Memaparkan catatan dengan label Astro Warna. Papar semua catatan
Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 kini kembali menemui penonton dengan menyaksikan 14 peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.


Walaupun telah 2 kali menjadi juara MLM kumpulan Bocey masih tetap menyertai program ini untuk kali ini. Bukan niat nak merebut juara tapi memberi saingan sihat kepada semua peserta baru dan lama.  

Program MLM 2018 kali ini menyaksikan kehadiran peserta baru iaitu kumpulan Kiut, Abata dan 2B yang merupakan dari program Gegar Lawak.

Masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara program kali ini bersama tiga juri tetap yang akan diumumkan pada program ini yang akan disiarkan secara langsung selama 12 minggu.

Program MLM 2018 akan bermula pada 2 November ini jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.





Program realiti lawak yang telah belangsung selama 7 minggu sebelum ini telah sampai kekemuncak malam tadi. Gegar Lawak Akhir membariskan 5 peserta yang bersaing iaitu Padil, Eyya, Abata, Kiut dan 2B. Dengan 2 tema pada malam akhir iaitu muzikal dan bebas memberikan saingan hebat.


Rezeki nyata menyebelahi kumpulan Kiut yang membariskan 3 orang jejaka dari Kedah apabila mereka dinobatkan juara Gegar Lawak musim pertama ini. Melalui kemenangan ini mereka membawa pulang torfi dan juga wang tunai RM50,000. Mereka juga menerima anugerah Man Of The Match pada minggu akhir.

Juga membuat kejutan pada malam akhir ini adalah Eyya satu-satunya peserta solo wanita dari Sabah apabila dijulang naib juara. Membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. Siapa sangka bakat gadis muda ini dari mula dilihat begitu tidak menyerlah mampu merangkul gelaran tempat kedua.

Manakala tempat ketiga adalah milik kumpulan Abata yang membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi. Tempat keempat pula milik Padil peserta dari Terengganu membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000 juga tempat kelima milik kumpulan 2B.

Pada malam akhir peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Dato AC Mizal dan Douglas Lim serta juri jemputan iaitu Nabil Ahmad. Tahniah kepada semua peserta dan anda adalah bakal pewaris generasi lawak tanah air negara. 





Super Spontan Superstar telah melabuhkan tirai akhir pada Jumaat lepas dengan menyaksikan 8 peserta berjaya keperingkat akhir. Fad, Achey, Sharol, Syuk, Mamak, Kamal Adli, Ozlyn dan Sharif bersaing secara individu pada malam akhir tersebut. Disiarkan secara langsung di Astro Warna dan Warna HD diacarakan oleh Dato AC Mizal bersama komentator Dato Afdlin Shauki dan Datuk Prof Chef Wan.


Namun pelawak sejati adalah pelawak yang spontan itu tema Super Spontan tahun ini dan terbukti kehebatan pelawak terletak pada bakat. Akhirnya seorang pelakon berjaya menewaskan 7 lagi pelawak dalam program itu di mana Kamal Adli telah dinobatkan sebagai juara.

Kamal berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Manakala tempat kedua milik Fad Bocey yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi serta tempat ketiga milik Achey Bocey berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. 


Namun mereka tidak kecewa dengan kedudukan itu kerana Kamal ternyata memberikan komitmen dalam persembahan akhir. Kamal juga menafikan isu gosip yang tengah hangat antara beliau dengan kekasihnya memain peranan kepada kejayaan beliau pada malam akhir. Ini semua atas undian penuh peminat yang sentiasa menyokong kerjaya beliau. Kelihatan Emma juga turut hadir memberi sokongan kepada beliau pada malam akhir tersebut.

Apa pun tahniah kepada semua peserta akhir dan tidak mustahil akan datang lebih ramai pelakon juga turut serta dalam program lawak seperti ini dimana sebelum ini kelihatan ramai pelakon dan penyanyi mula menjadi pelawak. Mampukan pelawak bersaing selepas ini.






Kemunculan pertama kali pelakon, penyanyi dan pelawak Amy Mastura dalam pentas secara langsung ini adalah sangat dinantikan peminat. Amy rasakan dirinya tidak lawak nak dibandingkan dengan peserta lain yang jauh lebih pengalaman dunia lawak. Amy akan berada dalam kumpulan King Musang bersama pelawak lelaki lain.


Manakala pelawak dan pengacara yang cukup terkenal Sharifah Shahira juga akan bersaing dalam Super Spontan Superstar tahun ini. Menjadi ahli kumpulan Tenggiling Taiko Shahira rasa sedikit gementar kerana bergandingan dengan bakat muda yang juga hebat-hebat dan terkenal.
 
Termasuk dua Bintang lawak solo musim pertama, Danial Zaini dan Fikry Ibrahim antara peserta baru yang menyertai pertandingan Super Spontan Superstar 2017. Danial menyertai kumpulan Tenggiling Taiko manakala Fikry pula menyertai kumpulan King Musang. 


Tahun nampak tiada muka pelawak yang biasa dengan program ini dan ia adalah satu cabaran menarik kerana kita akan lihat ramai mereka yang pertama kali menyertai program lawak spontan ini. Seperti Artu dan abangnya Sharif serta Mamak buat penampilan pertama kali mereka dalam program ini.
 
Jangan lupa temujanji kita menyaksikan rancangan ini secara langsung mulai 8 September 2017 setiap hari Jumaat di saluran Astro Warna dan Astro Warna HD. Masih mengekalkan Dato AC Mizal sebagai pengacara dan juga perantara Afdlin Shauki bersama dengan artis jemputan mereka. 







Setelah 8 minggu berteka teki siapa yang paling lawak antara pelawak solo makan pada malam akhir Jumaat yang lepas keputusan telah diumumkan. Tahniah kepada Mohamad Danial Mohd Zaini dari Pulau Pinang dinobatkan sebagai juara program Lawak Solo. Sebagai pemenang Danial membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000 dan trofi kejuaraan. 

Sebelum ini setiap minggu menunjukan perubahan untuk setiap kedudukan peserta menjadikan keputusan malam akhir amat sukar untuk diramalkan. Kehebatan banyak peserta adalah kepada konsistan lawak mereka setiap minggu yang menambat hati penonton.


Tempat kedua Lawak Solo adalah milik Mad Sabah manakala tempat ketiga milik Fikry dan juga tempat keempat milik AG Hafiz. Semua peserta akhir membuat dua persembahan dengan tema bebas dan hiburan. 

Pada malam akhir diadili oleh juri tetap Dato AC Mizal dan Saiful Apek manakala Erra Fazira sebagai juri jemputan. Program belangsung secara langsung dari Studio Finas dan juga saluran Astro Warna serta Maya HD. Tahniah kepada semua peserta akhir dan moga ia akan terus mewarnai dunia lawak negara. Moga Astro teruskan program ini kerana ia sangat bagus dalam mendidik dan melahirkan pelawak berkualiti.