Memaparkan catatan dengan label Fara Fauzana. Papar semua catatan
Berita sedih dan juga berita yang tidak berapa sedap kita dengar untuk permulaan minggu ini. Pagi tadi di HotFM penyampai radio tersebut telah membuat pengumuman. Sebelum ini mereka bermain teka-teki tentang satu pengumuman yang agar menggemparkan daripada minggu lepas lagi. Ingatkan pengumuman Fara Fauzana dan ada jodoh dan akan menamatkan zaman bujangnya tapi lain pulak bunyinya pengumuman itu.


Rupanya Fara Fauzana akan meninggalkan station radio tersebut buat selamanya dan juga menamatkan kareernya sebagai penyampai radio. Katanya beliau akan menumpukan hasrat untuk menjadi pengacara sepenuh masa pula. Jadi lepas ni kita tidak akan dapat mendengar lagi celoteh dan gelak tawa penyampai yang lebih mesra disapa Fafau ini di dalam radio.

Namun bukan sampai di situ sahaja pengumuman yang dibuat di radio HotFM pagi tadi juga mengejutkan di mana 3 lagi penyampai turut akan meninggalkan station radio yang hangat itu. Penyampai tersebut adalah AG, Ikhwan dan juga penyampai baru Liza. Mereka akan berpindah ke station radio baru yang juga di bawah naungan Media Prima.


Bagi AG yang telah 10 tahun di HotFM banyak sangat pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Termasuklah bersama dengan peminat bukan sahaja di udara tapi di luar konti untuk memeriahkan lagi station radio tersebut. Ikhwan juga sama yang dah lama dengan HotFM akan meninggalkan tempat di mana beliau memulakan kareer sebagai penyampai radio.

Apa pun keputusan yang dibuat tetap akan menjadi sejarah dan kenangan indah kepada semua peminat radio yang pernah mendapat takhta No 1 pilihan rakyat Malaysia. Doa terbaik buat semua ke 4 orang penyampai tersebut dan terus maju jaya dalam apa sahaja yang diceburinya. Moga lepas ini ada pula suara baru untuk menggantikan mereka atau adakah HotFM akan terkubur.... jeng jeng jeng...