Dunia Penuh Gosip - Hazama Dunia Penuh Gosip: Hazama - All Post
Memaparkan catatan dengan label Hazama. Papar semua catatan
PROTEGE Apex Tadjudin melakar kejayaan manis apabila muncul juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi. Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, yang juga protege kepada mentor Hazama menerima hadiah wang tunai RM100,000 tunai berserta trofi dan dua buah motosikal jenis Benelli RFS 150i.


Apex juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir serta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000 serta dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Apex yang berasal dari Terengganu menyampaikan lagu Merisik Khabar serta berduet dengan Hazama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu dan Langit dan Bumi. Tempat kedua menjadi milik Daus Husny yang menyampaikan lagu Apokalips dan berduet dengan Ernie Zakri menerusi lagu Kerana.

Peserta bernama sebenar Muhammad Firdaus Abdul Rafi, 20, dari Johor ini memenangi hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi. Aedy Kama yang menyampaikan lagu Sinar dan Lagu Untukmu dan berduet dengan Black menerusi lagu Seniman Menangis & Antara Hujan dan Air Mata pula menduduki tempat ketiga.

Aedy atau nama sebenarnya Muhammad Aidil Kamarulzaman, 22, membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi. Tempat keempat jatuh kepada Rika Riana atau nama sebenarnya Erika Rianty Anthony, 19, dan berjaya membawa pulang RM10,000 berserta trofi.


Pemarkahan protege pada musim ini ditentukan dengan 60 peratus persembahan daripada pihak juri dan 40 peratus undian awam. Undian dibuat menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/mentormilenia.

Mentor Milenia 2019 dibawa khas oleh penaja utama KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari dan penaja bersama, OPPO A9 2020. Pentas final membariskan juri profesional terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Altimet dan Faizal Tahir serta dihoskan Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty HotFM.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir dengan lagu Ragaman. Selain itu, Top 10 protege musim ini turut menyanyi medley lagu Rampas (nyanyian asal Akim & The Majistret) dan Sumpah (nyanyian asal Naim Daniel) dalam irama pop yeh yeh.






Tahniah diucapkan kepada pasangan penyanyi popular dan juga pemuzik terkenal iaitu Hazama dan Genervie akhirnya telah disatukan pada majlis perkahwinan yang berlangsung 15 Jan 2017. Bertempat di Orchard Villa @ Gombak majlis akad nikad dan juga persandingan diadakan pasa hari yang sama.


Hanya dengan sekali lafaz Genervie sah menjadi isteri kepada plantun lagu 'Di Amaran Mama' ini. Mereka telah menjalinkan cinta selama lebih kurang 3 tahun dan berhasrat lama untuk berkahwin. 


Kini semua telah menjadi nyata pada malam majlis resepsi tersebut turut memeriahkan majlis adalah rakan artis yang rapat. Antara artis yang hadir adalah Mawi, Zahid, Johan and Ozlyn, Farhan, Hafiz Suip dan ramai lagi.




Hazama yang masih sedang sibuk dengan persiapan untuk majlis Anugerah Juara Lagu yang akan berlangsung pada 22 Jan 2017 tak lama lagi. Juga akan mula sibuk dengan program Mentor Milenia yang telah mula sesi ujibakat sebelum ini. Moga Hazama terus bahagia dan kekal hingga akhir hayat dan juga mendapat cahaya mata dengan cepat.