Tahniah Adiwiraku Filem Sepi Tambat Hati Juri Festival Filem Malaysia 29 | Dunia Penuh Gosip

Tahniah Adiwiraku Filem Sepi Tambat Hati Juri Festival Filem Malaysia 29

Malam tadi telah berlangsung dengan jayanya majlis anugerah mengiktiraf penggiat seni filem tempatan melalui penganjuran kali ker 29. Majlis anugerah Festival Filem Malaysia tahun ini menerima sebanyak 53 filem dipertandingkan yang terdiri daripada 41 filem berbahasa Malaysia, 6 Mandarin, 5 Tamil dan 1 Inggeris.


Majlis berlangsung sederhana semalam dengan diacarakan oleh Zizan Razak bersama pasangan iaitu Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Tanuja. Masih banyak yang boleh dibaiki dan tak perlu nak sentuh isu tu dah bosan setiap tahun. Pengajuran tahun ini tiada kategori yang diasingkan mengikut bahasa menjadikan ia anugerah bagi semua penggiat di Malaysia.


Tahniah kepada filem Adiwiraku yang telah dinobatkan sebagai filem terbaik. Filem sepi dari penonton tapi menambat hati juri itu lagi bagus daripada filem dapat kutipan juta-juta tapi tiada award pun boleh bawa balik. Orang Melayu kita suka macam tu buat filem untuk untung tapi tidak untuk Malaysia nak buat macam mana industri filem adalah business.

Tapi Adiwiraku berjaya membuktikan semua itu tidak perlu yang penting adalah masej itu sampai dalam jiwa rakyat Malaysia. Juga mencatat sejarah tersendiri apabila pelakon utama filem ini Sangeeta Krishnasamy menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik bukan bangsa Melayu pertama bagi kategori ini. Adakah ini satu penangan buat pelakon Melayu kita untuk terus kerja lebih bagus selepas ini bukan sekadar cari populariti dan kontroversi.

Renungkan anugerah kali ini nampak lebih seimbang dan lebih Malaysian kepada kita semua. Moga ia betul-betul membuka mata rakyat dan juga penggiat seni kita masih jauh untuk sama taraf dengan filem Hollywood mahupun Bollywood. 

Senarai penuh pemenang FFM29 :-

Filem Terbaik - Adiwiraku
Pengarah Terbaik- Dain Iskandar Said (Interchange)
Lakon Layar Terbaik- Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)
Cerita Asal Terbaik- Jason Chong (Adiwiraku)
Penyunting Terbaik- Nazim Shah (J Revolusi)
Pelakon Lelaki Terbaik- Nam Ron (Redha)
Pelakon Wanita Terbaik- Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik- Shaheizy Sam (Interchange)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik- Diana Danielle (Hanyut)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik- Harith Haziq (Redha)
Pengarah Harapan- Tunku Mona Riza (Redha)
Pelakon Lelaki Harapan- John Tan (You Mean The World To Me)
Pelakon Wanita Harapan- June Lojong (Redha)
Sinematografi Terbaik- Jordan Cheah (Interchange)
Skor Muzik Terbaik- David Khoon (You Mean The World To Me)
Penataan Seni Terbaik- Zaharah Nakibullah (Interchange)
Penataan Bunyi Terbaik- Daniel (Hanyut)
Kostum/Busana Terbaik- Akma Suriati Awang (Hanyut)
Filem Box Office - Abang Long Fadil 2
Anugerah Khas Juri 1 - Filem Desolasi (Skop Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 2 - Shuttler Life (More Entertainment)
Anugerah Khas Juri 3 - Filem Pekak (Primeworks Studios / Lightbulb Pictures)
Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Johan Ariffin Ibrahim
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Datuk Yusof Haslam






0 comments: