Dunia Penuh Gosip - Fendi Bakri Dunia Penuh Gosip: Fendi Bakri - All Post
Memaparkan catatan dengan label Fendi Bakri. Papar semua catatan
Dulu sebut nama Fendi Bakri ramai orang tidak ketahui susuk jejaka dari Kedah ini. Bekas peserta Hero Remaja 2012 ini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan selapas habis program realiti tersebut. Walaupun pada masa itu tiadak mendapat watak utama tapi bakatnya mula diasah oleh pengarah Osman Ali.


Jejaka ini tidak pernah lekang dengan senyuman dalam lakonan mahupun dalam dunia nyata. Kalau tengok sendiri watak beliau sebagai Mr Grey dalam drama tersebut memang mencuit hati walaupun serius tetap nampak manis. Ramai peminat memuji lakonan beliau dalam drama yang disiarkan di Astro Ria dan Astro Ria HD. Drama ini mula melonjak nama beliau didalam dunia lakonan juga pencalonan beliau dalam Anugerah MeleTOP Era membuktikan bakatnya mula mencuri perhatian penonton.

Bercerita tentang rakan seangkatannya seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan yang telah terlebih dahulu mengecap populariti mendadak berbanding diri sendiri yang masih mencari tapak kukuh, kata Fendi, dia tidak kisah dengan situasi tersebut sebaliknya terus berfikiran positif.


Selain itu, dia juga bakal bergelar pengacara sebuah program travelog yang memaparkan lokasi menarik di Thailand. Peminat yang mahu mengetahui lebih lanjut perkembangan terbaru pelakon ini, boleh layari laman sosialnya di Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian @FendyBakry.