Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan
Boring lah bila timbul cite pasal seorang artis dari Singapura ni yang sahaja cari publicity kat Malaysia. Sapa lagi yang suka timbul kontrolversi Aliff Aziz bukan Alif Satar ok kena tulis betul-betul hehehe.


Kecoh minggu ni pasal cite artis ni dah kantoi dengan bini sendiri yang tengah pantang berdua-duan dengan perempuan lain. Perempuan lain tu pula makwe orang juga adik kepada artis Malaysia. 

Tak faham tentang budak Singapura ni apa masalah lepas satu-satu isu dia buat pastu insaf. Baru sahaja insaf buat balik masalah. Seperti tiada harga keinsafan yang kau lafazkan tu. 

Sebelum ni kecoh tentang kes artis ni curi telefon bimbit kat kedai tahun 2014 tak silap. Lepas tu baru jer habis kes tu buat pula kes lain mabuk dan pukul orang awam.

Macam-macam kes tu belum kes cinta putus cinta, kes gambar bercumbu-cumbuan dan banyak lagi lah. Dah tak laku kata-kata insaf dari mulut kau tiada keinsafan yang hakiki. 

Kes kantoi dengan isteri tengah pantang tu pun senang sangat dia lafaz insaf dan minta maaf. Tak faham lah producer yang ambil dia belakon memang buta lah. Sudah-sudah lah balik lah negara ko ok jangan buat kacau kat negara orang. Datang nak cari rezeki jer tak payah nak cari publicity murahan ni yer tak perlu. 






Sejak berumah tangga awal May dulu pasangan romantik dan bahagia Akim dan Stacy seakan masih meraikan saat bahagia mereke masa bercinta. Pasangan ini dapat dilihat di laman instagram masing saling upload gambar bahagia mereka.

Baru2 ini Akim mengupload satu gambar sambutan ulangtahun kelahiran Stacy dalam instagramnya dan dalam caption itu Akim membuat pengakuan yang Stacy sudah berbadan dua lihat print screen Instagram ni.


Namun tidak dinyatakan berapa usia kandunganya dan masing begitu teruja menantikan saat bahagia ini. Akim di lihat paling gembira dengan berita itu dan beharap segalanya berjalan lancar dan sihat selalu.

Kami semua peminat mendoakan pasangan ini terus bahagia dan dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh. Rezeki mereka juga dilihat selepas kahwin ini makin bertambah dan murah selalu.





Sapa tidak kenal kepada kisah seorang wanita transgender yang begitu popular di Malaysia suatu masa dahulu. Lepas isu beliau menang pertandingan ratu cantik di Thailand dan pula dengan isu berhijab beliau begitu gigih meneruskan hidup tanpa menghiraukan kiritikan netizen di luar sana. Nur Sajat seorang pengusaha pusat kecantikan yang berjaya bagitu popular di media social.



Pemilik pusat kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Galaxy Ampang ini setiap masa dipalit dengan kontroversi dan kutukan daripada orang luar. Beliau diduga dengan pelbagai isu dan juga masalah tapi tetap kuat untuk tidak mempedulikan semua itu. Kini beliau juga telah mengembangkan businessnya sehingga ke negara seberang Indonesia apabila baru pulang daripada photoshoot di sana berasama rakan dan juga pekerjanya.


Kini timbul pula satu lagi isu apabila tersebar di media social gambar kemesraan beliau dengan seseorang yang juga cukup popular di media social. Gambar ini menunjukna kemesraan pasangan ini di atas katil sedang berpelukan sesama jenis mendapat kritikian dan juga kutukan hebat daripada segelintir yang melihatnya. Nampak sama padan dan sama cantik tapi apakan daya ia cinta terlarang sekiranya ia benar. Pasangan di dalam gambar itu pula ada bekas Juara Mr Badan Cantik Malaysia mungkin ramai kenal Faez Nick.


Graduan daripada Kolej Poly-Tech MARA ini telah banyak memenangi pertandingan bina badan yang diadakan di Malaysia seperti MR Isagenix 2015 dan banyak lagi. Hubungan mereka nampak lebih nyata apabila setiap kali Nur Sajat mengupload gambar kelihat kelibat beliau bersama2. Namun lelaki ini menafikan hubungan intim mereka dan hanya sekadar pekerja dengan majikan. Beliau juga menafikan gambar yang tersebar adalah seperti mana yang difikirkan dan ia telah diedit. Ini kerana Faez ini adalah seorang model sampingan dan juga penasihat kesihatan.




Lebih ketaran hubungan mereka apabila kedua2 mereka terlibat dalam satu kemalangan yang hampir2 meragut nyawa mereka pada Julai 2015 yang lalu. Namun kuasa tuhan siapa sangka mereka masih terselamat dan semenjak daripada itu Nur Sajat mula mengubah imej bertudung yang turut di kutuk oleh kebanyakan orang dalam media social. 



Apa pun yang mereka laku dan apa pun niat mereka itu adalah urusan mereka dengan Maha Pencipta. Siapa kita sebagai manusia biasa yang hina lagi dina ini untuk menghukum mereka. Walaupun kita tahu apa yang di buat tidak betul tapi niat murni Nur Sajat memelihara dua orang anak angkat sangat2 dipuji. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka dan juga anak2 yang di jaga menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Sama2 kita doakan beliau dan bukan menghukum atau menghina sesungguhnya hidayah itu milik Allah.









Kadang2 kita tidak sedar yang kita telah lupa diri bila kita berada di atas. Tapi betul kata org dulu2 hidup kita bagaikan roda sekarnag kita di atas tapi bila2 masa sahaja kita boleh jauh kebawah. Tapi bila jatuh itu sgt perit dan sangat pedih. Cuma ketabahan dan kesabaran untuk bangkit semula dari kejatuhan adalah satu kekuatan yang tak ada pada semua diri. Begitu juga yang terlihat dan dapat di baca dalam dada akhbar, media lektronik mahupun blog tentang kontroversi demi kontroversi yang menimpa artis ini. Dulu beliau di kenali kerana lawak dan juga gaya spontan beliau di pentas tapi sejak kebelakangan ini banyak pula gosip liar terhadap beliau.


Sapa lagi kalau bukan Zizan Razak yang selalu menjadi siulan di bibir2 peminat. Zizan pernah berada di atas dengan penuh gah dan cemerlang memenangi banyak anugerah. Tapi tahun 2015 ini ia sgt kurang dan sangat ketara apabila isu demi isu menjadi duri dalam kehidupan beliau. Marai kita lihat kronologi kisah kejatuhan Zizan Razak sejak kebelakangan ini.

1) Segala bermula dari program Maharaja Lawak Mega apabila Zizan Razak di katakan belagak dan tidak boleh menerima kritikan juri. Ini lebih ketara apabila salah seorang juri MLM 2014, Fazura memuat naik status di Twitter menyatakan ketidak puasan hati pelawak tersebut yang suka mencelah ketika juri memberi komen. Namun Zizan menafikan isu itu dan memuat naik gambar mereka mempunyai hubungan yang baik selepas program MLM 2014 tersebut.

2) Selepas itu kritikan demi kritikan di terima sehinggakan gabungan Zizan Razak dan juga kumpulan Jambu dalam program Maharaja Llawak Mega tidak di senangi. Mereka di lihat tidak begitu serasi dan sehinggakan peminat juga tidak suka akan gabungan kumpulan Virus ini. Akhirnya mereka tewas di peringkat separuh akhir dan tidak layak untuk bertanding di peringkat akhir. Juara Maharaja Lawak Mega 2014 adalah kumpulan Zero.

3) Di tambah lagi kisah cinta Zizan Razak yang bagaikan seperti merpati dua sejoli begitu mendapat perhatian media2 tempatan. Zizan yang kelihatan mesra dan bahagian bersama Emma Maembong pada mula perhubungan bagaikan tidak di sukai banyak pihak. Sehinggakan hubungan itu mula renggang dan akhirnya di katakan putus oleh pasangan ini juga. Tapi sesetengah pihak menyatakan mereka terlalu expose tentang kisah cinta mengatasi populariti mereka. Kini status kedua2 mereka telah kembali single dan masih berkawan seperti biasa.

4) Kisah putusnya cinta Zizan Razak bersama Emma Maembong di katakan adalah berpunca daripada org ketiga. Gosip ini bertiup kencang apabila Zizan di katakan bercinta dengan Pegawai di Stesen Astro dan sering bersama. Tapi Zizan dan pihak tersebut tampil menafikan kisah cinta mereka dan segala adalah hanya atas urusan kerja semata-mata. 

5) Gosip kencang kejatuhan Zizan makin ketara apabila beliau tidak langsung merangkul apa2 anugerah untuk majlis Anugerah Meletop ERA baru-baru ini. Walaupun Zizan adalah pendahulu pencalonan terbanyak pada malam itu tapi rezeki bukan kepada beliau apabila tidak berjaya membawa pulang satu pun anugerah pada malam itu. Paling sedih Zizan selaku pengacara pada malam itu hanya dapat menyaksikan rakan baiknya Johan membawa pulang anugerah utama dan 3 lagi anugerah lain. 

6) Kemudian pula kisah dan juga luka Zizan makin dalam apabila beliau dikatakan besar kepala kerana tidak menghadirkan diri untuk satu majlis promosi dan pratonton filem lakonan beliau. Lagi merumitkan keadaan apabila kelibat Zizan selaku pelakon utama dan juga bekas kekasinya Emma Maembong tidak ada semasa sesi pratonton tersebut. Pengarah filem Mamat Khalid kecewa dengan tindakan kedua2 artis tersebut dan tidak menyalahkan mereka kerana tidak dapat hadir pada hari tersebut.

7) Kini tiba pula giliran pengarah untuk filem baru lakonan Zizan juga iaitu Norman KRU menyatakan kerisauan beliau apabila ada gerakan untuk menjatuhkan Zizan. Ditambah pula ia berlaku sewaktu filem lakonan Zizan tengah kencang untuk promosi di pawagam sekarang ini. Norman bagaikan menyalahkan pihak lain yang cuba untuk menyebabkan lakonan Zizan Razak dalam filem itu tidak mendapat perhatian melainkan hanya2 kisah gosip dan percintaan beliau sahaja.

Apa pun yang berlaku kronologi ini adalah sekadar renungan dan juga rangkuman kisah dan cerita yang di dengar dan di baca dari dada-dada akhbar dan juga media. Namun Zizan perlu buat sesuatu untuk terus kekal dan mendapat perhatian dalam industri dan tidak boleh hanya mendabik dada. Adakah nasib ini akan berterusan dalam ABPBH 2014 yang bakal muncul tak lama lagi. Kita doa kan yang terbaik buat Zizan Razak.










Carta Top 5 MahaGosip adalah satu segment baru di blog MahaGosip yg merangkumkan tentang gosip hangat artis tempatan sepanjang seminggu. Ia di ambil daripada laman blog mahupun media cetak dan social media untuk di jadikan rangkuman bagi pembaca sekalian. Sekiranya anda mahukan gosip lebih panas terhadap artis tempatan bacalah MahaGosip setiap minggu untuk dapatkan gosip lebih lengkap dan terkini.


1) Hubungan perkahwinan yang di sembunyikan - Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Kisah dua pelakon muda ini begitu hangat di pekatakan bukan sahaja di media elektronik dan cetak malah lebih kencang di laman social dan juga blog. Kisah mereka mula terbungkar setelah Wawa Zainal di katakan hilang daripada pihak pengurusan dan tiada khabar berita. Lanjutan pendedahan hebat dari akhbar B-Pop mengkencangkan lagi tentang gosip ini. Akhirnya dua pasangan suami isteri ini telah mengadakan sidang media untuk memperjelaskan tentang gosip dan status mereka sebagai suami isteri yg sah.

2) Nora Danish nafi terima rumah dan kereta mewah

Kisah percintaan antara pelakon comel ini bersama anak kepada ahli politik ini begitu kencang di perkatakan. Ini kerana hampir di setiap gambar yg di postkan di Instagram milik Nora mengandungi gambar lelaki ini. Namun ia lebih hebat apabila Nora dikatakan menerima sebuah rumah banglo dan juga kereta Ferari daripada lelaki tersebut. Tetapi Nora menafikan sekeras-kerasnya bahaw ia hanay gosip dan rumah itu bukan miliknya.

3) KL Gengster 2 dapat bantuan 10 Penerbit filem tempatan

Setelah kecoh tersebarnya filem KL Gengster 2 secara haram dalam laman blog dan juga boleh di muat turun secara online sebelum tayangan, Syamsul Yusof pernah menyatakan tentang kekecewaannya kerana ia terjadi kepada filem arahan beliau. Syamsul juga telah menyatakan untuk bersara daripada membuat filem akibat terlalu kecewa. Maka inisiatif 10 org penerbit filem lain untuk membantu filem KLGengster 2 adalah niat murni. Tetapi filem ini tetap mendapat sambutan daripada penoton sehingga sekarang tayangan telah mencecah lebih 4 juta kutipan seluruh Malaysia.

4) Kisah cinta baru Fauzi Nawawi bersama Noni AF5


Tiba2 kisah pelakon lelaki yg hebat ini juga suami kepada Nisdawati iaitu Fauzi Nawawi menjadi bualan dan juga paparan di dalam media social dan blog. Kisah cinta tiga segi beliau mula mendapat perhatian bersam dengan bekas pelajar AF 5 iaitu Noni. Mereka berdua menafikan tentang gosip ini kerena masing2 sibuk dengan kerjaya dan saling fokus kepada keluarga. Fauzi Nawawi juga menyatakan tidak mengenali Noni dan malu kepada peminat dan keluarga atas gosip yang menipa diri beliau. Fauzi selalu di gosipkan mempunyai kekasih gelap sebelum ini.

5) Artis dapat anugerah Dato lagi

Lepas di lihat penganugerahan darjah Dato/Datuk kepada artis sebagai trand kini semakin ramai golongan ini terus dapat perhatian pihak istana. Kini giliran penerbit, pengarah dan juga pelakon popular Rosyam Noor bakal menerima darjah kebesaran daripada Yang di Pertua Negeri Melaka membawa gelaran Dato. Bersama beliau adalah penyanyi yg cukup popular dan menjadi idola sehinggga kini iaitu Ramli Sarip juga bakal mendapat anugerah yg sama atas jasa dan pengorbanan mereka.









Itulah ucapan yg harus keluar dari mulut kita apabila pasangan yg telah membuat pengakuat terhadap perkahwinan mereka secara sah. Tak perlu nak di was-was kan lagi dan tak perlu nak syak apa2 lagi tuan punya mulut dah menyatakan bahawa mereka telah begelar suami isteri hampir 2 tahun. Knp kita perlu cari salah org tapi kita kena cari kebenaran dan telah dapat kita kena syukur. Tahniah kepada wartawan yg berjaya mencari berita ini sehingga akhirnya ia terbongkar jua.

Pertama sekali nak ucap selamat pengantin baru kepada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan selamat menjadi ayah dan ibu kepada cahaya mata baru. Syukur kerana mereka sebenarnya bukan buat perkara salah cuma ia di lindungi daripada di salahi akibat perkara yg baik. Tapi sepatutnya mereka boleh berbincang cara baik dengan pihak pengurusan MIG jika niat mereka itu baik dan ikhlas.  Lepas ni boleh lah mereka buat majlis resepsi untuk peminat dan wartawan agar menghebahkan perkara yg baik ini.


Maka selepas ini tiada lagi spekulasi jahat atau gosip buruk pada pasangan ini kerena mereka telah benar menjadi suami isteri dan ibu bapa kepada Ahmad Fakharuddin Attar. Tahniah dari kami peminat dan pembaca cerita yg kurang enak tentang anda berdua. Apa pun doa dari kami semoga anda dapat kekal kebahagian ini sehingga ke Jannah yg di redhai Allah. Moga pihak pengurusan dapat mempertimbangkan tindakan mereka ini kerana ia adalah perkara yg baik.

Sebenarnya MG (MahaGosip) suka kepada mereka yg mendirikan masjid ini kerana ia dapt mengurangkan fitnah dan menghindari daripada melakukan dosa. Daripada terus menafikan tentang hubungan mereka tetapi bila dah putus kecewa, kata tak bercinta mcm mana leh putus. Itu adalah mainan dunia hiburan tanah air kalau tak ada perkara ini tak havok lah dunia hiburan ni kan. MG gembira pada artis yg lebih befikiran matang dan jauh untuk masa depan mereka. 




Bila anda menonton rancangan gosip di televisyen, pernah tak anda terfikir, "Adakah semua artis kena menghadiri seminar cara menjawab soalan media sebelum jadi artis?" Kami rasa pernah kerana jelas sekali kebanyakan jawapan yang diberikan artis sama saja. Tanyalah soalan apa pun kepada mereka, kami pasti satu daripada sepuluh ayat ini akan digunakan. 

"No comment"

Jawapan ini merupakan jawapan universal kerana bukan sahaja artis di Malaysia akan menggunakannya, malah artis Hollywood, Indonesia, Filipina, Eropah dan semua negara yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia merupakan jawapan paling mudah yang memberikan tiga makna. Pertama, artis tersebut tidak mahu melayan kerana mereka penat. Kedua, mereka tidak tahu apa-apa tentang isu yang dibangkitkan. Ketiga, mereka memang melakukan kesalahan yang dipersoalkan, jadi mereka tidak tahu cara untuk memutar belitkan fakta.

"Kami hanya berkawan"

Mereka hanya berkawan. Jangan tanya lagi. Mungkin mereka saling berpelukan di sebuah kelab malam, mungkin mereka ada bercumbu dalam foto yang disebarkan di internet, mungkin mereka ada menerima wang daripada pihak yang terbabit. Tapi jangan tanya apa hubungan mereka kerana mereka hanya berkawan. Cara yang mudah untuk menjawab soalan berkenaan kerana dengan cara ini, ia tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

"Itu bukan persoalannya"

Anda boleh tanya sama ada seseorang artis itu bercerai kerana hubungan sulitnya dengan wanita atau lelaki lain dan dia akan jawab, "Itu bukan persoalannya". Mungkin kerana artis tersebut tidak tahu apakah persoalannya, atau mungkin dia tidak faham soalan. Ya, adakalanya wartawan juga bertanyakan soalan yang tidak berkaitan dan soalan perangkap, maka kami tidak mahu mempersoalkan jawapan sebegini oleh golongan artis. Itu bukan persoalannya. Apa soalannya tadi?

"Biarlah Tuhan yang menentukan"

Jawapan sebegini biasanya diberikan oleh artis berkenaan dengan topik pakaian yang menjolok mata atau gambar mesra dengan subjek berlainan jantina. Dalam dunia sesetengah artis, anda tidak berhak mempersoalkan adat dan agama kerana kononnya itu kerja Tuhan. Maklumlah, manusia merupakan mamalia yang hidup berasingan dan tidak perlu risau tentang kesan sesuatu perbuatan terhadap gejala sosial. Biar Tuhan saja yang tentukan, orang lain perlu diam dan lihat saja artis itu jatuh.

"Doakan supaya suatu hari nanti saya berubah"

Bukan hendak mengkritik, tapi hidayah perlu dicari, bukan ditunggu datangnya. Ia juga bukan sesuatu yang anda tulis di atas kertas, masukkan dalam botol dan dialirkan ke laut. Tentu sekali ia bukan sesuatu yang datang dengan doa orang lain tanpa usaha diri sendiri. Berhenti minta doa orang lain dan mulakan perubahan tu ya? Lagipun amat sukar untuk berdoa apabila anda tayang peha anda depan mata.

"Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak boleh"

Jawapan ini mungkin bernas sekiranya seseorang artis difitnah sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Adakalanya dunia memang tidak adil. Namun sekiranya anda sudah jelas melakukan sesuatu kesalahan dan kesalahan tersebut boleh digunakan menjadi teladan bagi orang lain, dunia memang adil.

"Ye ke?" 

Dari pengamatan yang dilakukan, jawapan "Ye ke?" merupakan jawapan yang biasanya datang daripada artis baru yang menggunakan ayat tersebut sebagai satu pemesongan atau pengalihan sementara otak mereka ligat mencari jawapan yang lebih bernas, bijaksana dan lucu. Oh, semua orang suka artis yang pandai memberikan jawapan yang lucu. Jadi sementara lucu itu belum keluar, gunakan "Ye ke?" sebagai lencongan.

"Saya tak kekwat"

Siapa tak suka perkataan 'kekwat', angkat tangan macam saya. Berdasarkan kamus Urbandictionary.com, perkataan kekwat berasal dari slanga yang digunakan oleh golongan transeksual di Malaysia yang bermaksud angkuh atau sombong. Ia kemudiannya menular ke dunia artis dan menjadi slanga dunia hiburan. Namun tanyakan saja pada mana-mana orang awam yang tidak terlibat dalam dunia artis, mereka pasti rasa sangat jengkel dengan perkataan tersebut. Berhenti menggunakannya!

"Semua itu fitnah!" 

Kalau memang fitnah, semua orang pun tak kisah. Tapi bila sudah sah ia memang benar-benar berlaku, ayat ini menjadi satu ayat yang sangat menjengkelkan dan penggunanya hanya mencemarkan ayat tersebut sehinggakan orang lain yang memang benar-benar difitnah pun nampak bodoh bila menggunakannya.

"You know..." 

Anda tidak kisah bila artis seperti Fazura, Melissa Maureen atau Lisa Surihani menggunakannya kerana anda tahu mereka memang fasih berbahasa Inggeris. Namun begitu, "you know" menjadi sesuatu yang sangat menjengkelkan bila ia diucapkan oleh mereka yang cuba berpura-pura seperti mereka sangat cool. Golongan ini akan cuba menjawab soalan yang ditanya dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang agak mengarut, kemudiannya meletakkan perkataan "you know" merata-rata tempat.


*sumber dariapda yahoo Malaysia