Dunia Penuh Gosip - Gempak Superstar Dunia Penuh Gosip: Gempak Superstar - All Post
Memaparkan catatan dengan label Gempak Superstar. Papar semua catatan
Tahniah kepada pelakon Elizad telah di nobatkan sebagai juara program realiti nyanyian Gempak Superstar. Walaupun Elizad sebelum ini lebih di kenali sebagai pelakon yang berjaya membawa wataknya dengan baik bagitu jugalah dalam program ini. Elizad berjaya menewaskan 4 lagi peserta akhir program ini yang telah berlangsung semalam. 


Program ini membuktikan bahawa anda tidak perlu pandai menyanyi untuk menjadi juara. Hanya cukup dengan peminat yang ramai dah memadai untuk juara. Namun masih ada banyak ruang yang boleh dibaiki oleh semua peserta akhir Gempak Superstar untuk menjadi seorang penyanyi.

Tempat kedua pula di menangi oleh Sherry yang berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi daripada ASTRO. Sherry juga berjaya membawa pulang Anugerah Terlajak Gempak Superstar yang diberikan oleh Datuk Aliff Shukri melalui undian di laman Instagram beliau.

Tempat ketiga pula di menangi oleh Arja manakal tempat ke empat Soffi dan tempat ke lima Nazim. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan cabaran 6 minggu program ini. Juga tahniah kepada ASTRO yang berjaya mengambil duit korang untuk mengundi artis kesayangan korang tapi apa yang korang dapat puas. Sama jer program ini dengan proram realiti lain lepas menang adakah mereka akan ada album atau sekadar single yang popular sekali sahaja lepas tu diam selamanya. Fikirkanlah semua.






Astro kembali dengan idea baru untuk memberi peluang kepada penyokong siaran mereka melalui program hiburan terbaru mereka. Kali ini lebih unik dan lain daripada yang lain di mana program realiti ini menampilkan 10 orang barisan pelakon hebat tanah air untuk beraksi di atas pentas nyanyian pula. Mereka semua berbakat dalam lakonan adakan mereka juga berbakat dalam bidang nyanyian. 


10 barisan pelakon itu adalah 5 orang pelakon wanita iaitu Siti Elizad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Tasha Shila dan Raja Ilya. Manakala arisan 5 orang pelakon lelaki pula adalah Nazim Othman, Arja Lee, Ryzal, Siffi Jikan dan Dazrin. Semua ini hebat dalam belakon dan kini cuba nasib dalam pertandingan nyanyian.


Program yang akan berlangsung secara langsung untuk minggu pertama ini pada 10 April ini di saluran Astro Ria dan Ria HD. Anda juga berpeluang untuk menentukan siapa juara dan siapa akan tersingkir setiap minggu melalui undian secara online di www.gempaksuperstar.com.my. Mahkah setiap peserta ditentukan melalui 50 undian anda dan 50 lagi dari juri profesional.

Nak tahu sapa juri tetap dan juri jemputan mereka anda kena saksikan Ahad ini. Tapi agak muskil yang Arja Lee pernah ada single dan juga lagu sendiri boleh masuk adakah aci kepada peserta lain yang tiada pengalaman profesional menyanyi. Tapi masing2 ada strategi sendiri untuk berjaya dalam pertandingan ini sama2 kita saksikan nanti.