Dunia Penuh Gosip - EH! Dunia Penuh Gosip: EH! - All Post
Memaparkan catatan dengan label EH!. Papar semua catatan

Buat julung kalinya, EH! membuka peluang kepada anda yang mempunyai bakat &

minat untuk menjadi personaliti Kecantikan & Fesyen.

Team @ehmalaysia akan memilih 20 peserta yang layak ke peringkat akhir sebelum dinilai oleh panel juri.

20 finalis yang bertuah berpeluang menerima hadiah menarik dari Fossil & The Face Shop.

Hanya dengan memuat naik video memperkenalkan diri anda

di Instagram & tag @ehmalaysia dan hashtag #EHinfluencersearch2019.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:

1) Perempuan & warganegara Malaysia.
2) Berperwatakan menarik.
3) Mempunyai sekurang-kurangnya 5k dan tidak melebihi 20k pengikut di Instagram.
4) Profil Instagram dalam mod ‘public’ & set to business account
5) Nyatakan kategori yang anda minat untuk sertai: Kecantikan atau Fesyen.

Tarikh penyertaan: 21/8/2019 – 9/9/2019

Emelkan penyertaan anda sekarang.
najwamansor@bluinc.com.my






Sempena ulang tahun EH! yang ke-20, sidang editorial EH! Malaysia membariskan 20 kategori secara keseluruhan pada tahun ini yang melibatkan selebriti lama dan baharu, pereka fesyen, influencer, model, jurusolek serta pendandan rambut yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri hiburan tanah air.


Diacarakan oleh influencer tersohor, Yaya Zahir serta hos Gempak TV, Isha Norisham, majlis yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan yang hebat daripada penyanyi popular tanah air seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Khai Bahar dan juga Zizi Kirana.

Penganjuran kali ke-7 yang mengetengahkan Alter Ego sebagai tema bagi edisi tahun ini, turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti ternama Malaysia antaranya Neelofa, Scha Alyahya, Sherry Alhadad, Hael Husaini, Zahirah MacWilson, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Majlis yang turut mendapat kerjasama dari rakan media Astro Ria, Hlive! dan Gempak TV itu juga bertujuan mengangkat selebriti tempatan serta individu-individu yang bergiat aktif dalam bidang seni yang sering menjadi perhatian pelbagai cabang media massa terutamanya media sosial.

Lebih menarik, jumlah undian yang mencecah 45,290 undian itu difahamkan dua kali ganda berbanding edisi sebelum ini. Malah, di atas sokongan yang tidak putus daripada pembaca setia EH! Malaysia, beberapa nama selebriti popular mendominasi carta Anugerah Stail EH! bagi edisi kali ini.

Di sini, senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan termasuk satu anugerah utama iaitu “Anugerah Stail EH! 2019”.

Anugerah Style EH! 2019 - Scha Alyahya 
Selebriti Lelaki Paling Bergaya - Syafiq Kyle
Selebriti Wanita Paling Bergaya - Scha Alyahya 
Selebriti Pilihan Kulit Majalah - Neelofa
Jurusolek Selebriti Pilihan - Khir Khalid
Model Pilihan - Malek Mccrone
Video Muzik Paling Stylish - Temberang (Ayda Jebat)
Influencer Kecantikan Pilihan - Aisha Liyana
Penata Gaya Selebriti Pilihan - Tym Fatimah
Pereka Fesyen Baru Pilihan - Ridzuan Alias
Selebriti 'True Colour' - Sherry Alhadad
Influencer Fesyen Pilihan - Yaya Zahir
Selebriti Kulit Cantik - Zahirah Macwilson
Selebriti Harapan Pilihan - Khai Bahar
Pereka Fesyen Selebriti - Dato' Rizalman Ibrahim 
Pasangan Selebriti Pilihan - Fattah Amin & Nur Fazura
Selebriti Lelaki Seksi - Remy Ishak 
Selebriti Wanita Seksi - Zizi Kirana
Selebriti Pencapaian Terbaik - Hael Husaini
Pendandan Rambut Selebriti Pilihan - Ckay Liow









Parti EH! Top 20 2018 telah berlangsung 15 November lepas juga telah dihadiri selebriti tempatan dan artis ternama tanah air yang menghangatkan lagi parti tahunan anjuran EH!. Dibarisi nama mereka yang otai dan baru antaranya; Ain Edruce, Sarah Hildebrand,Sherry Alhadad & Kilafairy. 


Persembahan mantap dari Ernie Zakri sebagai pembukaan acara, malam EH! Top 20 2018 terus dikejutkan lagi dengan persembahan dari Daiyan Trisha yang buat pertama kalinya memperkenalkan single terbaru beliau, Brutal.


Jangan risau jika anda terlepas, lawat Instagram @ehmalaysia untuk video recap kesemua persembahan pada malam EH! Top 20 2018 & 'Search' hashtag #EHTOP20 untuk gambar-gambar fesyen personaliti dan selebriti terkenal tempatan yang turut hadir memeriahkan malam acara ini.'


Terima kasih kepada yang hadir, penaja, rakan media dan semua yang sentiasa memberikan sokongan mantap kepada kami selama ini. Parti EH! TOP 20 yang dirancangkan sejak bulan September lalu berlangsung dengan cukup lit dan havoc.

Klik di sini untuk gambar sekitar malam EH! Top 20 2018 di www.eh.com.my.






 








Anugerah Stail EH! 2014 yang dibawakan bersama A|X Armani Exchange bakal menyaksikan acara kemuncak penganugerahan berlangsung Mei depan. Nama-nama besar selebiriti tempatan telah tersenarai dalam 14 kategori yang dipertandingkan tahun ini. Di bawah senarai penuh pencalonan dan and boleh mula mengundi mereka sekarang. 


 Selebriti Wanita Paling Bergaya
1. Bella Dally
2. Nur Fazura
3. Sazzy Falak
4. Scha Alyahya
5. Yuna

Selebriti Lelaki Paling Bergaya
1. Amy Search
2. Awal Ashaari
3. Bront Palarae
4. Nazim Othman
5. Ryzal Jaafar

Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik
1. Anzalna Nasir
2. Fouziah Gous
3. Rozita Che Wan
4. Sharifah Sakinah
5. Tasha Shilla

Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak
1. Anding
2. Keith Foo
3. Nazim Othman
4. Remy Ishak
5. Ryzal Jaafar

Selebriti Wanita Paling Seksi
1. Fathia Latiff
2. Marsha
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Selebriti Lelaki Paling Seksi
1. Adi Putra
2. Bront Palarae
3. Farid Kamil
4. Hans Isaac
5. Remy Ishak

Selebriti Paling Fotogenik
1. Cristina Suzanne
2. Datuk Siti Nurhaliza
3. Nora Danish
4. Scha Alyahya
5. Wawa Zainal

Selebriti Pencapaian Terbaik
1. Dayang Nurfaizah
2. Hafiz Suip
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Yuna

Selebriti Pilihan Kulit Majalah
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Izara Aishah
3. Nora Danish
4. Nur Fazura
5. Yuna

Pasangan Selebriti Pilihan
1. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
2. Awal Ashaari & Scha Alyahya
3. Noh & Mizz Nina
4. Zain Saidin & Rozita Che Wan
5. Yusry & Lisa Surihani

Jurusolek Selebriti Pilihan
1. Bosco
2. Emmy Agung
3. Khir Khalid
4. Najeeb Azami
5. Tiar Zainal

Pereka Fesyen Selebriti Pilihan
1. Fairuz Ramdan
2. Hatta Dolmat
3. Jovian Mandagie
4. Nurita Harith
5. Rizman Ruzaini

Model Majalah Pilihan
1. Ahya Rosli
2. Anna Syuhada
3. Dayang Atikah
4. Deanna Ibrahim
5. Eryna Salim

Selebriti Harapan Pilihan
1. Cristina Suzanne
2. Emma Maembong
3. Forteen
4. Kaka
5. Nad Zainal

Anda boleh mengundi artis kesayangan anda di http://www.eh.com.my mulai hari ini dan sehingga ianya di tutup. Siapa bakal meraih Anugerah Satil EH! 2014 kali ini. Anugerah Stail EH! 2014 di bawakan oleh Armani Exchange, Radio rasmi SuriaFM, Portal rasmi Murai.com.my, TV rasmi HPTV dan Media rasmi Harian Metro.








LOKASI : Vertigo (Level 6), Gardens Mall
TARIKH : 13 November 2013, Rabu
MASA : 7-10 malam
HARGA TIKET : RM 15 + 1 minuman percuma 

Tiket boleh di dapati di lokai-lokasi berikut bermula 1 Oktober - 10 November 2013

• Blu Inc Media (10pg – 5 ptg, Isnin – Jumaat)
• Toko Buku MPH terpilih:
- MPH Alpha Angle
- MPH Alamanda
- MPH Midvalley
- MPH One Utama
- MPH Subang Parade
- MPH Shah Alam City Centre (SACC Mall)
- MPH Giant Stadium Shah Alam
- MPH PKNS Bangi
• Butik dressingpaula (Lembah Klang):
- dressingpaula PAVILION
- dressingpaula SETIA CITY MALL
- dressingpaula SUNWAY PYRAMID

PERINGATAN: Sila bawa tiket sebagai pas masuk ke parti. Bawa bersama tiket anda dan keratan kupon untuk penebusan beg cenderahati. Penebusan bermula 7 malam di lokasi. Siapa cepat, dia dapat!
 
(TERHAD KEPADA 200 PEMBACA PERTAMA YANG MEMBAWA TIKET DAN KERATAN KUPON SAHAJA)

Upload gambar anda di Instagram bertemakan “Chic and Stylish” berserta  #ehanggundisenangi13 untuk memenangi tiket ke parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2013.