Dunia Penuh Gosip - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Dunia Penuh Gosip: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara - All Post
Memaparkan catatan dengan label Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Papar semua catatan
Walaupun kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan ia tidak membataskan kita untuk terus menghidupkan seni dan juga kebudayaan negara. Bukan setakat mereka yang berada dalam bidang ini sahaja malah anda yang juga ada bakat yang kreatif serta bakat terpendam sebagai penari, penyanyi, berpantun, seni silat, mencipta lagu dan banyak lagi. Ini adalah peluang untuk manfaatkan bakat dan juga masa yang ada.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ingin mempelawa anda semua untuk bersama-sama menyertai pelbagai program  dalam bentuk pertandingan dalam talian bagi mengisi waktu-waktu mencabar anda semasa PKP ini.

Antara program yang anda boleh sertai adalah:

1. Jom Bercerita Dalam Talian 


2. Jom Belajar Seni Budaya Dalam Talian 


3. Cabaran Tarian ( Tarian Zapin, Tarian Kipas, Tarian Baratanatyam, Tarian Sabah dan Tarian Sarawak) 






4. Pertandingan Monolog  Dalam Talian 


5. Cabaran Pantun Duduk Dirumah 


6. Pertandingan Silat Seni (Solo) 


7. Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia 


8. Sayembara Puisi Moden (Sajak) Dalam Talian 


9. Pertandingan Cipta Lagu Raya


Tarikh penyertaan bermula dari 14 April hingga 22 April 2020 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 April 2020. HADIAH LUMAYAN menanti anda semua. Jadi tunggu apa lagi ini masanya untuk serlahkan bakat dan menjadi tular di alam maya. Mungkin anda yang kami cari.

Syarat penyertaan dan keterangan lanjut serta borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman web JKKN dan link Google Drive ini :