Dunia Penuh Gosip - Dilwale Dunia Penuh Gosip: Dilwale - All Post
Memaparkan catatan dengan label Dilwale. Papar semua catatan
Menjadi trend artis dan juga orang biasa untuk ada photo Pre Wedding yang grand dan luar biasa. Tapi itu cuma trend dan bukan kewajipan yang penting adalah akad nikah itu. Tapi kalau dah ada tajaan 25juta kenapa tidak buat Pre Wedding yang betul2 meletop seperti pasangan selebriti ini.


Sapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin yang telah mengadakan sesi photoshoot pre wedding mereka baru2 ini. Macam ala2 Dilwale yang mana video muzik untuk lagu Garua yang di shoot di Itali. Pasangan ini juga mengadakan sesi photo pre wedding ini di atas kapal layar mewah dengan busana merah menyala.


Dari segi posse dan juga pakaian tidak salin tumpah dengan filem hindustan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol itu. Tambah lagi atas kapal mewah cuma dalam filem tu atas rangka kapal terbang terbiar sahaja hehehe. Nampak sungguh menawan dan sama padan pasangan pelakon ini. Korang tengok sendirilah bila dah di kenakan pakaian dan makup memang cantik.


Tak sabar lak nak tengok pakaian wedding mereka yang di taja katanya berharga hampir RM30ribu. Apa pun moga pasangan ini bekekalan hingga Jannah dan terus mendapat cahaya mata yang comel2 jangan tunggu lama2 ok. Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan 8 Feb di Penang dan majlis resepsi pada 9 Feb belah perempuan dan 14 Feb belah lelaki di KL.







Ia bagaikan mengulangi kemeriahan dan kejyaan filem Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham serta banyak lagi filem hindustan yang mendapat tempat di hati penonton di Malaysia. Dilwale filem meletop 2015 dan pembukaan terbaik kepada industri Bolloywood di seluruh dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan mendapat bahang hangatan filem ini sehingga panggung sentiasa penuh untuk tempoh tayangan ini.


Filem lakonan pelakon paling popular Shah Rukh Khan dan gandingan paling mentap yang di nanti2kan sekian lama iaitu Kajol. Memang ia adalah satu gabungan paling berjaya dalam mana2 sahaja filem lakonan mereka termasuk filem ini. Hilang rindu penonton di Malaysia untuk menyaksikan gabungan SRK dan Kajol.


Arahan mantap dari Rohit Shetty walaupun tempoh tayangan filem ini 2jam 38minit dalam panggung namun sedikit pun tidak membosankan. Malah ada adigen dalam filem ini membuatkan penonton terketawa dan tidak gering gusi dengan watak masing. Sedikit siniosis filem ini buat sapa2 yang tak tonton lagi di pawagam


"Kisah mengimbau kembali cinta antara Kaali lakonan SRK dan juga Meera lakonan Kajol. Mereka adalah anak kepada dua orang gengster yang berpengaruh di sana. Namun rasa cinta yang kuat membuatkan mereka tetap ingin meneruskan cinta walaupun di tentang oleh keluarga masing2. Hingga 15 tahun yang mendatang kisah cinta mereka yang penuh duka itu tetap mekar adlam hati dan ia di buktikan dengan pertemuan yang tidak di sengajakan. Ini kerana adik kepada Kaali iaitu Veer lakonan Varun Dhawan dan adik kepada Meera iaitu Ishita lakonan Kriti Sanon telah jatuh cinta. Mereka mencuba untuk menyatukan semula hubungan cinta Kaali dan Meera ini untuk mendapat restu cinta mereka juga." Selebihnya kena tonton di pawagam ok.


Lagu2 dalam filem ini juga agak menarik cuma ada sesetengah lagu dah kurang ciri2 hindustan dari segi muzik dan juga tarian mereka. Kerana kehebatan filem hindustan adalah pada lagu dan tarian mereka. Tapi ia tetap menghiburkan dan memberi kenangan gembira mahupun sedih sepenjang tayangan filem ini. 


Lagu yang menjadi kegemaran dalam filem ini adalah Gerua nyanyian asal Arijit Singh dan Antara Mitra. Bukan sahaja nyanyia malah juga latar belakang sepanjang lagu ini di nyanyikan juga memukau penonton dengan semitografi yang menarik dan cantik di negara Itali. Lagu ini juga menjadi igauan di Malaysia kerana ia telah di terjemah kepada bahasa Melayu dan di nyanyikan oleh artis Malaysia. Gandingan Aliff Aziz dan Kilafary menjadi buat menyanyikan lagu ini versi Melayu.


Filem Bollywood tidak akan putus untuk terus memberikan yang terbaru dan terbaik buat pecinta2 filem cinta leleh seperti ini. Mungkin ramai akan tunggu semula kemunculan ramai lagi artis Bollywood lama yang di nanti2kan. Pada yang nak tonton filem Dilwale boleh pergi cite ini menarik tapi kena standby untuk duduk 2jam lebih dala pawagam tu ok.