Memaparkan catatan dengan label Facebook Artis. Papar semua catatan
Kalau itu lah tajuk utama akhbar hari ini memang akan laris dan viral lah surat khabar tersebut. Jualan pasti jadi rangking tinggi sangat pada hari tu. Silap2 pihak akhbar kena minta maaf kepada barisan artis2 kat Malaysia ni. Kebetulan pula akhbar hari ni keluarkan tajuk "Selfie Paling Bodoh" yg di lakukan oleh org seluruh dunia. Tu lah kesan dan akibat terlalu taksub kepada selfie, semua tempat nak di selfienya.


Bukan sahaja org biasa tapi golongan2 Menteri, VIP dan juga artis turut tidak lari daripada tempias penyakit selfie. Kat sini bukan nak nyatakan antara selfie paling bodoh artis Malaysia tapi antara beberapa selfie artis Malaysia yg di kritik hebat oleh pembaca.


Kritikan ini di lakukan kerana kebanyakan mereka selfie tidak begitu kena pada sesetengah tempat. Org kata nak bergambar tak salah tapi kena tgk pada keadaan. Kat sini antara beberapa gambar selfie artis Malaysia yg di kecam hebat sepanjang tahun 2014.

Azwan Ali berselfie ketika Hari Berkabung mangsa MH17


Gambar ini di ambil oleh artis tersebut di Dataran Merdeka beresempena dengan hari berkabung rakyat Malaysia atas nahas MH17 yg di tembah jatuh. Menurut Azwan selfie di ambil bukan bertujuan untuk bersuka ria tapi menunjukan rasa sedih dan simpati beliau pada semua mangsa. Gambar ini juga turut dapat kritikan hebat daripada golongan artis terutama Sharnaz Ahmad.

Farish Aziz selfie di tanah perkuburan


Tujuan artis ini adalah untuk berkongsi kesedihan dan juga sambutan Hari Raya bersama keluarga di kampung dengan menziarahi tanah perkuburan. Namun ia bukanlah perkara yg sepatutnya di lakukan di kawasan perkuburan sehinggakan ustaz juga mengeluarkan kenyataan bahawa selfie di tanah perkuburan adalah tidak di benarkan. Farish juga telah memohon maaf atas kekilafan beliau dalam isu sensetif ini.

Selfie Che Ta dan Zain ketida beradu di kamar


Gambar ini juga turut mendapat kritikan hebat daripada ramai peminat dan juga rakyat Malaysia. Gambar Zain tidak berpakaian baring bersama Che Ta atas kamar dengan susunan bunga ros bentuk love menunjukkan keromantikan mereka berbulan madu. Tapi ia di salah tafsir oleh ramai pihak kerana seolah-olah menunjuk akan sikap keterbukaan mereka yg tidak boleh di terima oleh rakyat Malaysia. 

Gambar selfie Fizo Omar membantu mangsa banjir


Gambar ini masih baru dan masih lagi segar kerana keadaan mangsa banjir masih tidak lagi reda. Tetapi isu ini telah bangkit dan mendapat kritikan hebat dari ramai yg tidak begitu senang dengan tindakan artis ini. Niat Fizo Omar adalah untuk berkongsi keadaan banjir yg melanda kg beliau Kelantan baru2 ini. Tapi tafsiran org ramai ianya seolah-olah menunjukkan bahawa Fizo sekadar untuk bergembira dan menunjuk-nunjuk datang membantu mangsa banjir di sana. Apa pun kita kena sama2 membantu mengsa banjir yg sekarang masih teruk di beberapa buah negeri Pantai Timur tanah air. 

Sharifah Shakinah artis ratu kontroversi selfie


Sapa tak kenal artis yg tiba2 melanjak naik nama dalam dunia seni ini selepas video keek yg di muaturun di Instagram beliau mendapat kritikan hebat. Video berdurasi 15saat tu menceritakan tentang pakaian dalam merah yg beliau pakai ketika itu, mendapat kritikan hebat dan cemuhan dari ramai peminat dunia seni tanah air. Namun tidak habis di situ artis ini juga turut suka memuat naik gambar selfie beliau dengan pakaian suka dan ada kalanya menunjukkan perut beliau yg ramping sebagai motivasi kepada peminat luar sana untuk terus menjad kesihatan dan bersenam di pusat fitness.

Nora Danish ratu selfie


Artis yg pertama mencapai jumlah follower 1juta di laman Instagram ini boleh di gelar sebagai ratu selfie. Ini kerana begitu banyak gambar selfie beliau di muat naik dalam dalam instagram beliau. Setaka ini jumlah gambar yg di muat naik di laman Instagram beliau sebanyak 8932 keping gambar. Apa pun beliau kadang2 juga turut di tempias dengan kritikan kerana gambar bemesra dengan seorang yg selalu ada dalam gambar di Instagram beliau. Siapakah dia anda pasti tahu.....














Alhamdulillah bila dpt dgr berita sebegini rupa setelah seluruh rakyat Malaysia berduka dan bersimpati dengan nasib mereka yg berada di negeri di landa banjir. Dalam laman facebook rasmi Majlis Perbandanan Putrajaya mengeluarkan kenyataan hasil persetujuan bersama penganjur AmBank Malaysia. Ini melambangkan kita rakya Malaysia adalah rakyat yg cukup prihatin dan saling bantu membantu antara satu sama lain.


Artis turut bersimpati dengan mangsa banjir

Kalau di lihat juga golongan berpengaruh seperti barisan artis2 Malaysia juga menggunakan kesempatan ini untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan menghadapi banjir. Keadaan makin teruk ini mengajak beberapa org artis berkongsi penderitaan dan menyeru rakyat Malaysia membantu mangsa banjir.


Antara artis yg lantang bersuara untuk memohon bantuan adalah seperti Dato Aznil Haji Nawawi dalam twitter beliau. Dato Aznil menyeru untuk semua rakyat bersatu dalam mengurangkan beban mereka yg di landa banjir. 


Begitu juga Aaron Aziz walaupun bukan rakyat Malaysia tapi keperihatinan beliau sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir. Aaron Aziz dengan peminat telah menubuhkan tabung untuk mengutip derma membantu mangsa banjir dalam laman Instagramnya.



Tidak kurang Awaal Ashaari dalam laman facebook menggesa semua rakyat menghulur bantuan kepada mengsa banjir. Keperihatinan itu juga di nyatakan oleh pelakon yg berasal dari negeri Terangganu iaitu Emma Maembong dalam laman Instagram mendoakan kesejahteraan penduduk yg di landa banjir.