keseluruhan 62.17% adalah milik Afiq Shazwan membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. 


Tempat keempat pula adalah milik Wani Kayre dengan perbezaan markah hanya 0.02% dari pemenang ketiga. Sangat sikit perbezaan markah dan beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. Manakala tempat kelima adalah milik Baby Shima dengan markah keseluruhan 58.56%. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi. 

Pada malam akhir ini terdapat dua juri jemputan selain daripada dua juri tetap. Juri jemputan adalah Mark Adam dan juga Mas Idayu yang pernah menjadi juri jemputan pada konsert mingguan sebelum ini. Selain itu juga penonton dihiburkan dengan persembahan dari pada juri tetap iaitu Faizal Tahir dengan lagu terbaru berliau Ragaman dan Datuk Seri Siti Nurhaliza berduet bersama Alif Satar melalui lagu Kisah Ku Inginkan.


Apa pun keputusan telah dibuat dan tahniah kepada juara serta pada semua peserta akhir mahupun yang tersingkir. Anda telah berjaya merubah dunia seni hiburan tanah air dengan kehadiran orang-orang baru lebih berkualiti.  Selamat maju jaya diluar sana. Lepas ni kita dihiburkan pula dengan peserta program yang dinanti ramai Gegar Vaganza Lima.





Setelah akan tamat program realiti Big Stage yang akan berakhir minggu seluruh rakyat Malaysia terus dihiburkan lagi dengan program yang viral sejak beberapa musim yang lalu. Kini kembali lagi Gegar Vaganza musim ke lima. Bakal mula beraksi pada 30 September di Astro Ria dan Ria HD. 


GV kali ini tampil dominasi oleh peserta perempuan tapi bukan sahaja peserta solo malah ada juga buat pertama kali peserta bekumpulan tahun ini. Kumpulan yang begitu popular era tahun 90an iaitu Elite dan Billy Zulkarnain. Juga ada kumpulan yang baru dan masih hangat juga turut serta untuk GV kali ini iaitu kumpulan Forteen. Sudah kenapa nak masuk program ni korang tak cukup laku ker hehehe atau nak kembalikan semula peminat korang.

Selain itu juga perserta solo lain yang telah lama tidak beraksi dipentas besar seperti ini kembali lagi dan lebih hebat seperti penyanyi dandut Amelina, Safura Yaakob, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene dan Dia Fadilla. Manakala peserta lelaki pula pastinya memberi saingan hebat seperti Zamani dan Shafie dari kumpulan Rio. 

Juga akhirnya tahun ini setelah bertahun-tahun nama beliau selalu sebut bakal beraksi dalam GV kini telah masuk sapa lagi kalau bukan Maya Matahari. GV5 akan bersiaran selama lapan minggu dan seperti biasa diacarakan oleh Nabil Ahmad dan gandingan kelakarnya Jihan Muse. Manakala juri profesional masih tetap lagi iaitu Dato Ramli M.S dan juga Khadijah Ibrahim.

Dengar citer tahun ini penaja baru untuk program ini dan tidak lagi penaja seperti mana tahun-tahun sebelum ini. Mungkin tempias kerana kontroversi yang diterimanya dengan hadiah palsu itu biar mereka satelkan sendiri. Tahun ini abang telajak laris pula ambil alih adakah akan sama macam penaja dulu suka nak overshadow pengacara dan suka buat-buat riuh kat pentas. Sama-sama kita saksikan drama kat GV biasalah Astro kalau tak ada drama tak sah kat program mereka.








Nampaknya makin hangat pentas Big Stage apabila masuk minggu suku akhir minggu lepas menyaksikan tiada peserta yang disingkirkan. Ini kerana peserta yang sepatutnya tersingkir diselamat oleh kuasa imuniti daripada juri tetap Dato Seri Siti Nurhaliza. Sebelum ini kita lihat Faizal Tahir telah menggunakan imunitinya kepada peserta Ariff kali ini giliran Wani pula.


Walaupun banyak sangat kekurangan pada persembahan Wani pada malam itu seperti yang dikomen oleh Tok Ti namun peluang selalu datang pada saat akhir. Setelah tiga nama diumumkan berada pada kedudukan bottom tree ternyata nama Wani Kayrie paling mendapat markah yang sangat rendah daripada juri termasuk peserta Baby Shima dan Ariff Bahran. Ini diterukan lagi dengan undian rendah dalam aplikasi Tik Tok. 

Penggunaan imuniti itu menyaksikan enam peserta lagi meneruskan pertandingan diperingkat separuh akhir minggu depan dengan menyampaikan lagu-lagu bertemakan 'Road To Final'. Adakah pada minggu depan akan ada dua penyingkiran tapi tidak mungkin. Nampak pihak produksi akan meneruskan dengan lima sahaja peserta yang akan ke final dan seorang bakal tersingkir minggu depan.

Tugasan minggu depan semua peserta perlu membuat dua persembahan iaitu solo dan duet bersama artis jemputan sekali lagi. Siapakah bakal menyerlah untuk ke peringkat akhir dan siapa yang menjadi mangsa terakhir penyingkiran sebelum kita menyaksikan juara bakal dinobatkan 2 minggu lagi. Sama-sama kita saksikan program Big Stage di Astro Ria dan Ria HD. 







Tajul yang selalu mendapat markah rendah hampir setiap minggu akhirnya tersingkir pada minggu kelima ini. Tajul menyampaikan lagu Sulit dengan gaya bersahaja. Namun rezeki dalam program ini bukan miliknya terpaksa tersingkir setelah menjadi bottom tiga bersama dengan Ariff Bahran dan juga Afieq Shazwan


Pada malam itu juga menyaksikan Dato Sri Siti Nurhaliza membuat kejutan pertama apabila membuat pengumuman pada akhir konsert bahawa semua lagu yang akan dinyanyikan peserta yang layak ke minggu keenam adalah lagu pilihan beliau. Semua lagu itu dipilih sendiri oleh Dato Siti berdasarkan kesesuaian penyanyi tersebut.

Diantara lagu yang tersenarai pilihan Dato Siti adalah Semakin dari Sarah Raisuddin, Getaran Cinta Dijiwa dari Liza Hanim, Harus Terpisah dari Chakra Khan, Jadi Aku Sebentar Saja dari Judika dan ada lagi beberapa buah lagu. Semua peserta mesti menyampaikan lagu ini mengikut cara mereka tersendiri agar jauh daripada penyanyi asal.

Juga membuat kejutan pada malam minggu kelima ini adalah Faizal Tahir yang membuat keputusan untuk mengadakan tugasan battle antara peserta. Setelah berbincang dengan juri lain dan juga pihak produksi keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada peserta untuk membantu rakan mereka yang dibattlekan pada minggu hadapan.

Dimana kita akan melihat Ariff Bahran akan battle bersama Sarah Surhairi manakala Syafiq Farhain akan battle bersama Baby Shima dan Afiq Shazwan akan battle bersama dengan Wanie Kayrie. Namun lagu apa masih tidak diberitahu adakah mereka diberi peluang untuk memilih lagu sendiri. Kita tunggu persembahan mereka minggu depan secara langsung di Astro Ria dan RIA HD.







Malam tadi kesemua peserta Big Stage menyampaikan lagu diluar daripada forte mereka yang biasa sampaikan. Mengikut tema 'Tapi Bukan Aku' Sissy Imann membawakan lagu berkonsep Dangdut yang juga lagu kepada juri jemputan pada malam tersebut iaitu Mas Idayu. Mungkin kerana kurang lenggok dan cenkok dangdut dan juga tradisional menjadi beliau adalah mangsa penyingkiran minggu keempat.


Ia diterukkan lagi kerana kedudukan Sissy yang setiap minggu mendapat undian paling rendah dalam aplikasi TikTok. Makan tamat perjuangan Sissy dalam program realiti ini. Tapi sebagai seorang guru muzik dan juga mereka yang dah banyak ilmu dalam dunia seni Sissy mampu untuk berjaya diluar sana dan tambah dengan populariti dalam program Big Stage ini.

Selain itu juga persembahan yang memberangsangkan pada malam tersebut adalah Tajul menyampaikan lagu Hip Hop daripada Altimet iaitu Amboi. Juga persembahan hebat daripada Syafiq Farhain dengan lagu Sway dan juga Sarah Suhairi yang menyampaikan lagu K-pop. Pada malam tersebut Faizal Tahir telah menggunakan imuniti untuk selamatkan Ariff Bahran daripada tersingkir.







Minggu ke 3 program realiti Big Stage telah menyingkirkan peserta dari Sabah Andi Bernadee. Walaupun ia satu keputusan yang sangat mengejutkan kerana persembahan Andi agak baik dan mendapat pujian daripada juri tetap. Namun undian daripada peminat di laman Tik Tok tidak menyebelahi Andi dan menjadi perserta seterusnya tersingkir.


Andi pada minggu ini menyampiakan lagu duet bersama dengan Indah Ruhaila melalui lagu Tak Pernah Hilang. Ada beberapa peserta yang lagi lemah nak bandingkan dengan Andi tetapi terselamat kerana undian mereka yang tinggi. Persembahan paling bergaya pada malam ini adalah milik Syafiq Farhain melalui lagu Laksamana Raja Di Laut duet bersama Shiha Zikir. Mendapat pujian daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza lagi untuk persembahan tersebut.

Apa pun keputusan telah dibuat oleh ketiga-tiga juri termasuk juri jemputan iaitu Mark Adam. Juri ada hak untuk menggunakan imuniti bagi peserta yang mendapat bottom tiga agar tidak tersingkir. Pada malam itu nampak seperti Datuk Siti nak menggunakan imuniti kepada seorang peserta tetapi setelah perbincangan dilakukan dengan Faizal Tahir ia tidak digunakan kerana terlalu awal. 

Minggu depan menyaksikan lapan peserta akan meneruskan perjuangan di Big Stage menyampaikan lagu lain daripada genre mereka sendiri dan adakah mampu untuk menyahut cabaran tersebut. Ada peserta menyampaikan lagu dangdut, lagu tradisional dan macam-macam lagi. Apa pun terus undian anda dan menyaksikan persembahan secara langsung mereka minggu depan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro RIA dan RIA HD. 






Baru masuk minggu kedua program realiti Budak-budak Baru Nak Up (BBNU) ini telah banyak drama dan kontrol versi. Pada minggu kedua ini meyaksikan bahawa Fara Hazel menjadi peserta pertama tersingkir pada malam tersebut. Menyampaikan lagu Cinta Tersimpul Rapi persembahan Fara nampak kurang bertenaga dan mendapat komen yang kurang senang daripada ketiga-tiga juri.


Akhirnya Fara mendapat markah paling rendah 53% daripa ketiga-tiga juri dan sekali gus beliau tersingkir juga kerana undian daripada penonton yang kurang memberangsangkan. Apa pun Fara Hazel anda tetap boleh menyanyi diluar sana dan teruskan kerjaya anda dengan persembahan yang lebih mantap serta lagu yang lebih hebat.

Juga pada minggu kedua ini juga menyaksikan persebaham hebat dan penuh bertenaga daripada Baby Shima tidak sia-sia kerana beliau keluar daripada zon selesa. Namun trajedi berlaku pada malam itu apabila beliau pengsan di atas pentas Big Stage selepas selesai sahaja menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara.


Sejuruh lepas itu para medik datang untuk memberi bantuan awal dan akhirnya Baby Shima terus dibawakan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun dari update terbaru beliau dalam keadaan stabil tapi perlukan rehat buat sementara waktu. Menurut kata pengurus beliau yang Baby Shima kepenatan kerana banyak persembahan dan baru sahaja pulang daripada membuat persembahan di Indonesia.

Biasa lah adik nak berjaya kena kerja keras baru boleh maju dan dikenali ramai. Tapi semangat Baby Shima untuk teruskan menyanyi di pentas Big Stage sangat dikagumi. Moga minggu depan akan terus muncul dengan persembahan yang lebih bagus. Pada minggu ketiga peserta diberikan tugasan dengan artis jemputan dan akan bernyanyi secara duet dengan tema Sama-sama Up. Nak saksikan persembahan hebat mereka setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.








Malam tadi menyaksikan 10 bintang Budak-budak Baru Nak Up atau dikenali BBNU beraksi atas pentas besar Big Stage yang dibawakan secara langsung. Kebanyakan peserta menyatakan bahawa ini adalah pengalaman pertama mereka beraksi atas pentas yang penuh dengan drama dan juga pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. 

Dalam minggu pertama ini semua peserta membawakan lagu Viral yang pernah menaikan nama mereka dalam dunia sosial media. Ada sesetengah peserta mendapat jutaan ribu viewers di Youtube dan ada pula yang ratusan ribu sahaja. Namun beraksi dipentas ini menyaksikan kebanyakan mereka gugup dan gementar.

Pada malam itu juga menyaksikan sistem permarkahan yang diberikan oleh juri ditayang kepada semua dengan jelas. Ia lebih telus daripada program realiti sebelum ini. Daripada semua markah tersebut ternyata tuah tidak menyebelahi 3 peserta mendapat markah paling rendah iaitu Tajul, Ariff Bahran dan Baby Shima


Juga sistem pengumpulan markah daripada undian secara dalam talian yang dilakukan oleh peminat telah menyelamatkan 2 peserta dari tersingkir iaitu Tajul dan Baby Shima. Ariff adalah mangsa pertama menyaksikan bagaimana proses penyingkiran yang sebenar akan belaku pada minggu kedua. Pengacara Aliff Satar mengumumkan bahawa pada malam minggu konsert pertama ini tiada penyingkiran menampakan kelegaan diwajah Ariff.

Apa pun semua peserta telah diberikan tugas dengan menyampaikan lagu pada minggu kedua dengan tema Lit Throwback. Nantikan siapa yang akan menjadi mangsa kepada penyingkiran untuk minggu kedua melalui markah yang diberikan oleh juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Faizal Tahir bersama seorang juri jemputan setiap minggu.

Saksikan Big Stage setiap hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD yang dibawakan oleh VIVO Nex dan juga ditrendkan oleh apps TikTok. Undian penonton hanya dibuka pada waktu siaran langsung sahaja dan boleh undi dengan 1 undi untuk satu peserta sahaja. 







Satu lagi program realiti bakal bertemu peminat industri muzik tempatan melalui program Big Stage. Bakal bermula pada 5 Ogos 2018 hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.  Sebelum ini kita telah tengok Gegar Vaganza yang membawa artis-artis lama kembali semula keatas pentas yang berprestij untuk diterima peminta.


Bagi Big Stage pula ia Vic Versa dimana dalam program ini mengumpulkan artis-artis baru nak up dan juga yang popular melalui sosial media atau youtube naik stage yang mencabar. Program ini menampilkan 2 orang juri tetap yang juga otai dalam dunia muzik di Malaysia siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza. Juga 2 orang pengacara yang kelakar habis sebelum ini mucul dalam AJL 32 dan disatukan pula atas pentas Big Stage iaitu Alif Satar dan juga Sherry Alhadad.

10 orang peserta program ini adalah terdiri daripada 5 orang peserta lelaki dah 5 orang peserta perempuan yang akan bersaing setiap minggu dalam konsert Big Stage selama 8 minggu. Pada konsert akhir nanti hanya seorang sahaja akan dinobatkan sebagai juara Big Stage musim pertama. Pastinya program macam ini memerlukan undian penonton kerana kebanyakan BBNU ini mempunyai follow berjuta dilaman sosial dan itu satu kelebihan kepada artis ini.

Jom kita kenali 10 orang peserta musim pertama Big Stage:-


1) Tajul
2) Afiq Shazwan
3) Andi Bernadee
4) Ariff Bahran 
5) Syafiq Farhain 


1) Sissy Iman
2) Wany Kayrie
3) Fara Hazel
4) Sarah Suhairi
5) Baby Shima 

Patutnya rasa yang kena masuk program ni Haqiem Rusli sebab ramai orang pertikaikan beliau menyanyi lagu orang putih tak sedap. Tapi mungkin beliau tengah menjalani rawatan Mild Stress yang dihadapinya. Ok lah apa pun harap program ni membuktikan BBNU ni memang boleh bernyanyi live bukan sekadar dalam sosial media sahaja. Kalau korang tengok program ini ditaja oleh #TikTok mungkin ramai lagi lepas ni budak yang lahir dari apps macam ni kot lepas ini. Good Luck lah semua.









Minggu ini adalah minggu ke 6 dan merupakan minggu suka akhir untuk program yang paling ramai peminat di Malaysia iaitu Gegar Vaganza. Minggu ini menyaksikan 8 peserta yang tinggal menyanyikan lagu dengan teman "Jangan Kata Tak Tahu" iaitu lagu-lagu popular zaman sekarang dan 90an. 


Aqasha adalah satu-satunya peserta yang menyampaikan lagu bahasa Inggeris pada minggu ini dan menjadi mangsa penyingkiran. Menurut kata juri yang memberi komen Dato Ramli. M.S. persembahan Aqasha tiada apa yang boleh dikomen kerana terlalu teruk. 

Juri pada minggu ini menampilkan 4 orang juri termasuk 2 juri jemputan iaitu Dato AC Mizal dan Datuk Mokhzani. Manakala persembahan terbaik pada minggu ini adalah milik Aishah yang menyampaikan lagu popular sekarang iaitu Tergangtung Sepi nyanyian Haqiem Rusli. Persembahan bersahaja dan bertenaga mendapat sorakan dan jeritan penonton pada malam tersebut.


Malam itu juga menyaksikan Lan Solo berada dua terbawah juga kerana masalah kesihatan yang beliau alami. Lan kelihatan lemah dan bertongkat ketika menaiki pentas dan turun pentas akibat sakit buasir yang beliau alami minggu lepas.

Apa pun minggu depan adalah minggu separuh akhir dan menyaksikan semua peserta akan menyampaikan 2 buah lagu daripada tema OST. Siapa pula bakal tersingkir dan siapa bakal menyerlah. Nantikan secara langsung di ASTRO Ria dan RIA HD.







Program paling hangat dan paling dinantikan oleh peminat industri muzik tempatan Gegar Vaganza kini telah kembali. Pada musim ke 4 kali ini bakal lebih meriah dan memberi saingan hebat. Ini kerana barisan peserta adalah mereka yang memang pernah memenangi banyak anugerah sebelum ini.


Siapa tak kenal Liza Hanim yang pernah memenangi Vokal Terbaik pada AJL19, juga Aishah pernah menjadi Juara Lagu menerusi lagu Janji Manismu pada tahun 1990. Kali ini ada juga Syura yang pernah menang Anugerah Album Pop Etnik Terbaik AIM 2006, Elyana yang juga pernah bertanding dalam AJL 23. 

Juga turut memberi saingan hebat dalam GV 2017 kali ini adalah Aqasha, Hazami, Lan Kristal, Tia Jinbara, Haida dan dua peserta dari negara serberang iaitu Ferhad Singapura dan juga Firman Indonesia.  Namun kehadiran pelakon, penyampai radio dan juga pengacara Kak Engku dalam GV kali juga satu yang nampak menarik. Walaupun pada minggu pertama itu kelihatan hampir-hampir Kak Engku tersingkir tapi format tiada penyingkiran minggu pertama menyelamatkan beliau. 


Pada minggu pertama dengan tema Masih Kau Ingat semua 12 peserta menyampaikan lagu popular masing-masing yang memberi nostalgia. Tapi dari pemerhatian ternyata Liza Hanim, Aishah, Hazami dan Lan Kristal memberi persembahan terbaik mereka. Manakala Syura pula kalau tengok persembahan tak ubah seperti majlis AJL, begitu juga dengan Elyana.

Yang masih nampak lemah adalah Kak Engku, Haida, Ferhad dan Tia Jibara. Tapi minggu pertama apa boleh orang katakan saingan masih sengit lagi 7 minggu akan datang. Siapa bakal juara dan siapa bakal tersingkir minggu depan sama-sama kita nantikan. Disiarkan secara langsung di Astro RIA dan Ria HD setiap hari Ahad jam 9 malam. Masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara walaupun dalam keadaan mengandung 5 bulan.






Memegang tiket sebagai bekas juara AF 2015 tidak menjamin peserta AF Megastar tidak akan tersingkir dan itu yang menjadikan ia begitu getir sekali. Nasib Sufi jauh lebih teruk apabila ia menjadi mangsa penyingkiran minggu lepas setelah berada pada kedudukan bottom 3 untuk dua minggu beturut-turut.


Persembahan sufi minggu ini sangat teruk dan tidak seperti minggu Rock yang mana kali ini beliau menyampaikan lagu Izinkan Ku Pergi. Pihak juri juga tidak yakin dengan persembahan Sufi yang nampak sangat lemah. Walaupun pada minggu itu beliau dinobatkan sebagai Juara Raku dan juga Star Of The Week 2 minggu berturut-turut. 

2 lagi peserta yang berada di bottom 3 adalah Syahir dan juga Amir terselamat kerana hanya ada satu penyingkiran sahaja minggu itu. Keseluruhan persembahan adalah sangat memberangsangkan seperti persembahan Bob, Marsha dan Syamel.

Manakala peserta lain perlu memberbaiki banyak lagi terutama dalam pemilihan lagu dan juga penghayatan kepada lagu agar ia memberikan kesan kepada juri yang banyak memberi markah. Siapa pula bakal tersingkir adakah juara juga atau mereka terus merebut peluang kemasan ini nantikan secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.







Ewal membawa lagu Potret yang dipopularkan oleh Akim & Majistret menjadi mangsa tersingkir minggu ini. Undian awal semasa mula program juga kedudukan Ewal sngat bahaya berada di bottom 3 dan akhirnya selepas persembahan nyata nasib tetap tidak menyebelahi Ewal. 


Dua lagi peserta yang menduduki bottom 3 minggu ini adalah Sufi dan Amir J. Namun mereka masih terselamat daripada penyingkiran minggu ini. Sufi juga dinobatkan sebagai Star of the Week AF Megastar minggu ini.

4 peserta yang membuat persembahan menarik pada malam ini adalah Shahir, Syamel, Indah dan juga Sufi. Namun kebanyakan komen juri semua peserta tidak sampai dengan konsep rock yang menjadi tema minggu ini. Tapi bagi saya Shahir punya persembahan lebih realiti dan penuh dengan konsep yang unik dan menarik seperti mana komen Syafinaz.

Minggu depan semua 9 peserta yang tinggal akan menyanyikan lagu Mahakarya iaitu lagu yang telah juara. Siapakah juga bakal menjadi mangsa seterusnya penyingkiran. Sama-sama kita nantikan dan terus mengundi AF Megastar. 





 
Wajah jambu dan mempunyai daya tarikan hebat Amir dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Fantasi Dherbs sekaligus membawa pulang wang tunai RM5000. Kemenangan ini diumumkan sendiri pengasas kepada produk kesihatan D'Herbs Dato Aliff Syukri pada malam akhir tersebut. Pilihan Amir sebagai pemenang adalah memenuhi kreteria seorang yang mempunyai aura dan daya tarikan menarik pada wajahnya menurut kata Dato.


Paling manis lagi pada malam akhir itu anak muda berusia 20 tahun berasal dari Selangor itu juga dinobatkan sebagai juara AF2016. Menewaskan 4 lagi persaing hebatnya iaitu Amal, Reshma, Ara dan Afi. Sebagai juara keseluruhan Amir membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro serta voucher beli-belah dari 11street bernilai RM5,000.

Manakala tempat kedua pula milik Amal yang membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi serta voucher membeli-belah bernilai RM4,000. Reshma pula ditempat ke 3 membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi dan voucher bernilai RM3,000 dari 11street. Tempat ke 4 milik Ara dan tempat ke 5 milik Afi.

Kemenangan pada malam akhir ini agak mengejut kerana selama 6 minggu program realiti ini kedudukan pelajar adalah memihak kepada pelajar wanita. Ia menyaksikan saingan hebat antara Afi dan Rahila. Namun segala berubah pada minggu separuh akhir dan akhir apabila pelajar lelaki lebih mendominasi pentas dan undian.

Pada malam akhir itu juga 5 pelajar membawakan lagu baru masing yang telah dicipta oleh komposer hebat tanah air. Turut menbuat persembahan pada malam itu adalah daripada kumpulan KRU dan Indigo. Apa pun tahiah kepada semua pemenang dan moga sukses dengan lagu masing-masing diluar sana.






Memperkenalkan barisan artis yang akan bersaing dalam program Gegar Vaganza musim ke 3. Program yang telah menjadi viral tahun lepas apabila pemenang utama Siti Nurdiana menjadi perhatian semua peminat. Sapa pula tahun ini yang juga bakal viral dan bakal juara program realiti ini. 


Program ini akan menggantikan AF yang telah sampai kemuncaknya. Bersiaran pada jam 9.00 malam setiap hari Ahad bermula 16 Oktober secara langsung di Astro Ria dan Ria HD. Masih kekal Qu Puteh sebagai penaja utama program ini dan apa pula gimik-gimik yang bakal dipertontonkan tahun ini. Juga masih kekal pengacara yang sentiasa kelakar Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juri tetap juga masih kekal iaitu Dato Ramli M.S dan juga Dato Khatijah Ibrahim. Mari kita kenal dengan barisan mereka yang akan mewarnai Gegar Vaganza Musim ker 3 ini. 6 peserta lelaki iaitu Ameng Spring, Razis Ismail, Shidee Data, Rem, Zarul Umbrella dan Gmie Screen. Manakala 6 peserta wanita pula adalah Nora, Siti Sarah, Elly Mazlien, Intan Sarafina, Azharina dan Zur Eda.


Diharapkan tahun ini lebih meriah dan membuktikan Otai Masih Menyengat dan mampu mengembalikan kemeriahan artis2 lama ini. Puas lah tahun ni gelak tengok gelagat pengacara dan juga Dato Vida sendiri nantikan. 





Seramai 14 orang pelajar Akademi Fantasia (AF) 2016 telah diperkenalkan baru2 ini kepada media. AF2016 menyaksikan tujuh pelajar lelaki iaitu Amal, 21 (Pulau Pinang) Amir, 20 (Selangor), Ikram, 26 (Kuala Lumpur) Zarol, 23 (Johor Bahru), Rais, 22 Selangor), Halmy, 23 (Kuala Lumpur) dan Isa, 23 (Selangor).


Manakala tujuh pelajar perempuan ialah AFI, 23 (Sabah), Ara, 19 (Negeri Sembilan), Rahila, 20 (Singapura), Riana, 26 (Pahang), Jasper, 23 (Johor), Reshma, 18 (Selangor) dan Asha, 20 (Melaka). Hanya 2 orang pelajar perampuan yang bukan Melayu layak iaitu Kareshma Martin John Patrick dan Jasper James Supayah.


Sesi memperkenalkan barisan pelajar baru AF telah berlangsung di Soju, Sunway pada petang Selasa. Istimewanya musim ini, juara pertandingan JoHaRaStar anjuran radio rasmi AF2016, ERA fm akan diserap masuk untuk menyertai 14 pelajar lain pada konsert mingguan ketiga. Masih mengekalkan pengacara yang lalu Zizan Razak. Manakala Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal sebagai pengacara Diari AF 2016.


AF 2016 akan mula bersiaran secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 21 Ogos ini. Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sementara itu rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.








Astro kembali dengan idea baru untuk memberi peluang kepada penyokong siaran mereka melalui program hiburan terbaru mereka. Kali ini lebih unik dan lain daripada yang lain di mana program realiti ini menampilkan 10 orang barisan pelakon hebat tanah air untuk beraksi di atas pentas nyanyian pula. Mereka semua berbakat dalam lakonan adakan mereka juga berbakat dalam bidang nyanyian. 


10 barisan pelakon itu adalah 5 orang pelakon wanita iaitu Siti Elizad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Tasha Shila dan Raja Ilya. Manakala arisan 5 orang pelakon lelaki pula adalah Nazim Othman, Arja Lee, Ryzal, Siffi Jikan dan Dazrin. Semua ini hebat dalam belakon dan kini cuba nasib dalam pertandingan nyanyian.


Program yang akan berlangsung secara langsung untuk minggu pertama ini pada 10 April ini di saluran Astro Ria dan Ria HD. Anda juga berpeluang untuk menentukan siapa juara dan siapa akan tersingkir setiap minggu melalui undian secara online di www.gempaksuperstar.com.my. Mahkah setiap peserta ditentukan melalui 50 undian anda dan 50 lagi dari juri profesional.

Nak tahu sapa juri tetap dan juri jemputan mereka anda kena saksikan Ahad ini. Tapi agak muskil yang Arja Lee pernah ada single dan juga lagu sendiri boleh masuk adakah aci kepada peserta lain yang tiada pengalaman profesional menyanyi. Tapi masing2 ada strategi sendiri untuk berjaya dalam pertandingan ini sama2 kita saksikan nanti.




 
Saat yang di nantikan telah berlangsung secara langsung semalam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) peringkat akhir Akademi Fantasi 2015. Majlis yang menonjolkan 4 orang peserta akhir yang sama2 hebat dan sama mantap. Sufi pelajar dari Singapura, Syamel pelajar dengan suara yang mantap, Bila anak kepada ahli kumpulan Wing dan juga Sharul pelajar dari Negori Sembilan.


Masing2 mempunyai kekuatan tersendiri yang tiada tandingan dan mampu merubah dunia hiburan tanahair. Pada malam akhir setiap peserta membuat dua persembahan iaitu lagu baru setiap pelajar dan juga lagu pilihan mereka sendiri. Sufi menyampaikan lagu baru Kisah Dua Muka dan juga lagu Andai Ku Bercinta lagi. Manakala Syamel menyampaikan lagu baru Hidup Dalam Mati dan juga lagu Hazama Sampai Mati. Bila pula menyampaikan lagu baru ciptaan Edry iaitu Diam Saja dan juga lagu Karma. Terakhir Sharul menyanyikan lagu baru bertajuk Hanya Kamu dan lagu Bruno Mars iaitu Just The Way You Are.


Pada malam tersebut pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan juara AF 2015 dengan penuh gemilangnya. Juara milik Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Syamel yang bergelar naib juara telah memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM30,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Bila pula di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Manakala ke empat milik Sharul pula menduduki tangga keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. 

Tahniah buat semua pelajar dan juga kini telah bergelar artis dengan single terbaru masing2. Tahniah juga kepada barisan tenaga pengajar yang hebat melahirkan juara dan juga pelajar yang lebih matang dan suara lebih mantap. Juri pada malam akhir juga tidak kurang hebat memberi komen yang bernas daripada Dato Ramli MS, Fauziah Ahmad Daud, Dato AC Mizal dan juga Datuk Aznil Hj Nawawi.