Dunia Penuh Gosip - Dato Siti Nurhaliza Dunia Penuh Gosip: Dato Siti Nurhaliza - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dato Siti Nurhaliza. Papar semua catatan
Ratu Pop Malaysia Dato Sri Siti Nurhaliza telah selamat melakukan konsert sulung beliau di Adelaide atas jemputan untuk OzAsia Festival. Mencatatkan 6 juta rekod jualan tiket pada malam tersebut menandakan penyanyi no 1 negara ini mempunyai peminat sendiri dari serata dunia. Konsert yang berlangsung selamat lebih satu jam setengah memberi kepuasan bukan sahaja kepada beliau paling penting adalah penonton yang sentiasa memberikan tepukan yang gemuruh setiap kali habis lagu di sampaikan.



Disokong oleh kumpulan pengiring dan rombongan penari yang hebat, Siti mengusai pentas sepenuhnya. Pakaiannya yang mewah dan hangat dengan penonton, dan keperibadian berkilauan semuanya ditambah pada malam yang kukuh dibina dengan suara yang luar biasa.



Kebanyakan lagu yang di sampaikan dalam bahasa Melayu namun penonton tetap seronok. Beliau juga turut menyampai satu lagu dari album Bahasa Inggerisnya All Your Love. Malah, pelbagai bahasa di mana beliau sampaikan adalah sangat luar biasa, termasuk Urdu, Arab dan Jawa.



Set terakhirnya terdiri daripada lagu tradisional Malaysia, memandangkan rawatan pop istimewanya. Pemeliharaan karya-karya tradisional ini adalah sesuatu yang dimiliki beliau. Ini satu yang menakjubkan. Bagi para penonton bukan latar belakang Melayu, itu adalah satu keistimewaan untuk menjadi sebahagian daripada acara yang penuh cinta dan kegembiraan. Inilah yang menjadikan OzAsia sebagai perayaan utama dunia.







Penganjuran Nona Superwoman 2018 oleh majalah Nona seiring dengan kempen Nona #Superwoman bagi meraikan golongan wanita yang telah banyak memberi inspirasi serta melakar kejayaan dalam bidang masing-masing.


Bertemakan ‘Inspirasi Wanita Bermula di Sini’, Nona Superwoman Award 2018 mengiktiraf wanita dari pelbagai bidang menerusi 36 kategori  yang terdiri daripada golongan selebriti, golongan usahawan, pakar motivasi, ahli sukan, ahli korporat serta ramai lagi.

Datuk  Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa turut tersenarai dalam penerima anugerah dengan masing-masing membawa pulang dua anugerah iatu Nona Legend Award & Nona Influencer Award yang dimenangi Siti, diikuti Nona Insta Famous Award & Nona Hijab Award yang diterima oleh Neelofa.


Senarai pemenang 36 anugerah yang disampaikan pada malam tersebut : -

Nona Best CEO Award (Developer) - Datin Paduka Dr Hajah Noraida
Nona Best Aesthetic Award 2018 - Datin Dr Suffia Hany mohd Amin
Nona Best Medic Shoes Award 2018 - Nur Diana Dzulkiply
Nona Best Young Entrepreneur Award 2018 - Siti Aisyah Kamaruddin
Nona Best Jamu Award 2018 - Dato' Sri Hanni Borhan
Nona Best Medispa & Wellness Award 2018 - Dr Katalina
Nona Best Online Brand Award 2018 - Dyana Roslan
Nona Best Local Halal Award 2018 - Dorina Abdullah
Nona Best Timeless Beauty Award 2018 - Thania Mohd Mustapa
Nona Preferred Bank Award 2018 - Affin Bank
Nona Best Glitz Award 2018 - Swarovski
Nona Best Technology Business Award 2018 - Datin Nur Ezdiani
Nona Best Fashionista Award 2018 - Rozita Che Wan
Nona Best Cover Award 2018 - Azrinaz Mazhar Hakim
Nona Best Feshion Brand Award 2018 - Izrin Ismail
Nona Beauty Award 2018 - Fyza Kadir
Nona Instafamous Award 2018 - Noor Neelofa
Nona Culinary Award 2018 - Anis Nabilah Umaruddin
Nona Best Media Social Trainer Award 2018 - Najib Asaddok
Nona Best Growing F&B Business Award 2018 - Siti Nursabrina Sabri
Nona Best Strategic Thinker Award 2018 - Hadyan Ibrahim
Nona Best Emerging Entrepreneur Award 2018 - Hafizatul Atikah
Nona Celebrity Business Award 2018 - Mila Jirin
Nona Motivator Award 2018 - Datuk Prof Dr Che Muhaya 
Nona Charity Award 2018 - Puan Sri Dato' Azrene Abdullah
Nona Royal Award 2018 - YM Tunku Kaiyisah
Nona Influencer Award 2018 - Dato Seri Siti Nurhaliza
Nona Idependent Woman Award 2018 - Ziana Zain
Nona VIP Award 2018 - Puan Sri To' Puan Shariffa Sabrina
Nona Hijab Award 2018 - NAELOFAR Hijab
Nona Professional Award 2018 - Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir
Nona Entrepreneur Award 2018 - Vivy Yusof
Nona Home-Grown Award 2018 - Datin Seri Nur Shahida
Nona Active Award 2018 - Dato Nicol David
Nona Legend Award 2018 - Dato' Seri Siti Nurhaliza
Nona Superwoman of The Year Award 2018 - Tan Sri Rafidah Aziz






Kalau korang taip jer nama Siti Aafiyah sekarang ni kat Google atau mana-mana laman pencarian pasti akan keluar gambar wajah Comel Pipi Merah. Populariti bayi yang baru sahaja mencecah usia 9 hari jauh lebih daripada artis yang dah bertahun dalam dunia seni. 


Siti Aafiyah adalah cahaya mata pertama penyanyi no 1 Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami Datuk Seri Khalid yang dilahirkan pada 19 Mac 2018. Populariti ini dizahirkan apabila laman Instagram rasmi milik anak kecil ini telah mencecah lebih daripada 150K pengikut dalam masa tak sampai 2 hari dicipta. 

Laman Instagram rasmi milik anak kecil ini adalah @AafiyahKhalid. Kalau yang lain tu bukan milik rasmi anak kecil ini. Juga kalau nak tengok gambar sepanjang majlis doa selamat, akikah dan tahnik anak kecil ini boleh ke #comelpipimerah.


Majlis yang berlangsung penuh dengan kemeriahan dan keagamaan diadakan pada 25 Mac yang lalu dikediaman mereka sendiri. Begitulah kisah hidup seorang anak kepada penyanyi paling dicintai ramai begitu cepat mencecah populariti. Namun Siti dan suami ada menyatakan tidak mahu mendedahkan anaknya kepada dunia glamor dan seni ini.

Apa pun semoga Siti Aafiyah menjadi seorang anak yang solehah dan berbudi bahasa, sopan santun seperti mana juga ibu dan ayahnya. Seronok tengok video muzik lagu Comel Pipi Merah bila time wajah Aafiyah tengah senyum comel sangat. Korang rasa Aafiyah ni wajah lebih mirip Siti ker atau Datuk K?







Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 8.17 pagi, hari ini. Siti selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.


Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, dia bersyukur kerana urusan bersalin Siti dipermudahkan Allah SWT.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, Siti berada dalam keadaan baik dan buat masa sekarang hanya kaum keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat.

Pasangan ini memilih Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Rozi juga berkata hanya keluarga terdekat dan sedara mara sahaja dibenarkan untuk melawat beliau buat masa ini. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan suami meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. Selamat menjalani tempoh berpantang.





Selepas seluruh Malaysia bergembira tentang berita kehamilan beliau yang telah masuk 4 bulan tu kini Dato Siti Nurhaliza berkongsi detik gembira sekali lagi. Ini apabila Tok Ti menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar baru-baru ini.


Anugerah yang beliau terima adalah Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri bersama artis iaitu Dato' Eizlan Yusof.

Majlis yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar. Kelihatan berseri-seri wajah Dato' Sri Siti Nurhaliza terserlah seri ibu mengandung.


Turut menemani beliau adalah suami tercinta Datuk Seri Khalid Jiwa pada majlis terebut. Moga lepas ni makin murah rezeki Dato' Sri dan keluarga dan juga dengan kehadiran cahaya mata tak lama lagi akan menambah ceria lagi rumahtangga yang dah sedia bahagia. Yang penting bukan gambar kat pintu pagar istana ok.







Tahniah kepada penyanyi no 1 negara dan suami kerana saat yang dinanti telah pun menjelma lagi. Setelah 11 tahun lama berusaha dan menanti saat indah ini akhirnya pengumuman telah dibuat secara rasmi malam tadi di laman sosial dan youtube rasmi Dato Siti Nurhaliza.


Dalam satu majlis santai bersama media Dato Siti kelihatan cantik dengan seri wajah ibu mengandung mengesahkan bawah kandungan beliau kini telah masuk 4 bulan. Patut dato banyak menyepi beberapa bulan ini daripada sebarang show dan rancangan tv rupanya ada isi didalam.

Harap semua orang tidak lagi membuat spekulasi dan tanda tanya tentang kandungan beliau. Hanya mahukan semua mendoakan kesihatan beliau dan baby dalam kandungannya. Dari kami peminat no 1 dato sentiasa mendoa terbaik buat dato dan anak dalam kandungan. Jom gunakan hashtag #CTJunior comelnya....





Lagu 'Cindai' yang dinyanyikan oleh penyanyi No 1 Malaysia Dato 'Siti Nurhaliza dicalonkan untuk kategori Lagu Original Soundtrack Filem Terbaik di Box Office Movie Awards Indonesia 2017.

Dipilih sebagai soundtrack asal untuk filem 2016 kategori filem komedi Indonesia-Malaysia bertajuk My Stupid Boss yang diarahkan oleh Upi Avianto dan lakon layar Farid Kamil. Ia menjadikan satu-satunya lagu Malaysia yang dicalonkan di dalam anugerah tersebut.


Dianjurkan oleh Surya Citra Televisi (SCTV), anugerah industri filem tahunan ini bertujuan untuk menghargai usaha para pembikin filem dan pengeluar Indonesia. Tambahan pula, anugerah itu bertujuan untuk memupuk pertumbuhan industri supaya mengekalkan menggalakkan keluaran filem tempatan yang box office.

Edwin Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria Records melahirkan rasa terkejut bahawa lagu lama 20 tahun telah dicalonkan dan sangat bangga untuk mewakili Malaysia pada anugerah itu. Lagu ini telah dikeluarkan pada tahun 1997 oleh Suria Records, dari album yang ketiga daripada Dato 'Siti Nurhaliza sebagai sebahagian daripada usaha beliau pada genre etnik pop.


'Cindai' adalah sebuah lagu tradisional melayu yang dihasilkan oleh komposer terkenal dan penulis lirik, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun. Lagu ini menceritakan kehidupan hidup kekecewaan seseorang walaupun banyak halangan.

Bagi 20 tahun yang lalu, 'Cindai' telah menerima pelbagai anugerah - Best Irama Malaysia & Etnik Kreatif Song (1998), Anugerah Juara Lagu (1998), AJL Best Penonton Song (2005), dan Anugerah Perlindungan Hak Cipta (MACP) Music Authors ' Favourite top 90-an (2007). Indonesia Box Office Movie Awards akan diadakan pada 29 Mac 2017. Good luck buat lagu Cindai.






Tahniah buat Datuk Siti Nurhaliza yang telah berjaya merangkul anugerah paling banyak pada malam akhir Anugerah Industri Muzik ke 22 yang berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra dan juga di Astro RIA dan Ria HD. Turut dimenangi Tok Ti pada malam tersebut adalah anugerah paling tinggi iaitu Album Terbaik dan Penyanyi Malaysia Terbaik.


Selain itu juga Datuk Siti memenangi lagi 3 anugerah iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita). Turut sama bersaing kemenangan yang banyak pada malam itu adalah Faizal Tahir melalui kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik AIM 22

Senarai penuh pemenang AIM 22 :

Album Terbaik: Datuk Siti Nurhaliza - Unplugged
Lagu Terbaik: Sejati – Faizal Tahir
Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia: Datuk Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu  (Wanita): Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Akim Ahmad - Potret
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu: De Fam – #Supergirls
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu: Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya
Lagu Pop Terbaik: Sejati – Faizal Tahir
Lagu Rock Terbaik: Mata Hati – Azlan & The Type Writer
Lagu Hip Hop Terbaik: Janji – Altimet & Takahara Suiko
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Firefly – Sonaone
Lagu Nasyid Terbaik: Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza
Lagu Pop Etnik Terbaik: Joget Sulam Sakti – Reena NickySusunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza
Rakaman Album Terbaik: Panic Bird – Froya
Kulit Album Terbaik: Bahtera – Sekumpulan Orang Gila
Video Muzik Terbaik: Not For Sale – Stacy
Artis Baru Terbaik: Syamel
Lagu Muat Turun Paling Tinggi : Akim & The Majistret Lagu Strim Paling Tinggi : Sudah Ku Tahu – Projector Band Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Di Tonton Di Youtube : Projector Band Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Paling Tinggi : Setia – Faizal Tahir & Elizabeth Tan
Anugerah Kembara: Yuna
Anugerah Sri Wirama: Datuk Sheila Majid






Malam tadi dapat tonton secara langsung program paling drama tahun ini iaitu apa lagi kalau bukan Gegar Vaganza 3. Siaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga Astro Ria dan Ria HD. Diacarakan oleh pengacara yang popular Nabil Ahmad dan Jihan Muse tak kerign gusi malam tadi gelak tengok telatah mereka.

6 peserta akhir yang bertanding merebut gelaran juara pada malam itu. Azharina memang telah diramalkan menjadi juara pada malam itu dan ianya ternyata benar. Azharina membawa pulang wang tunai RM100,000, tanah lot banglo, barang kemas, pakej percutian ker Itali, voucher GoShop, rakaman lagu single terbaru dan juga trofi GV. 


Beliau menewaskan Siti Sarah yang mendapat tempat kedua dan Zarul tempat ke tiga. Tapi Siti Sarah juga dipilih peminat menerima anugerah persembahan terbaik pilihan penonton yang membawa pulang wang tunai RM5000. Tempat keempat pula adalah milik Ameng, kelima milik Intan Sarafina dan yang terakhir milik Gmie.

Tapi semua itu tidak mampu menewaskan persembahan mantap dan hebat dari penyanyi no 1 Malaysia siapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Tok Ti memukau semua penonton di auditorium dan juga di rumah dengan persembahan medlay 3 buah lagu beliau iaitu Kau Kekasihku, Dialah Dihati, dan Balqis

Persembahan pada malam itu mendapat pujian semua penonton dan juga ramai netizen memuji kehebatan vokal artis paling banyak menang anugerah ini. Ternyata kehebatan Tok Ti tiada ganti dan jangan lupa saksikan konsert Dato Siti Nurhaliza And Friend di Astro Ria pada 11 Disember ini.






Mahaguru Spontan LIVE lah sangat!! merupakan sebuah persembahan permainan komedi improvisasi lanjutan daripada program-program seumpamanya iaitu Spontan, Super Spontan, Liga Lawak Superstar, dan Actorlympics. Program ini akan mempersembahkan pelawak-pelawak berbakat Malaysia sebagai pemain permainan improvisasi secara spontan dan LIVE dari Panggung Sari, Istana Budaya.


Sebuah persembahan nyanyian pembukaan akan disusuli dengan permainan improvisasi secara berturut-turut, diyakini bakal menjadi sebuah persembahan komedi yang paling lawak di Malaysia.Berbeza dari program seumpamanya, penglibatan penonton dalam persembahan seperti pengolahan situasi dan bermain dalam beberapa permainan bakal menggamatkan lagi suasana.

- Tiada persembahan Dato' Siti Nurhaliza pada jam 3.00petang 22 October 2016.
- Tiada persembahan Douglas Lim pada jam 8.00malam 22 October 2016.
- Tiada persembahan Abam Bocey pada 23 October 2016.

KONSEP

PERMAIN : Permainan yang akan dimainkan terdiri daripada permainan-permainan yang terdapat di dalam rancangan Spontan, Super Spontan, Actorlympics dan Liga Lawak Superstar.

‘HULUBALANG SPONTAN’ : Penonton boleh mencadangkan situasi berdasarkan penerangan dari host dan menulis situasi tersebut untuk dikumpulkan oleh ‘Hulubalang Spontan’ yang membawa balang-balang mereka untuk diserahkan kepada pengacara.

PERMAINAN IMPROVISASI : Kesemua permainan improvisasi yang dimainkan adalah berdasarkan situasi dan cadangan yang telah penonton tuliskan dan letakkan ke dalam balang di awal persembahan itu tadi.

PEMILIHAN PEMAIN : Host akan memilih pemain untuk bermain. Namun, host juga boleh membuka ruang kepada penonton untuk mencadangkan pemain.

PERMAINAN FIZIKAL : Untuk persembahan penutupan, pengacara akan membawa penonton ke sesi fizikal di mana kesemua selebriti akan bermain permainan yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

PERSEMBAHAN PENUTUP : Setelah berakhirnya permainan fizikal, selebriti akan mendendangkan lagu yang bermotifkan perpisahan dengan lirik-lirik yang berisikan pesanan penaja atau pesanan khidmat masyarakat (PSA); contohnya: PETA, kempen kesedaran penyakit kanser, dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi +6012283 2842 atau layari http://www.airasiaredtix.com.






Anugerah MeleTOP Era merupakan sebuah acara pengiktirafan yang dianjurkan oleh Astro dan Era FM, yang mengangkat karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital. Ianya bakal berlangsung pada 28 Februari 2016 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur dan anda dapat menunjukkan sokongan kepada artis pilihan anda dengan menghantar undian bagi memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori.


Anugerah MeleTOP Era terbuka untuk semua artis-artis tempatan ataupun luar negara yang berkarya di Malaysia, yang merangkumi bidang muzik/ radio/ televisyen/ filem/ digital. Filem, lagu, program TV, program radio, persembahan dan video mestilah dikeluarkan/ dihasilkan oleh syarikat yang diasaskan di Malaysia. Tempoh undia secara online dan juga melalu RAKU apps juga di buka bermula daripada hari ini sehingga 15 January 2016 sebelum pukul 12.00 tengahari.

Jom lihat senarai pilihan MahaGosip untuk setiap kategori. 

1) Lagu Meletop
- Assalammualaikum (Faizal Tahir)
- Terbaik Bagimu (Dato Siti Nurhaliza)
- Hanya Namamu (Caliph Buskers)

2) Penyanyi Meletop
- Faizal Tahir
- Dayang Nurfaizah
- Dato Siti Nurhaliza

3) Group/Duo Meletop 
- Akim & The Majistret 
- Elizabeth Tan ft Faizal Tahir
- Kaka ft Sleeq

4) Program Radio Meletop
- Johara (ERA FM)
- Hitz Morning Crew (Hitz FM)
- SATE (ERA FM)

5) Penyampai Radio Meletop
- Johan (Johara ERA FM)
- Ean (Hitz Morning Crew Hitz FM)
- Abby Fana (Sembang Sinar Sinar FM)

6) Filem Meletop
- Cicakman 3 (KRU Studios Sdn Bhd) 
- Polis EVO (Astro Shaw Sdn Bhd)
- Jwanita (Nuansa Sdn Bhd)

7) Bintang Filem Meletop
- Shaheizy Sam (Polis EVO)
- Maya Karin (Jwanita)
- Fahrin Ahmad (Pilot Cafe)

8) Drama Meletop
- Tuan Anas Mikael (Astro Ria)
- M.A.I.D (Astro Ria)
- Keluarga Iskandar 2 (Astro Warna)

9) Pelakon Meletop
- Aaron Aziz (Tuan Anas Mikael)
- Syukri Yahaya (Abang Beduk)
- Ayda Jebat (M.A.I.D)

10) Program Meletop
- Gegar Vaganza 2015 (Astro Ria)
- Anugerah Juara Lagu 29 (TV3)
- Pencetus Ummah 2015 (Astro Oasis)

11) Hos Meletop 
- Jihan Muse (Gegar Vaganza 2015)
- Dato’ AC Mizal (Super Spontan All Stars 2015)
- Aliff Satar (MeleTOP Kebaboom)

12) Bintang Online Meletop
- Nora Danish
- Dato Siti Nurhaliza
- YB Khairy Jamaluddin

13) Artis Baru Meletop
- Eleena Harris (Lagu: Terlalu Rindu)
- Nazrief Nazri (Drama: Oh My English Class of 2015)
- Zahirah MacWilson (Drama: Mencintaimu)

14) Artis Lawak Meletop 
- Johan (Super Spontan All Stars Akhir)
- Ajak Shiro (Buana Oh Buana)
- Shuib Sepahtu (Mail dan Sudin Sambut Ramadan)

15) Couple Meletop
- Hanis Zalikha & Hairul Azreen
- Yana Samsudin & Fadzil Zahari
- Lisa Surihani & Yusry

16) Fesyen Meletop
- Rozita Che Wan
- Awal Ashaari
- Dato' AC Mizal

Pasti korang ada pilihan sendiri dan korang adalah penentu sepenuhnya kerana undian adalah kuasa pemenang untuk setiap ketegori. pilih base on bakat dan bukan melalui kontroversi yang keluar di media. Itu kerana artis tu tak guna ok. Selamat mengundi.






Pasti seluruh rakyat Malaysia teruja dan gembira setelah mendengar berita kehamilan artis No1 negara ini. Begitu ramai orang mendoakan kebaikan dan kesihatan buat pasangan Dato Siti dan Dato K atas berita kegembiraan ini. Pihak media juga tidak sabar akan pengumuman berita kehamilan yang di war-warkan itu.

Namun semua kuasa Allah dan juga ujian buat setiap insan agar kuat dan tabah. Hari ini Dato Siti mengesahkan beliau keguguran kandungan yang telah masuh usia 2 bulan itu. Satu berita yang agak mengejutkan dan menyedihkan buat seluruh warga Malaysia. Namun apa daya kita sebagai hamba kena redha dan tabah atas ujianyNya.




Berita kesedihan ini telah di kongsikan Dato Siti sendiri di laman instagramnya pagi ini dan telah mendapat respond daripada semua peminat yang masih meraikan berita gembira sebelum ini. Tapi semua peminat juga redha dan mendoakan kesihatan belia dan juga In Shaa Allah akan ada rezeki lebih baik buat pasangan ini satu masa nanti. 

Sekarang beliau sedang berpantang dan berehat di rumah dari sebarang aktiviti sehingga sihat sepenuhnya. Kita sama2 mendoakan kesihatan Dato Siti dan moga lebih tabah dan kuat atas ujian dari Allah ini. Pasti akan tiba masa nanti cuma orang yang kuat dan tabah redha akan di beri nikmat di kemudian hari. Harap2 dato akan sihat dan kembali menyanyi lagi selepas ini.







Inilah berita yang paling di nantikan seluruh rakyat Malaysia bahkan juga peminat beliau di serata nusantara ini. Sapa tak suka jika berita gembira seperti ini yang di tunggu sejak dari tahun 2006 perkahwinan Dato Siti dan Dato K. Ia adalah pasangan paling meriah di raikan pada tahun itu yang di gelar Wedding of The Year. Saban tahun di asak dengan soalan bila mahu menimang cahaya mata Dato Siti bijak menangkis segalanya.


Namun tahun 2015 segala bukan lagi rahsia setelah di sahkan bahawa Dato Siti mengandung dan kini usia kandungan telah memasuki bulan ke 2. Segala mula di hidu oleh media apabila beliau mengupload gambar kurman dan susu kambing di Instagram. Ia menjadi viral dengan semua orang memperkatakan isu kehamilan Dato Siti, dan beliau masih tidak lagi berkata apa2 bila di ajukan soalan berkaitan isu ini.


Namun kini semua akhbar telah mengeluarkan kenyataan daripada sumber terdekat dan juga keluarga Dato Siti tentang kehamilan beliau. Menurut sumber dan akhbar mereka mendapat sumber dari keluarga yang siti telah masuk bulan kedua kehamilan. Ia adalah satu berita yang sangat2 menggembirakan buat seluruh peminat yang menantikan saat ini.


Masih belum ada pengesahan daripada tuan punya badan mahupun suaminya Dato K. Apa pun semua pihak terus memberikan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Dato Siti dan kandungannya. Di jangkana akan melahirkan pada bulan Jun 2016 nanti apakah riaksi peminat. Bagaimanakan rupa anak yang dilahirkan. Adakah akan ada liputan rasmi kelahiran anak artis No 1 di Malaysia ini. Sama2 kita doakan terbaik buat beliau dan sihat sehingga kelahiran nanti.


















Sapa tak kenal artis no 1 negara yang masih memegang status itu sehingga ke hari ini. Masih tiada yang mempu menyaingi beliau dalam dunia seni suara. Pernah tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penyanyi Wanita Paling Banyak Memenangi Anugerah. Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 37 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 MTV Asia Awards, 3 World Music Awards, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Singapore Music Awards dan banyak lagi (sumber wikipedia).


Tu lah dia Dato Siti Nurhaliza yang tidak asing lagi dan kini muncul dengan single terbaru beliau 'Mikraj Cinta' ciptaan oleh Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fedtri Yahya. Lagu berdurasi 4 mini lebih ini sungguh memukau bukan sahaja daripada susun atur musik malah juga lirik yang mendalam. Sesuai dengan konsep lagu ini menggabungkan muzik arab dan juga mainan violin yang jelas menjadi penyeri lagu ini.


Di tambah lagi dengan suara merdu Dato Siti Nurhaliza ini pasti ia adalah satu karya paling agung yang dicipta abad ini untuk penyanyi bertaraf international ini. Music Video lagu ini juga telah siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini. Ia adalah satu lagi bukti kehebatan lagu ini setaraf dengan kedudukannya MV ini di hasilkan pada lokasi yang tertinggi di KL. Berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur dan juga Menara KLCC menjadikan MV ini sangat begitu berjaya.


Diarahkan oleh Zuli dan Aloi, MV ini menggunakan teknologi Dron untuk mendapatkan view keseluruhan pemandangan dari puncak Menara KL dan juga keseluruhan pemandangan KL. MV ini berjaya membawa satu lagi revolisi muzik tempatan ke arah kemajuan dan berteknologi tinggi. Suka tengok MV ini banyak kali pun best tambah2 kalau tengok dalam resolusi HD memang memukau dan juga lagu yang merdu dan suara Dato yang merdu.


Moga lepas ini MV sehebat dan lebih hebat daripada ini dapat di hasilkan di masa akan datang. Tahniah buat Dato Siti Nurhaliza dan crew serta pencipta lagu ini memang semuanya cukup sempurna. Saya peminat Dato Siti Nurhaliza no 1 tau setiap lagu saya minat dan saya hafal. Moga lagu ini boleh menang banyak anugerah nanti tahniah.





Sambut hari ibu bersama ibu tercinta dan artis kesayangan semua sapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Pad 15 Mei 2015 jam 8.00mlm bertempat di Kristal Hall TM Convention Center KL. Boleh dapatkan tiket khas anda untuk hari ibu dengan pembelian online di www.redtix.airasia.com dengan harga yang cukup bebaloi.











Dalam diam rupanya artis kesayangan seluruh rakyat Malaysia ini telah pun berada dalam dunia seni hiburan selama 20 tahun. Genap 1 April ini maka dua dekat Dato Siti Nurhaliza menjadi penghibur kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga peminat di seantero Asia. Namun artis No 1 negara ini tidak pernah jemu untuk berkarya dan juga menghiburkan semua peminat. Kini bakal muncul dengan sebuah konsert unplugged khas beliau.


Konsert hanya di adakan satu malam sahaja dan cukup special di beri ruang oleh Istana Budaya sendiri untuk menjayakan konsert ini. Bagi peminat anda boleh dapatkan tiket konsert mulai sekarang kerana cukup terhad boleh beli online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM78, RM108, RM218, RM28, RM258, RM278, RM338 dan RM518. Harga ini tidak termasuk caj tiket dan GST.










Tahniah buat semua pemenang yg telah di umumkan dalam Anugerah Meletop ERA 2015 yg telah berlangsung secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil. Paling bermakna buat Dato Siti Nurhaliza apabila beliau masih lagi mendapat tempat di hati peminat apabila memenangi 2 kategori pada malam tersebut. Anugerah Artis Online Meletop dan juga Anugerah Penyanyi Meletop kedua2 dimenangi Dato Siti. 

Dato Siti Nurhaliza Menang 2 kategori

Namun pencapaian kurang baik buat Zizan Razak apabila paling banyak pencalonan dalam AME2015 namun tidak mampu memenangi mana2 kategori. Sedih dan adakah ini pencapaian terburuk buat Zizan Razak atau zaman kejatuhan beliau. Apa pun ini semua kuasa peminat dan juga jgn kita cepat sgt bangga diri bila berada di atas. 

Johan menang 3 kategori

Di sini senarai penuh pemenang Anugerah Meletop ERA 2015 untuk anda.
  1. Drama TV Meletop - Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  2. Artis Lawak Meletop - Johan
  3. Hos TV Meletop - Datuk AC Mizal
  4. Pelakon TV Meletop - Zul Ariffin
  5. Program TV Meletop - Maharaja Lawak Mega 2013
  6. Lagu Meletop - Mewangi – Akim & The Majistret
  7. Penyanyi Meletop - Datuk Siti Nurhaliza
  8. Grup Duo Meletop - Akim & The Majistret
  9. Penyampai Radio Meletop - Johan
  10. Program Radio Meletop - JoHaRa Pagi Era
  11. Filem Meletop - Abang Long Fadil
  12. Bintang Filem Meletop - Nelydia Senrose
  13. Fesyen Meletop - Nur Fazura
  14. Artis Baharu Meletop - Ayda Jebat
  15. Bintang Online Meletop - Datuk Siti Nurhaliza
  16. Couple Meletop - Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
      Anugerah Top Top Meletop Wanita - Ayda Jebat
      Anugerah Top Top Meletop Lelaki - Johan




*Gambar dari Facebook Media Hiburan







Datuk Siti Nurhaliza mendominasi senarai pencalonan pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Setalah beberapa tahun sepi tanpa pencalonan hanya sekali dua nama Siti di sebut maka kali ini Dato Siti menjadi artis paling banyak pencalonan untuk AIM iaitu sebanyak 8 pencalonan. Mampukah Dato Siti mengulangi kejuaraan beliau sebelum ini adakah masih mampu menyaingi artis2 baru yg ada.

 

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata, penganjuran tahun ini menerima lebih daripada 670 pencalonan dan ia merupakan perkembangan yang memuaskan jika dibandingkan dengan edisi sebelum ini, iaitu sebanyak 564 dan 465 pada AIM ke-20 dan AIM ke-19. Senarai calon akhir AIM edisi kali ini turut menampilkan nama-nama baharu seperti Poova dan The Venopian Solitude, masing-masing meraih tiga pencalonan. Majlis AIM ke-21 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 6 Disember depan.

Senarai pencalonan akhir AIM 2014

Artis Baru Terbaik

1. Azmarul Azuan
2. Fakhrul Razi
3. Poova
4. Russell Curtis Project
5. SonaOne

Lagu Rock Terbaik
1. S.O.G – Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus
2. Spider – Ayat Penyengat
3. Drama Band – Jiwa
4. Bunkface feat Amy Search – Rentak Laguku
5. Mojo – Romancinta

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

1. Poova – Faketown
2. Nadhira feat David Cook – Fire
3. Razlan Shah feat One Night Service – Flowers
4. SonaOne – No More
5. Russell Curtis Project – Sons

Lagu Pop Etnik Terbaik

1. Ihab Ismail – Akar Kita Zapin
2. Noraniza Idris, Azmir Arif, Razis Ismail – Kalimah Lebaran
3. Datuk Siti Nurhaliza – Popaleh Weh
4. Ihab Ismail & Ahmad Fedtri Yahya – Puncak Gapura
5. Fauziah Suhaili – Zapin Seloka Kasih

Lagu Pop Terbaik

1. Dato Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku
2. Alif Satar – Kerna Dia
3. Ali Satar – Kesempatan Kedua
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Shila Amzah – Tulus

Lagu Hip Hop Terbaik

1. Joe Flizzow feat SonaOne – Apa Khabar
2. Joe Flizzow feat Altimet & SonaOne – Havoc
3. Altimet feat The Trisno Trio – Hello
4. Haiza feat Filsuf – Kerana
5. Sleeq & Joe Flizzow – Tepi Sikit

Album Terbaik

1. #1 – Stacy
2. Aku – Salamiah Hassan
3. Fragmen – Dato’ Siti Nurhaliza
4. Menakluk Kosmos – Wings
5. Shila Amzah – Shila Amzah

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu

1. Ahmad Ahmad – Dah
2. Akim Ahmad – Mewangi
3. Faizul Sany – Perempuan
4. Kroll (Persis) – Ruang Hati
5. Riz Zaizizi – Sempurnakanlah Aku dan Dia

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu

1. Liza Hanim – Egoismu
2. Adira – Hilang
3. Poova – Just Another Day
4. Datuk Siti Nurhaliza – Lebih Indah
5. Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu

1. Hani & Zue – Biar
2. Forteen – Dikau Saja
3. Azhael – Hujung Waktu
4. Tiga – Pengakuan
5. Suwara – Racun Termanis