Dunia Penuh Gosip - Final Dunia Penuh Gosip: Final - All Post
Memaparkan catatan dengan label Final. Papar semua catatan
Nama Nadeera Zaini tidak asing lagi dalam dunia pertandingan nyanyian. Namun dari satu pertandingan ke satu pertandingan nama Nadeera tidak mampu bersaing untuk terus berada sebaris dengan penyanyi sewaktu dengannya. Adakah dengan gelaran juaran Big Stage 2023 ini mampu menaikkan semula nama Nadeera.



Nadeera telah dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023 pada hari Ahad lepas. Keputusan itu sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya Waode, Putera Muhammad, Hoondoo, Aufahanie dan Puteri Khareeza untuk bergelar juara.

Nadeera berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, sebuah single baharu beserta trofi sumbangan Astro. Hampir setiap minggu Nadeera mendapat markah yang tertinggi terutama daripada Komposer Ajai.



Tempat keempat menjadi milik peserta, Hoondoo manakala Aufahanie dan Puteri Khareeza menduduki tempat kelima dan keenam. Aufahanie juga membawa pulang Anugerah Persembahan Dominasi Terbaik pada minggu akhir tersebut.

Konsert akhir Big Stage 2023 yang dihoskan Elly Mazlien dan Rina Nose turut menampilkan Ajai dan Aina Abdul sebagai juri tetap untuk musim kali ini.

Ajai dan Aina Abdul turut ditemani Maestro terkenal, Datuk Ramli MS selaku juri jemputan dan Jihan Muse selaku Presiden Netizen.








Malam ini juga adalah pentas akhir Famili Duo Musim Ke-2. Ia berlansung secara langsung di TV3. 4 pasangan famili duo yang berjaya ke peringkat akhir ialah Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Naim Daniel & Sissy Imann, Bella Astillah & Wani Kayrie serta Ayda Jebat & Fyna Jebat.



Namun tuah milik pasangan pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo Musim ke 2. Pasangan adik beradik anak kepada lagenda Dato' Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM100,000. 

Pada malam akhir semua pasangan peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu tema pusingan pertama lagu Juara Lagu dan manakala persembahan pusingan kedua bertemakan Bebas. Pasangan pemenang membawakan dua lagu iaitu Pelukan Angkasa (SOG ft shila Amzah) dan Hutang (Floor88) & Bunga (Altimet) untuk persembahan pusingan kedua.

Famili Duo musim ke 2 diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Manakala juri tetap masih kekal Ajai dan juga mummy Mas Idayu. Format malam akhir peserta akan diadili sebanyak 80% markah oleh juri tetap dan 20% markah lagi dari undian peminat. Tahniah kepada pasangan adik beradik yang makin meningkat nama ini dan diharap terus meraih populariti selepas ini dah berjaya menghasilkan lagu seperti mana kehebatan ayah mereka juga.








Jaclyn Victor menepati ramalan apabila mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir untuk muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan percutian ke Paris.



Jaclyn mendendangkan lagu It's All Coming Back to Me Now nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru dalam pusingan rap bersama kumpulan V.E. Jaclyn sebelum ini menjuarai empat episod pertandingan tersebut sepanjang 10 minggu lalu.

Di tempat kedua pula adalah milik Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai RM80,000, manakala Shila Amzah membawa pulang RM30,000 di tempat ketiga.



Penyanyi versatil, Tomok memenangi tempat keempat dengan wang tunai RM20,000, disusuli kumpulan V.E. di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000. Bintang Singapura, Hazrul Nizam meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang RM10,000.

Malam akhir Gegar Vaganza 9 diadili oleh 4 juri di mana 3 juri tetap iaitu Dato' Ramli M.S, Bonda Hettykus Endang dan Dato' Syafinaz. Manakala seorang juri jemputan khas pada malam itu adalah Eddry KRU. Tahniah buat semua pemenang dan moga terus sukses dalam dunia seni tanah air. 







Kumpulan Ubi menepati ramalan ramai apabila diumumkan juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini malam tadi. Ubi yang dianggotai pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang bagi edisi kali ini.



Menerusi persembahan final, Ubi mendapat pujian hebat daripada juri tetap iaitu Najip Ali yang menyifatkan lawak mereka kreatif dan sungguh luar biasa. Kemenangan tersebut melayakkan Ubi pulang dengan hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir diumumkan sebagai naib juara dan menggondol wang tunai sebanyak RM75,000. Shiha yang juga pelakon dan penyanyi popular dan kali kedua menyertai MLS turut menerima gelaran Superstar Paling Gempak untuk edisi kali ini.



Tempat ketiga pula menjadi milik Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman. Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi wang tunai RM50,000.

Kumpulan OOD yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid pula sekadar menduduki tempat keempat dengan membawa pulang RM25,000.

Finalis MLS3 diadili 75 peratus oleh juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip, manakala 25 peratus lagi undian daripada penonton awam.








Melalui persembahan yang menyentuh hati bukan sahaja juri malah juga semua penonton sehingga ada yang mengalirkan air mata melayakkan PUTEH begelar juara Maharaja Lawak Mega 2019. Kemenangn ini sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.


Puteh berjaya memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama bertemakan "Bebas" dengan memperolehi '5 HA' daripada Najip Ali. Kumpulan dianggotai Ali, Mamak dan ahli baru iaitu Man juga turut mendapat '5 HA' daripada juri Lisa Surihani yang kelihatan begitu menyentuh hati di pusingan kedua. Puteh juga turut menerima hadiah Oppo Punchline Machine, sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi daripada pihak juri.

Manakala di tempat kedua menjadi milik kumpulan trio adik beradik, Zero yang membawa pulang wang tunai RM250,000. Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000.

Dua lagi finalis J-born dan Rare akur di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. Kelima lima finalis turut membawa pulang trofi.

MLM 2019 berlangsung selama 12 minggu di Royal Teater, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan Datuk Jamal Abdillah, Inul, Najip Ali serta Lisa Surihani sebagai juri tetap. Tahniah kepada semua juara dan terus menjadi program lawak pilihan No 1 di Malaysia.







PROTEGE Apex Tadjudin melakar kejayaan manis apabila muncul juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi. Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, yang juga protege kepada mentor Hazama menerima hadiah wang tunai RM100,000 tunai berserta trofi dan dua buah motosikal jenis Benelli RFS 150i.


Apex juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir serta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000 serta dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Apex yang berasal dari Terengganu menyampaikan lagu Merisik Khabar serta berduet dengan Hazama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu dan Langit dan Bumi. Tempat kedua menjadi milik Daus Husny yang menyampaikan lagu Apokalips dan berduet dengan Ernie Zakri menerusi lagu Kerana.

Peserta bernama sebenar Muhammad Firdaus Abdul Rafi, 20, dari Johor ini memenangi hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi. Aedy Kama yang menyampaikan lagu Sinar dan Lagu Untukmu dan berduet dengan Black menerusi lagu Seniman Menangis & Antara Hujan dan Air Mata pula menduduki tempat ketiga.

Aedy atau nama sebenarnya Muhammad Aidil Kamarulzaman, 22, membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi. Tempat keempat jatuh kepada Rika Riana atau nama sebenarnya Erika Rianty Anthony, 19, dan berjaya membawa pulang RM10,000 berserta trofi.


Pemarkahan protege pada musim ini ditentukan dengan 60 peratus persembahan daripada pihak juri dan 40 peratus undian awam. Undian dibuat menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/mentormilenia.

Mentor Milenia 2019 dibawa khas oleh penaja utama KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari dan penaja bersama, OPPO A9 2020. Pentas final membariskan juri profesional terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Altimet dan Faizal Tahir serta dihoskan Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty HotFM.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir dengan lagu Ragaman. Selain itu, Top 10 protege musim ini turut menyanyi medley lagu Rampas (nyanyian asal Akim & The Majistret) dan Sumpah (nyanyian asal Naim Daniel) dalam irama pop yeh yeh.






Wartawan penyiaran berasal dari Kuala Lumpur, Shaza Bae dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019. Shaza, 24, berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Adriana Ghafar, 21, Nynaa Harizal, 23, Shatirah Amanda, 19 dan Syamira Izzati, 22. Menerusi kemenangan ini, Shaza membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.


Tempat kedua dimenangi oleh Adriana Ghafar, manakala Nynaa Harizal pula di tempat ketiga yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000. Kedudukan keempat dan kelima pula memenangi wang tunai RM1,000 yang dimenangi oleh Syamira Izzati dan Shatirah Amanda.

Biarpun tidak berada di kedudukan lima finalis, Sharlina Gilbert memenangi kategori Dewi Kegemaran, manakala Nina Amin pula dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi. Pada malam kemuncak yang berlangsung secara langsung pukul 9 malam tadi, finalis diuji menerusi cabaran video kempen kesedaran dan sesi soal jawab bersama panel juri.


Juri pula terdiri daripada Yusry Abdul Halim dan Scha Al-Yahya selaku juri tetap dan disertai Datuk Aznil Nawawi serta Dr. Soo Wincci sebagai juri undangan. Rancangan Dewi Remaja akhir dihoskan oleh Amelia Handerson dan Kamal Adli.

Program Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru bermula pada 26 Oktober lalu, membabitkan 12 peserta. Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).







Siapa sangka kelainan yang dibawakan oleh program realiti paling popular tahun ini membuahkan hasil yang sangat luar biasa. Ini kerana peserta bukan dari Malaysia menjadi juara bagi program musim kedua ini. Tahniah kepada Han Byul berjaya menambat hati juri dan juga undian penonton sekaligus melayakkan beliau begelar juara.


Konsert akhir program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah semalam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi. Seramai lima peserta telah berentap di pentas Big Stage untuk berebut gelaran juara.

Han Byul telah menewaskan empat peserta lain iaitu Neeta yang berada di tempat kedua, Adzrin ditempat ketiga, Irfan Haris ditempat keempat dan Dinda Permata yang turut bersaing di peringkat akhir program tersebut.


Big Stage 2019 minggu ini menyaksikan semua finalis menyampaikan dua buah lagu dimana satu lagu cover dan satu lagi lagu sendiri milik mereka. Ternyata kemampuan Han Byul menyampaikan lagu ciptaan Haqiem Rusli bertajuk Luka Dan Bahagia memberi kelebihan kepada peserta ini. 

Selaku juara Han Byul membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah trofi, sebuah telefon baru Vivo V17 Pro, dan paling best adalah sebuah kereta baru Produa Axia. Manakala Neeta pula ditempat kedua membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Malam akhir tu juga  menampilkan Misha Omar sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.






Program realiti lawak yang telah belangsung selama 7 minggu sebelum ini telah sampai kekemuncak malam tadi. Gegar Lawak Akhir membariskan 5 peserta yang bersaing iaitu Padil, Eyya, Abata, Kiut dan 2B. Dengan 2 tema pada malam akhir iaitu muzikal dan bebas memberikan saingan hebat.


Rezeki nyata menyebelahi kumpulan Kiut yang membariskan 3 orang jejaka dari Kedah apabila mereka dinobatkan juara Gegar Lawak musim pertama ini. Melalui kemenangan ini mereka membawa pulang torfi dan juga wang tunai RM50,000. Mereka juga menerima anugerah Man Of The Match pada minggu akhir.

Juga membuat kejutan pada malam akhir ini adalah Eyya satu-satunya peserta solo wanita dari Sabah apabila dijulang naib juara. Membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. Siapa sangka bakat gadis muda ini dari mula dilihat begitu tidak menyerlah mampu merangkul gelaran tempat kedua.

Manakala tempat ketiga adalah milik kumpulan Abata yang membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi. Tempat keempat pula milik Padil peserta dari Terengganu membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000 juga tempat kelima milik kumpulan 2B.

Pada malam akhir peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Dato AC Mizal dan Douglas Lim serta juri jemputan iaitu Nabil Ahmad. Tahniah kepada semua peserta dan anda adalah bakal pewaris generasi lawak tanah air negara. 





Akhirnya Akademi Fantasia Megastar telah sampai ke minggu final dimana 5 peserta yang layak iaitu Syahir, Syamel, Idayu, Marsha dan Bob membuat persembahan terakhir mereka malam tadi di Auditarium Shah Alam. Semua peserta membuat dua persembahan iaitu menyanyikan lagu baru sendiri dan juga lagu cover.


Namun tidak dapat dinafikan kehabatan daripada minggu pertama hingga ke akhir ini buat Idayu yang telah menyampaikan lagu 'My All' dan juga lagu barunya iaitu 'Selamanya' memukau juri. Ini ternyata apabila Idayu dinobatkan sebagai juara AF Megastar dan membuktikan bahawa beliau yang tersingkir awal sebelum ini adalah satu kesilapan.

Manakala pemenang bagi Anugerah Ultimate Performer adalah milik Syamel dan Marsha menang sebagai Anugerah Terlajak Megastar D'Herbs. Tahniah kepada semua peserta dan memang anda layak untuk sampai ketahap ini. Tapi kalau dinilai semula persembahan Idayu pada malam akhir agak ada kekurangan pada lagu cover dan lagu baru Bob sangat memukau dan melekat walau dengar sekali jer.

Namun dah rezeki nak buat macam mana semua orang ada rezeki masing-masing. Idayu berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi dan percutian ker Turki. Moga lepas AF Megastar bakat mereka ini lebih terserlah jangan jadi tukun sahaja rugi tau.








Tahniah kepada kumpulan Bocey kerana berjaya menjadi juara untuk kali kedua berturut-turut dalam program Maharaja Lawak Mega 2017 baru-baru ini. Sebelum ini kumpulan 3 sekawan iaitu Abam, Fad dan Ache telah menjadi juara pada Maharaja Lawak Mega musim lepas. Tahun ini mereke membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.


Tempat kedua pula milik kumpulan Shiro yang berjaya membawa pulang wang tunai RM250,000 dan trofi. Manakala tempat ketiga milik wakil solo dari Indonesia Dzawin. Ini adalah pengalaman pertama beliau menyertai pertandingan ini membawa pulang wang tunai RM150,000 dan trofi. 

Manakala bekas juara Maharaja Lawak Mega tahun 2015 Zero mendapat tempat keempat. Kekalahan teruk Zero disebabkan oleh persembahan yang kurang memberangsangkan pada malam akhir tersebut. Ramai peminat kecewa dan beharap Zero bakal menjadi juara sekali lagi.

Di tempat terakhir milik kumpulan Puteh. Persembahan akhir MLM 2017 telah berlangsung pada Jumaat lepas, di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) bermula pukul 10 malam.






Minggu ini menyaksikan dua program realiti dari Astro telah sampai ke minggu separuh akhir. Telah tersenarai peserta yang layak atas undian ramai untuk ke peringkat akhir. Program paling tranding Akademi Fantasi 2016 baru sahaja menyenaraikan 5 orang layak ke peringkat akhir minggu depan.


Tahnia buat Amir, Amal, Afi, Ara dan Reshma yang telah melayakan diri untuk begelar juara AF2016. Siapakah bakal menjadi juara nantikan dan saksikan peringkat akhir pada 9 Oktober 2016 di Astro Ria dan Ria HD. Nampak gaya adakah buat pertama kali juara AF2016 milik bukan Melayu. Undian ditangan anda boleh mengundi mereka ok.


Manakal bagi program Super Spontan Superstar juga telah memilih 6 orang peserta yang layak ke peringkat akhir. Tahniah buat pasangan suami isteri Johan dan Ozlyn, juga kumpulan Bocey iaitu Fad, Abam dan Acey, serta Tauke yang berjaya.


Siapa pula akan menjadi juara baru Super Spontan ini nantikan minggu akhir pada 7 Oktober 2016 di Astro Warna dan Mustika HD. Rasa-rasanya Abam boleh menjadi juara kali ini tak pun Acey. Itu semua pada undian anda nanti kerana mengundi minggu akhir adalah peserta bukan lagi kumpulan.






Satu lagi majlis anugerah yang penuh prestij telah berlangsung malam tadi dengan menobatkan juara baru. 3 Dekad Mencipta Fenomena itulah tagline untuk Anugerah Juara Lagu yang telah mencecah usia 30 tahun. Berlansung di Stadium Melawati Shah Alam secara langsung di TV3, secara online di Tonton dan juga keudara di HotFM


12 lagu daripada 12 penyanyi dan pencipta lagu mempertaruhkan kehebatan masing2 pada malam anugerah ini. Diantara lagu yang bertanding pada malam itu adalah Bunkface - Malam Ini Kita Punya, Noh Salleh‬ - Angin Kencang, Faizal Tahir‬ - Assalamualaikum, Kaka‬ & Aliff - Bukan Hal Aku, ‎Hazama‬ - Sampai Mati, Caliph Buskers‬ - Hanya NamaMu, ElizabethTan‬ - Knock Knock, ‎Drama Band‬ - Biarkanlah, Stacy‬ - Not For Sale, ‎Black‬ - Mana Mungkin, Akim & The Majistret‬ - Potret, Dayang Nurfaizah‬ - Tak Pernah Menyerah.

Tahniah buat juara yang telah diumumkan pada penghujung rancangan iaitu milik lagu Potret komposer Hang Nadim dan penulis lirik Kamar Empayar. Manakala tempat kedua milik lagu Assalammualaikum ciptaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K dan Ezra Kong. Di tempat ketiga pula adalah milik lagu Hanya NamaMu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim


Manakala bagi ketegori lain yang dipertandingkan pada malam itu juga iaitu Persembahan Terbaik yang dimenangi oleh Akim & The Majistret manakala Vokal Terbaik masih kekal milik Dayang Nurfaizah 2 tahun berturut-turut. Juga turut di umumkan malam itu adalah pemenang anugerah khas iaitu Anugerah Lagu Diva yang dipilih oleh peminat terhadap lagu2 yang pernah menjadi juara AJL sebelum ini.

Anugerah khas ini diumumkan sendiri oleh pengasas Vida Beuty Sdn Bhd iaitu Dato Seri Vida dimenangi oleh lagu Cindai nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Lagu ini telah dinobatkan juara AJL pada tahun 1998. Malam tu Dato Siti Nurhaliza juga dijemput membuat persembahan pembukaan bersama dengan juara AJL sebelum ini iaitu Yassin dan Jamal Abdillah melalui lagu medle lagu Cindai, Gazhal Untuk Rabiah dan juga Mimpi Laila.


Tapi bagaikan ada tidak kena pada malam anugerah kali ini, dari segi pentas, dari segi pengacaraan dan juga susun atur program. Seperti kelam kabut dan juga banyak yang tidak kena dengan susun atur acara menjadikan ia terlalu padat dan serabut bagi penonton di TV. Juga pengacara yang bagaikan lawak tidak kena serta nak cepat untuk umumkan nyanyian peserta macam tak sempat2.

Namun satu yang perasan dari dulu sampai sekarang untuk Anugerah Juara Lagu ini walaupun telah cecah 30 tahun penganjuran namun hadiah wang tunia yang ditawarkan tidak segah majlis anugerahnya. Ini kerana juara hanya menang wang tunai RM50,000, sedangkan program lain yang juaranya boleh menang sehingga RM200,000 seperti Mentor. Kenapa taraf juara lagu serendah itu dah lah hadiah sikit menang kena kongsi antara penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik. Banyangkann......










Siapa sangka bermaian drum sejak usianya 8 tahun hasil dari didikan dan tunjuk ajak bapa beliau. Kini kanak2 Amirah Syahirah mampu bangga dan tersenyum lebar selepas di umumkan juara program realiti Ceria All Stars yang ditayangkan secara langsung di Astro Ceria baru2 ini.


Amirah berjaya menewaskan 5 lagi peserta yang bersaing pada konsert akhir di Astro Bukit Jalil. Racangan yang diacarakan oleh Jihan Muse dan Adik Mia Sara menampilkan peserta yang berbakat dalam apa sahaja bidang. Program julung kali di adakan ini bagi memberi peluang kanak2 untuk menunjukan bakat semulajadi yang tiada diluar sana.

Tempat kedua pula di menangi oleh Mohamad Iqmal Fikry, 15, yang membawa pulang wang tunai RM10,000. Di samping itu, Fikry juga berjaya memenangi Anugerah Khas Caliph Kids Expert bernilai RM3,000. Manakala tempat ketiga dimenangi Born To Beat (BTB) yang mempertaruhkan tarian moden. 

Juri pada malam akhir Ceria All Stars adalah Nora Danish dan Nabil Ahmad serta juri khas jemputan Dato Siti Nurhaliza. Astro akan meneruskan program sebegini untuk lebih membuka ruang kreatif dan berdaya saing bagi kanak2 yang berpotensi untuk dimajukan dalam bidang yang diceburinya.






Siapa sangka siapa menduga dari kerusi hot seat, melangkah masuk perlahan2 di pentas Maharaja Lawak Mega dan akhirnya menjejak kaki ke peringkat akhir dan terus di nobat juara Maharaja Lawak Mega 2014. Zero nama yg tidak pernah di jangka akan menang pada peringkat akhir ini tapi itulah hakikat bila mereka di gelar juara malam tadi.

Zero yg di anggotai olah Artu, Syaiful dan Sharif merupakan adik beradik yg berasal dari Sabah berjaya membuktikan mereka mampu menyerlah walaupun dari bawah. Persembahan yg kosisten dan juga sentiada membawa kelainan dalam persembahan setiap minggu mampu menjulang nama kumpulan ini sehingga begelar juara.


Kumpulan Zero berjaya membawa pulang rang tunai RM500,000 bersama dengan trofi sumbangan Astro. Syaiful yg merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas tamat program Maharaja Lawak Mega ini pasti org paling gembira. Tahniah buat kumpulan Zero. Juga kepada barisan peserta Maharaja Lawak Mega akhir yg telah belangsung malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil.

Tempat kedua pula di menangi oleh kumpulan Sepahtu yg merupakan juara bertahan tahun lepas. Kumpulan Sepahtu membawa pulang wang tunai RM250,000 dan trofi. Manakal tempat ketiga jadi milik peserta solo Nabil yg membawa pulang wang tunai RM150,000 dan trofi. Bagi dua kumpulan ini pula jatuh di tempat keempat iaitu Shiro dan juga tempat kelima Bocey. Masing2 membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM15,000.