Dunia Penuh Gosip - Festival Filem Malaysia Dunia Penuh Gosip: Festival Filem Malaysia - All Post
Memaparkan catatan dengan label Festival Filem Malaysia. Papar semua catatan
FILEM "Babah" dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini malam Sabtu lalu.



Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi.

Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama iaitu Soloz: Game of Live, Takluk: Lahad Datu, Reversi serta Blood Brothers: Bara Naga.

Selain itu, Babah turut memenangi trofi lakon layar terbaik, Cerita Asal Terbaik dan pengarahnya, Mohd Shah Faizul Ibrahim pula menggondol trofi Pengarah Harapan.



Sementara itu, filem yang turut memberi saingan sengit iaitu Blood Brothers: Bara Naga juga memenangi enam kategori iaitu Anugerah Khas Filem Box Office, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Dua filem iaitu Ejen Ali The Movie 2 dan Takluk: Lahad Datu menerima Anugerah Khas Juri manakala produksi FFM34 menganugerahkan pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar trofi Khas Sepanjang Zaman.

Bertemakan "Karya Kreatif, Sinema Dinamik”, setiap pemenang FFM34 menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas menerima RM10,000 dan trofi.

Senarai Penuh Pemenang FFM 34

Filem Terbaik : Babah
Pengarah Terbaik : Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers : Bara Naga)
Pelakon Lelaki Terbaik : Qi Razali (Babah)
Pelakon Wanita Terbaik : Sweet Qismina (Babah)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers : Bara Naga) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik : Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
Pengarah Harapan : Shah Faizul (Babah)
Pelakon Lelaki Harapan : Amir Ahnaf (Kahar : Kapla High Council)
Pelakon Wanita Harapan : Michelle Lungan (Tegkang)
Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik : Ubbaidillah Amirzan (Blood Brothers : Baga Naga)
Cerita Asal Terbaik : Nadia Nadzri (Babah)
Lakon Layar Terbaik : Wan Rafiq (Babah)
Sinematografi Terbaik : Nicholas Chin (Blood Brothers : Bara Naga)
Penyunting Terbaik : Ariff Aiman Azahar & co (Soloz : Game Of Life)
Penataan Bunyi Terbaik : Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz : Game Of Life)
Penataan Seni Terbaik : Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
Kesan Khas Visual Terbaik : Jehcob & Sam (Soloz : Game Of Live)
Skor Muzik Asal Terbaik : Muhammad Zaiff Sharqil & co (Soloz : Game Of Live)
Lagu Tema Terbaik : Bara Jiwa (Blood Brothers : Bara Naga)
Tatarias/Solekan Terbaik : Ella Sandera (Takluk : Lahad Datu)
Rekaan Kostum/Busana Terbaik : Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
Poster Terbaik : Arst (Tegkang) – Pemenang
Filem Pendek Terbaik : Rastech Worldwide Sdn. Bhd. (Saranghae)
Dokumentari Terbaik : Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)
Anugerah Khas Filem Box Office : Skop Productions Sdn. Bhd. (Blood Brothers : Bara Naga)
Anugerah Khas Juri 1 : Wau Animation Sdn. Bhd. & Primeworks Studios Sdn. Bhd. (Ejen Ali The Movie 2)
Anugerah Khas Juri 2 : Multimedia Film Productions Sdn. Bhd. (Takluk : Lahad Datu)
Anugerah Khas Karyawan : Hassan Muthalib
Anugerah Khas Sepanjang Zaman : Dato’ Ahmad Tamimi Siregar







Filem cinta yang menerapkan elemen fiksyen sains, Imaginur dinobat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini, malam ini.



Kemenangan itu sekali gus melayakkan produksi filem terbabit, Lumatic Films Sdn Bhd menerima Dana Kandungan Kreatif bernilai RM500,000 beserta trofi.

Selain pengiktirafan tertinggi terbabit, karya arahan Nik Amir Mustapha itu turut mencipta kegemilangan dengan membawa pulang enam lagi anugerah lain. Bintang utamanya, Beto Kusyairy, diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Nik Amir sendiri berjaya menjulang trofi Pengarah Terbaik.



Sementara itu, FFM 33 menganugerahkan pelakon veteran, A. Galak Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang telah disampaikan oleh sahabat baiknya sendiri, Datuk Yusof Haslam.

Menurut A. Galak atau nama lengkapnya Zakaria Ahmad, dia berasa sangat bersyukur kerana akhirnya dapat memegang trofi pertamanya selepas 60 tahun berkecimpung dalam industri seni.

Senarai penuh pemenang:

1. Filem Terbaik – Imaginur (Lumatic Films Sdn Bhd)
2. Anugerah Khas Karyawan – Indra Che Muda
3. Anugerah Khas Juri (1) – Naam Katra Isai
4. Anugerah Khas Juri (2) – Duan Nago Bogho
5. Filem Box Office – Filem Sheriff: Narko Integriti (Skop Productions & Astro Shaw)
6. Poster Terbaik – Filem Walid (Layar Pictures Sdn. Bhd)
7. Kesan Khas Visual Terbaik – Filem Sheriff: Narko Integriti (Viper Studios Sdn. Bhd)
8. Filem Pendek Terbaik – The Missing Trophy (Wayang Works Sdn. Bhd)
9. Dokumentari Terbaik – Pekik (Stereo Pixels Sdn. Bhd)
10. Tatarias / Solekan Terbaik – Filem Abang Adik
11. Rekaan Busana / Kostum Terbaik – Filem Abang Adik (Elaine Ng)
12. Penataan Seni Terbaik – Imaginur (Rabbani Sujak)
13. Penataan Bunyi Terbaik – Mechamato Movie (Nizam Razak)
14. Skor Muzik Asal Terbaik – Malbatt: Misi Bakara (Jackey Yeow)
15. Lagu Tema Terbaik – Hasrat – Filem Imaginur (Amir Jahari)
16. Sinematografi Terbaik – Filem Sheriff: Narko Integriti (Rahimi Maidin)
17. Penyunting Terbaik – Filem Imaginur (Johan Arif Mazlan)
18. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Qisha Hairulzain (Filem Magik)
19. Pelakon Wanita Harapan – Trisha Ooi (Filem Janna Endoro)
20. Pelakon Lelaki Harapan – Aniq Durar (Filem Pagari Bulan)
21. Pengarah Harapan – Jin Ong (Filem Abang Adik)
22. Cerita Asal Terbaik – Filem Imaginur (Redza Minhat & Nik Amir Mustapha)
23. Lakon Layar Terbaik – Filem Abang Adik (Jin Ong)
24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elizabeth Tan (Filem Sheriff: Narko Integriti)
25. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Jack Tan (Filem Abang Adik)
26. Pelakon Wanita Terbaik – Susan Lankester (Filem Rain Town)
27. Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy (Filem Imaginur)
28. Pengarah Terbaik – Nik Amir Mustapha (Filem Imaginur)









Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) telah berlangsung dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) iaitu pada 10 Disember 2021 jam 9.00 malam yang siarkan secara langsung di RTM TV2. FFM merupakan acara kemuncka bagi industri filem Malaysia dimana ianya diadakan setiap tahun bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun.



Edisi kali ini telah diadakan dengan konsep norma baharu dimana bagi meminimumkan risiko keselamatan dan mengekang penularan Covid-19. Selain itu juga, kali ini pihak penganjur tidak menghebahkan calon Top 5 bagi setiap kategori dan tiada siapa tahu tahu senarai finalis kecuali mereka yang tersenarai sahaja. Terdapat 55 penyertaan filem cereka yang tercalon dalam Festival Filem Malaysia Ke-31 kali ini bagi bersaing dan merebut 28 kategori termasuk trofi utama, Filem Terbaik. Sebanyak 32 filem Bahasa Malaysia, 11 filem Tamil, 8 filem Mandarin dan masing-masing 2 filem Bahasa Inggeris dan Bahasa Iban.



Senarai Pemenang Bagi Setiap Kategori Di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31)

Filem Terbaik - ROH (Kuman Pictures Sdn. Bhd.)
Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia (Sangkar)
Lakon Layar Terbaik - Emir Ezwan (Roh)
Cerita Asal Terbaik - Tan Twan Eng (The Garden Of Evening Mists)
Sinematografi Terbaik - Low Soon Keong (Fly By Night)
Pengarah Harapan - Zahir Omar (Fly By Night)
Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin (Sangkar)
Pelakon Wanita Terbaik - Sinje Lee (The Garden of Evening Mists)
Pelakon Lelaki Harapan - Anding Indrawani (Headhunter)
Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi (Wira)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak (Sangkar)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Junainah M. Lojong (Roh)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Putri Qaseh (Roh)
Penyunting Terbaik - Heng Yin Chau (Fly By Night)
Penataan Bunyi Terbaik - Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)
Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
Anugerah Kesan Khas Visual Terbaik - VHQ Post (M) Sdn. Bhd. (The Garden Of Evening Mists)
Skor Muzikal Asal Terbaik - Reinchez Ng (Roh)
Lagu Tema Terbaik - Ayuhlah - Dato Zainal Abidin (Suatu Ketika)
Tatarias Terbaik - Ella Sandera (Sangkar)
Rekaan Busana Terbaik - Tengku Syahmi (Roh)
Poster Terbaik - Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Hajah Fauziah Nawi
Anugerah Khas Belakang Tabir - Dato Seri Dr. Ahmad Nawab
Anugerah Khas Juri 1 - Suatu Ketika (Kash Pictures Sdn. Bhd.)
Anugerah Khas Juri 2 - GERAN (Layar Pictures Sdn. Bhd.)
Anugerah Khas Juri 3 - Headhunter (Indera Asahan Sdn. Bhd.)
Anugerah Box Office - Ejen Ali The Movie







Siapa sangka filem ini tidak mendapat jualan yang memberangsangkan seperti mana filem-filem Box Office lain namun mampu memberi impak kekuatan kepada juri. Ini dibuktikan melalui filem One Two Jaga arahan Namron dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 30 yang berlangsung pada 30 Mac baru-baru ini di PICC Putrajaya


Majlis anugerah diacarakan oleh pengacara popular Nabil Ahmad dan juga Adiba Noor itu juga turut menobatkan 5 lagi kemenang kepada filem ini melalui ketergori utama iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Kategori lain yang dirangkul filem ini pada malam tersebut adalah Poster Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. 


Juga turut membawa kemenang besar pada malam tersebut adalah filem Dukun arahan Dain Said. Filem tersebut berjaya membawa pulang 4 kemenangn melalui kategori Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datin Seri Umie Aida, Kostum & Busana Terbaik, Kesan Khas Terbaik dan Penyunting Terbaik.


Seperti mana kita tahu filem Box Office tahun ini dimiliki oleh filem Munafik 2 yang berjaya mengutip 37juta keseluruhan jualan. Festival kali ini nampak lebih menarik dan lebih meriah dibandingkan tahun sebelum ini serta barisan pemenang yang memang selayaknya. Tahniah kepada semua pemenang dan penganjur.


Senarai penuh pemenang Festival Filem Malaysia ke 30 :-

Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
Pengarah Terbaik: Namron (One Two Jaga) 
Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta)
Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang) 
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)
Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil) 
Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)
Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga) 
Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)
Cerita Asal Terbaik: Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga) 
Kostum & Busana Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun) 
Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)
Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)
Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)
Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)
Skor Muzik Asal Terbaik: Nick Davis (Two Sisters) 
Poster Terbaik: Jazzy Pictures (One Two Jaga)
Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa, Monoloque (Busker)
Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd) 
Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd) 
Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: AR Badul
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan