Dunia Penuh Gosip - Bintang Paling Popular Dunia Penuh Gosip: Bintang Paling Popular - All Post
Memaparkan catatan dengan label Bintang Paling Popular. Papar semua catatan
Satu keputusan yang sangat mengejutkan dan memang tidak disangka-sangka kerana ramai peminat dan penonton meramalkan bahawa pasangan suamai isteri #Fattzura salah seorang akan menang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke 31. Ini kerana Fazura paling banyak membawa pulang anugerah termasuk Pelakon TV Wanita Popular, Pasangan Serasi Drama dan Pasangan Serasi Filem


Tapi semuanya meleset dengan pengumuman yang dibuat oleh penyampai Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatimah pada malam akhir ABPBH 31. Nama penyanyi yang berjaya merangkul anugerah katergori Penyanyi Wanita Popular iaitu Wany Hasrita berjaya membawa pulang hadiah utama pada malam tersebut. Memenangi sebuah kereta, wang tunai dan juga trofi menjadikan Wani sebagai artis paling muda menang hadiah utama Bintang Paling Popular.


Pada malam tersebut juga ramai penonton yang menyatakan rasa tidak puas hati kepada gabungan pengacara utama iaitu Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick. Nampak sangat tiada keserasian dan juga ada banyak sangat kekurangan. Alasan yang diberikan nanti mesti kerana baru pertama kali mengacara. Tapi mungkin juga betul mereka ini adalah pengacara murah nak banding dengan pengacara popular yang lain semua dah mahal.

Tapi semua keputusan telah dibuat dan kemenang telah diadili tahniah kepada pemenang ABPBH 31 yang telah berlangsung di PICC Putrajaya malam tadi. Senarai penuh pemenang seperti di bawah :- 

Kategori Utama
Artis Paling Popular: Wany Hasrita
Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular: Emma Maembong
Pelakon TV Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular: Fazura
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakrie
Artis Komedi Popular: Zizan Razak
Artis Versatil Popular: Alif Satar
Pengacara TV Popular: Neelofa
Penyampai Radio Popular: Haziq Hot FM
Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita
Artis Baharu Lelaki Popular: Fendy Bakry
Artis Baharu Wanita Popular: Farah Nabilah

Kategori online
Artis Sensasi Popular: Neelofa
Pasangan Serasi Drama: Fattah Amin & Fazura
Pasangan Serasi Filem: Fazura & Zul Ariffin
Personaliti Media Sosial Popular: Fatimah Omar Mukhlis
Instafamous Cilik Popular: Ariff Jiwa




Kini telah masuk tahun ke 29 Anugerah Bintang Popular Berita Harian di anjurkan dan telah menobatkan ramai artis dalam bidang masing2. Tahun ini 13 ketegori di pertandingkan dan bakal merebut kejuaraan manakala 5 kategori pilihan online. Baru2 ini telah berlangsung acara memperkenalkan top 5 bagi setiap kategori.


Melihatkan banyak wajah baru bakal mewarnai duni seni tanah air dan bakal di nobatkan lagi tahun ini. Siapa bakal membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular untuk tahun ini. Adakah pengantin baru Shahezy Sam bakal mengulangi kejuaraan atau ada bakat baru yang lain lebih menonjol tahun ini.

Di senaraikan semua top 5 bagi setiap kategori :-

Artis Baharu Lelaki Popular

    Ippo Hafiz
    Ir Radzi
    Nadzmi Adhwa
    Redza Rosli
    Sufi

Artis Baharu Wanita Popular

    Falisha Crossley
    Janna Nick
    Mira Filzah
    Nana Sheme
    Ruhainies

Pelakon Filem Lelaki Popular

    Abam
    Remy Ishak
    Shaheizy Sam
    Sharnaaz Ahmad
    Syafie Naswip

Pelakon Filem Wanita Popular

    Emma Maembong
    Fathia Latiff
    Neelofa
    Nur Risteena
    Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular

    Faizal Hussein
    Fattah Amin
    Kamal Adli
    Remy Ishak
    Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular

    Emma Maembong
    Erma Fatima
    Fathia Latiff
    Siti Elizad
    Siti Saleha

Penyanyi Lelaki Popular

    Aizat
    Asfan
    Hazama
    Ir Radzi
    Syed Shamim

Penyanyi Wanita Popular

    Adira
    Aishah Aziz
    Ayda Jebat
    Dayang Nurfaizah
    Eleena Harris

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

    Akim & The Majistret
    Hafiz Suip & Adira
    Joe Flizzow & SonaOne
    Tasha Manshahar & Syed Shamim
    Wings

Artis Komedi Popular

    Abam
    Amir
    Ebby Yus
    Shuib
    Zulin Aziz

Artis Versatil Popular

    Abam
    Ajak Shiro
    Awie
    Didie Alias
    Ifa Raziah

Pengacara TV Popular

    Hazlin Hussein
    Izreen Azminda
    Neelofa
    Sherry Alhadad
    Wak Doyok

Penyampai Radio Popular

    Abby Fana (Sinar)
    Deen (Hot)
    DJ Lin (Suria)
    Feeya Iskandar (Sinar)
    Fizie (Hot)

ABPBH Kategori Online 

Artis Aksi Selfie Popular

    Datuk Siti Nurhaliza
    Elfira Loy
    Emma Maembong
    Fazura
    Nazim Othman
    Nora Danish
    Saharul Ridzwan
    Scha Alyahya
    Shukri Yahaya
    Zizan Razak

 Personaliti Media Sosial Popular

    Amran Fans
    Atita Haris
    Faizdickie
    Kevin Zahri
    Lara Alana
    Mat Lutfi
    Queen of Luna
    Ucop
    Vivy Yusoff
    Wak Doyok

 Artis Ikon Respek

    Aishah Sinclair
    Daphne Iking
    Datuk AC Mizal
    Datuk Aznil Nawawi
    Hafiz Hamidun
    Heliza Helmi
    Maya Karin
    Mizz Nina
    Sazzy Falak
    Scha Alyahya

 Artis Trending Popular

    Arja Lee
    Atikah Suhaime
    Ayda Jebat
    Fasha Sandha
    Fazura
    Sharnaaz Ahmad
    Tasha Shilla
    Uqasha Senrose
    Yuna
    Zizan Razak

Artis YouTube Popular

    Ainan Tasnem
    Eleena Haris
    Ippo Hafiz
    Najwa Latif
    Nana Sheme
    Siti Nordiana
    Syed Shamim
    Tasha Manshahar
    Wani (Kun Anta)
    Wani Kayrie




Ramai tak sangka dalam diam2 gosip hubungan mereka akhirnya ia di akhiri dengan satu ikatan yang suci dan halal. Itulah yang akan dilalui kedua2 pelakon ini iaitu Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 yang bakal menamatkan zaman bujang mereka pada bulan Februari ini. Dalam satu majlis bersama media yang diadakan pada hari ini di sebuah hotel mereka mengumumkan tentang perkahwinan mereka.


Paling mengejutkan adalah perkahwinan ini akan menjadi sejarah sebagai perkahwinan paling mahal tahun 2016 dan juga perkahwinan yang menerima tajaan paling banyak iaitu sebanyak RM25 juta. Sam salam ucapannya menyatakan sangat terkejut akan jumlah itu dan ia sendiri tidak mengetahui siapa penaja itu kerana segala urusan di serahkan sepenuhnya kepada ahli keluarga.

Sapa tak nak taja pelakon yang telah memenangi Bintang Paling Popular sebanyak 3 tahun dan juga pelakon yang telah mencipta nama dalam filem paling laris 2015 dan pecah panggung iaitu Polis Evo. Selain itu juga Sam menjadi duta kepada beberapa produk yang telah keluar iklan di kaca TV. Tahniah buat Sam dan Sya atas perkahwinan ini.

Majlis akan di adakan di kedua2 belah pihak di kampung Sya pada 9 Februari di Pulau Pinang dan juga di sebelah Sam akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental KL. Moga pasangan sama pada dan cama cantik ini akan kekal hingga Jannah dan juga mempunyai anak2 yang comel dan ramai. Peminat Sam akan kecewa atas keputusan untuk perkahwinan ini adakah ia akan menjejaskan kareer beliau. Sama2 kita doakan kebahagiaannya.