Dunia Penuh Gosip - Awards Dunia Penuh Gosip: Awards - All Post
Memaparkan catatan dengan label Awards. Papar semua catatan
Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 telah berlansung pada 13 sehingga 15 September 2023 bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Ekspo juga diadakan di Sunway Hotel Resort dan Sunway Pyramid Convention Centre.



Pelbagai acara telah disusun sepanjang tiga hari tersebut. Kemuncaknya adalah acara anugerah The World Islamic Tourism Award (WITA 2023) yang telah di adakan Sunway Resort Hotel, Selangor. Malam anugerah dilaksanakan bertujuan untuk mengangkat dan menghargai jasa pemain industri pelancongan untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

TV AlHijrah selaku stesen televisyen yang memperjuangkan gaya hidup Islam telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas bagi kategori Best Islamic Tourism TV Station. 

Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din dan disaksikan oleh Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Datuk Dr Mohd Khalid Harun. Anugerah disampaikan kepada kepada Pegawai Khas Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Salehhuddin Jurimi yang hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.



Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris sewaktu ditebak tentang kejayaan anugerah ini berkata, pengiktirafan bertaraf global itu dibuat oleh panel juri yang sangat mahir dan berpengalaman luas bagi menentukan kriteria pemilihan pemenang.

Pihak penganjur sepandapat bahawa TV AlHijrah sentiasa cakna tentang keperluan menyokong industri pelancongan negara. Kita terbitkan dan siarkan banyak program-program yang menyokong industri pelancongan Islam. Tidak dinafikan, industri ini banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kemanisan kejayaan ini saya tujukan khas kepada kakitangan TV AlHijrah yang sentiasa dedikasi dan komited dalam menjalankan tugas mereka sehingga berjaya mengharumkan nama baik TV AlHijrah ke persada antarabangsa.

Kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada TV AlHijrah dalam melaksanakan gerak kerja dakwah kontemporari dengan istiqamah.  Penghargaan turut saya zahirkan kepada barisan asatizah yang selama ini sentiasa bersama-sama TV AlHijrah.



Penganugerahan ini pastinya membantu TV AlHijrah melonjak pada tahap yang lebih tinggi dan mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan selari dengan visi kami iaitu sesuai dan relavan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa,” kata Namanzee.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengurus Kanan Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek. Hadir sama meraikan kejayaan TV AlHijrah, Mohd Ashrudy Borhan, Pengurus Jabatan Penerbitan dan Zulkarnaen Mokhtar, Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TV AlHijrah.








Tahniah kepada TV Alhijrah apabila dinobat pemenang Anugerah The BrandLaureate The World’s First E-Branding Award bagi kategori Anugerah Rakan Strategik Perniagaan pada 8 Januari 2021.



Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata, kemenangan itu adalah kemenangan kali ketiga bagi TV AlHijrah, yang merupakan satu-satunya stesen televisyen Malaysia yang memenangi anugerah itu.

“Penganugerah ini merupakan satu penghormatan kepada TV AlHijrah dan bukti stesen kami mampu kekal berdaya saing meski pun berdepan cabaran yang tidak dijangka,” katanya.

“Ini hasil kerja keras dan komitmen daripada semua rakan-rakan di TV AlHijrah kerana kita melihat pada 2020 ramai terkesan dengan pandemik, banyak perniagaan terkesan namun kita kekal berdaya saing dan itu perkara yang membanggakan,” jelas Namanzee.



Selain itu, Namanzee turut berkata tahun 2021 bakal menyaksikan lebih banyak program berimpak tinggi yang akan dihasilkan dan dsiarkan oleh stesen gaya hidup Islam itu demi memenuhi aspirasi penyiaran negara dan selera penonton yang dahagakan program ilmiah yang mendidik dan menghiburkan selari dengan ajaran agama, batasan budaya dan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami akan terbitkan program impak tinggi seperti program MY H.A.U.S, Dengarkan dan Hijrah Berselawat (bersiri). Ketiga-tiga program ini menjadi nadi kepada kempen Musa’adah Covid-19 2021 serta memposisikan TV AlHijrah sebagai stesen yang mendengar nadi denyut rakyat serta stesen penenang jiwa yang memeluk emosi rakyat Malaysia tatkala negara menghadapi masalah ancaman Covid-19 dan kemuraman ekonomi.

My H.A.U.S yang disiarkan setiap Isnin, 9 malam bermula 25 Januari 2021 adalah sebuah program realiti ubah suai rumah golongan asnaf yang memerlukan perhatian khusus bagi mendapatkan tempat kediaman selesa dan boleh diduduki seisi keluarga.



Dengar pula merupakan program separa realiti yang mencari individu yang kisahnya tular akibat kesusahan hidup dan akan dibantu agensi kerajaan yang berkaitan.

Beliau turut berharap agar TV AlHijrah terus bersaing dan kekal relevan mendepani arus permodenan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa walaupun mendapat persaingan daripada media-media baru.

Anugerah The BrandLaureate The World’s First E-Branding Award yang berlangsung buat pertama kalinya secara maya diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat korporat yang sentiasa berusaha secara konsisten membina jenama hingga dikenali di pasaran tempatan dan global merangkumi sektor-sektor seperti Makanan, Hotel dan Pelancongan, Kecantikan & Kosmetik, Sukan, Kesihatan, Fesyen, Perbankan dan Kewangan dan banyak lagi.








Hari yang dinanti-nantikan telah tiba, dimana EH! sekali lagi ingin memartabatkan selebriti tempatan dengan mempertaruhkan 19 kategori secara keseluruhan dan kuasa untuk memilih ada di tangan anda!


Pemilihan lima calon akhir bagi setiap kategori telah dipilih oleh sidang Editorial EH!. Siapakah bakal selebriti lelaki paling bergaya, wanita paling seksi mahupun pasangan selebriti pilihan anda?

Kategori Anugerah Stail EH!
1) Selebriti Lelaki Paling Bergaya
2) Selebriti Wanita Paling Bergaya
3) Selebriti Lelaki Seksi
4) Selebriti Wanita Seksi
5) Selebriti Pilihan Kulit Majalah
6) Pasangan Selebriti Pilihan
7) Jurusolek Selebriti Pilihan
8) Pereka Fesyen Selebriti
9) Model Pilihan
10) Selebriti Harapan Pilihan
11) Pendandan Rambut Selebriti Pilihan
12) Video Muzik Paling Stylish
13) Influencer Kecantikan Pilihan
14) Influencer Fesyen Pilihan
15) Penata Gaya Selebriti Pilihan
16) Pereka Fesyen Baru Pilihan
17) Selebriti Pencapaian Terbaik
18) Selebriti Kulit Cantik
19) Selebriti ‘True Colour’

Setiap undian anda penting untuk mereka mengungguli kategori masing-masing.

15 pembaca bertuah turut berpeluang untuk menangi hadiah menarik dari LANCÔME. Bukan itu sahaja, anda berpeluang untuk dapatkan satu Lancôme Starter Kit di pengakhiran undian ini nanti.

Jadi cepat undi artis pilihan anda sekarang di https://anugerah.stail.eh.my/.