Dunia Penuh Gosip - Gelaran Dato' Sri Dunia Penuh Gosip: Gelaran Dato' Sri - All Post
Memaparkan catatan dengan label Gelaran Dato' Sri. Papar semua catatan
Selepas seluruh Malaysia bergembira tentang berita kehamilan beliau yang telah masuk 4 bulan tu kini Dato Siti Nurhaliza berkongsi detik gembira sekali lagi. Ini apabila Tok Ti menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar baru-baru ini.


Anugerah yang beliau terima adalah Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri bersama artis iaitu Dato' Eizlan Yusof.

Majlis yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar. Kelihatan berseri-seri wajah Dato' Sri Siti Nurhaliza terserlah seri ibu mengandung.


Turut menemani beliau adalah suami tercinta Datuk Seri Khalid Jiwa pada majlis terebut. Moga lepas ni makin murah rezeki Dato' Sri dan keluarga dan juga dengan kehadiran cahaya mata tak lama lagi akan menambah ceria lagi rumahtangga yang dah sedia bahagia. Yang penting bukan gambar kat pintu pagar istana ok.