Dunia Penuh Gosip - Juara Dunia Penuh Gosip: Juara - All Post
Memaparkan catatan dengan label Juara. Papar semua catatan
Siapa sangka pernah tewas pada peringkat mingguan dan tidak layak untuk peringkat akhir. Namun rezeki tidak pernah salah alamat. Produk NACOTS iaitu peranti sensor DNA bagi mengesan virus dan kanser diberi peluang kedua untuk peringkat akhir. Tidak mensia-siakan peluang maka terus dinobat sebagai pemenang rancangan realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi, INNOVATHON musim pertama.



Inovasi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zainiharyati Mohd Zain, pensyarah kimia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dipilih daripada kalangan lapan finalis untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai hingga RM1 juta.

Naib juara pula menjadi milik PUTRA UAV 2.0, inovasi ‘Drone Frame Kit’ dengan serat gentian daun nanas yang dipimpin oleh Navaneetha Krishna a/l Chandran, membawa pulang wang tunai RM80,000 dan trofi; sementara tempat ketiga dianugerahkan kepada ‘Plastic-To-Fuel’, inovasi Mensilin Green Energy Sdn. Bhd. pimpinan Mohamad Ashraf Zulnizam dan Ahmad Luqman Mohamad Adan, bersama hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi.



Manakala tempat keempat menjadi milik ‘The Other Self’, inovasi jaket untuk penghantar makanan dilengkapi keperluan solat daripada Mohd Ehfan Ibrahim dan Aziq Fadzly Amir merangkul hadiah wang tunai RM10,000 bersama trofi; dan inovasi alat rehabilitasi pelbagai fungsi bagi pesakit lewat perkembangan motor kasar & halus, MAIDS5, oleh Kumpulan Rehab Charger dari Unit Perubatan Pemulihan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan menjadi pemenang tempat kelima dengan hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Tiga lagi inovasi yang beradu di final INNOVATHON adalah Herba Untuk Ternakan (herba tradisional & organik untuk pembesaran ternakan) oleh Ustaz H. Azmi Nor; M-Braille Typewriter (mesin taip Braille mekanikal kepada inovasi elektronik) daripada Muhammad Hafidzuddin; dan Floating Stretcher (pengusung sebagai alat bantuan menyelamat yang fleksibel, ringan dan serbaguna) oleh Kumpulan Captain Innovator dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia cawangan Slim River, Perak pimpinan Shahrizal Hussin.



Lapan finalis terpilih ke pentas akhir INNOVATHON secara ‘wildcard’ untuk mempersembahkan inovasi masing-masing kepada lima orang juri profesional iaitu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; selebriti dan usahawan, Fazura; serta dua orang pemain industri sebagai juri profesional jemputan - dengan Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani sebagai hos.

Di pentas akhir INNOVATHON, barisan juri professional menyumbang kepada 100 peratus keputusan disaksikan kira-kira 200 penonton di studio.









Nama Nadeera Zaini tidak asing lagi dalam dunia pertandingan nyanyian. Namun dari satu pertandingan ke satu pertandingan nama Nadeera tidak mampu bersaing untuk terus berada sebaris dengan penyanyi sewaktu dengannya. Adakah dengan gelaran juaran Big Stage 2023 ini mampu menaikkan semula nama Nadeera.



Nadeera telah dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023 pada hari Ahad lepas. Keputusan itu sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya Waode, Putera Muhammad, Hoondoo, Aufahanie dan Puteri Khareeza untuk bergelar juara.

Nadeera berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, sebuah single baharu beserta trofi sumbangan Astro. Hampir setiap minggu Nadeera mendapat markah yang tertinggi terutama daripada Komposer Ajai.



Tempat keempat menjadi milik peserta, Hoondoo manakala Aufahanie dan Puteri Khareeza menduduki tempat kelima dan keenam. Aufahanie juga membawa pulang Anugerah Persembahan Dominasi Terbaik pada minggu akhir tersebut.

Konsert akhir Big Stage 2023 yang dihoskan Elly Mazlien dan Rina Nose turut menampilkan Ajai dan Aina Abdul sebagai juri tetap untuk musim kali ini.

Ajai dan Aina Abdul turut ditemani Maestro terkenal, Datuk Ramli MS selaku juri jemputan dan Jihan Muse selaku Presiden Netizen.








Kalau tengok peda persembahan setiap minggu Srivijanda selalu menjadi juara minggu hanya satu minggu sahaja ditewaskan oleh Majakelat. Namun itu bukanlah penentu kepada kemengan pada malam akhir. Segalanya bergantung kepada undian pada malam itu. 



Rezeki tidak penah salah alamat dan tahniah kepada kumpulan Majakelat dinobatkan sebagai juara program Mega Spontan 2023 akhir yang ditayangkan pada malam tadi secara langsung di Astro Warna. 

Kumpulan ini terdiri daripada Joey Daud, Adlin Aman Ramli, Mamat Sepah, Sanjna Suri dan Oky Danial berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan kalungan emas.

Manakala naib juara bagi kumpulan Srivijanda mereka adalah terdiri daripada ahli kumpulan Mamak Puteh, Ropie, Fadli Masoot, Aya Amiruddin dan Apit Wan Lebo.



Pada malam akhit itu juga Joey Daud telah dipilih sebagai Man Of The Match sekali gus membawa pulang RM10,000. 

Berbeza daripada musim-musim sebelumnya, Mega Spontan 2023 kali ini mempertaruhkan kumpulan yang bersaing di atas pentas spontan dan dimana pada awal minggu terdiri dari empat kumpulan dua yang telah tersingkir iaitu Langkataksuka dan juga Campaktakjauh.








Akhirnya teka-teki pemilik suara di sebalik topeng The Masked Singer Malaysia musim ke 3 terjawab sepenuhnya malam ini. Pemilik suara disebalik topeng Betta Fish dipilih sebagai juara dan pemilik topeng itu adalah penyanyi Aida Jebat.



Pada konsert akhir program tersebut, Aida Jebat mendapat markah tertinggi daripada pihak juri menerusi persembahan dua buah lagu iaitu Titanium untuk nyanyia solo dan Salam Terakhir duet bersama Marsha Milan.

Kemenangan tersebut juga sekali gus meletakkan Nyok Muda di tempat kedua. Pemilik topeng ini adalah juga seorang penyanyi siapa lagi kalau bukan Syamel

Sementara itu, penyanyi yang kini menempah nama di Malaysia dan juga juara Big Stage Musim Kedua, Han Byul memakai kostum Pizza Panas diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Tempat keempat pula menjadi milik Mimi Fly yang memakai kostum Dewi Angsa dan kedudukan kelima dimiliki pemakai topeng Brokoli, iaitu seorang penyanyi terkenal Hael Husaini.

Selain itu, lebih menarik apabila kesemua peserta pada malam tersebut diteka dengan betul oleh semua juri. Pada konsert akhir program tersebut, seramai 5 peserta yang membuat persembahan iaitu Beta Fish, Nyoq Muda, Brokoli serta dua lagi peserta iaitu Dewi Angsa dan Pizza Panas adalah pemilik Heal Husaini.

Terdahulu, sebanyak 9 peserta yang telah tersingkir dan didedahkan identitinya pada minggu sebelum ini terdiri daripada Datuk Leong Mun Yee (Lollipop), Dato Malek Noor (Abang Burger), Liza Abdullah (Kurita) dan Dato' Jalaluddin Hassan (Manggis). Selain itu, Norman Hakim (Zirafah), Amsyar Lee (Si Tangkis), Ajai (Mr Parrot), Zizi Kirana (Bertih Jagung) dan peserta terakhir tersingkir ialah Idayu AF (Mawar Berduri).








Malam ini juga adalah pentas akhir Famili Duo Musim Ke-2. Ia berlansung secara langsung di TV3. 4 pasangan famili duo yang berjaya ke peringkat akhir ialah Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Naim Daniel & Sissy Imann, Bella Astillah & Wani Kayrie serta Ayda Jebat & Fyna Jebat.



Namun tuah milik pasangan pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo Musim ke 2. Pasangan adik beradik anak kepada lagenda Dato' Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM100,000. 

Pada malam akhir semua pasangan peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu tema pusingan pertama lagu Juara Lagu dan manakala persembahan pusingan kedua bertemakan Bebas. Pasangan pemenang membawakan dua lagu iaitu Pelukan Angkasa (SOG ft shila Amzah) dan Hutang (Floor88) & Bunga (Altimet) untuk persembahan pusingan kedua.

Famili Duo musim ke 2 diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Manakala juri tetap masih kekal Ajai dan juga mummy Mas Idayu. Format malam akhir peserta akan diadili sebanyak 80% markah oleh juri tetap dan 20% markah lagi dari undian peminat. Tahniah kepada pasangan adik beradik yang makin meningkat nama ini dan diharap terus meraih populariti selepas ini dah berjaya menghasilkan lagu seperti mana kehebatan ayah mereka juga.








Jaclyn Victor menepati ramalan apabila mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir untuk muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan percutian ke Paris.



Jaclyn mendendangkan lagu It's All Coming Back to Me Now nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru dalam pusingan rap bersama kumpulan V.E. Jaclyn sebelum ini menjuarai empat episod pertandingan tersebut sepanjang 10 minggu lalu.

Di tempat kedua pula adalah milik Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai RM80,000, manakala Shila Amzah membawa pulang RM30,000 di tempat ketiga.



Penyanyi versatil, Tomok memenangi tempat keempat dengan wang tunai RM20,000, disusuli kumpulan V.E. di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000. Bintang Singapura, Hazrul Nizam meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang RM10,000.

Malam akhir Gegar Vaganza 9 diadili oleh 4 juri di mana 3 juri tetap iaitu Dato' Ramli M.S, Bonda Hettykus Endang dan Dato' Syafinaz. Manakala seorang juri jemputan khas pada malam itu adalah Eddry KRU. Tahniah buat semua pemenang dan moga terus sukses dalam dunia seni tanah air. 







Kerja keras menampilkan persembahan kreatif selama lapan minggu membuahkan hasil buat penyanyi senior, Rahmad Mega apabila dinobatkan sebagai juara program Terpaling Juara yang menutup tirainya, baru-baru ini. Kemenangan itu menyaksikan Rahmad membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.



Pada persaingan akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Rahmad membawakan lagu Ku Akui, nyanyian asal Hafiz dan berduet dengan kaptennya, Hael Hussaini menerusi lagu Di Penjara Janji. Rahmad meluahkan rasa syukur dan gembira atas kemenangannya itu.

Tempat kedua pula menjadi milik Aqmal Ramdan yang pulang dengan wang tunai RM50,000 berserta trofi. Manakala Tempat ketiga dirangkul Hazami yang meraih wang tunai RM30,000, manakala Shaz Shaharum terpaksa berpuas hati pada kedudukan tempat keempat dengan menerima RM10,000 berserta trofi.

Pentas akhir Terpaling Juara diserikan dengan kemunculan istimewa, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku juri jemputan. Siti turut membuat persembahan dengan mendendangkan lagu Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis secara medley. Tahniah kepada semua juara.







Selepas enam minggu beraksi dan mempelajari teknik-teknik lakonan, kini FIT FOR ACTION telah melabuhkan tirainya pada 9 Oktober 2022 yang bersiaran dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3.



FIT FOR ACTION, program pertandingan realiti baharu yang berkonsepkan cabaran lakon – layar dan fizikal untuk mencari pelakon lelaki dan pelakon wanita versatil Malaysia telah mengumumkan Muaz dan Raden sebagai juara manakala Marc Syammie dan Lisa sebagai naib juara.

Juara FIT FOR ACTION telah memenangi kontrak tawaran berlakon di saluran Media Prima beserta trofi. Naib juara juga membawa pulang trofi.

Sepanjang dua bulan, tunjuk ajar daripada pengarah terkemuka iaitu Datuk Yusof Haslam, Aziz.M.Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty telah melengkapkan 12 peserta untuk melebarkan sayap mereka ke industri seni lakonan. Para peserta juga diuji dengan cabaran fizikal oleh Nana Al Khaled. Selain itu,

Mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman berlakon di samping pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Sharifah Rose dan Gambit Saifullah.

Juara bersama FIT FOR ACTION, Muaz 25 tahun berasal di Selangor menyatakan bahawa kejayaan ini adalah sesuatu yang tak diduga kerana beliau tidak mempunyai apa-apa pengalaman berlakon sebelum
ini. Tahniah kepada juara. 









Kumpulan Ubi menepati ramalan ramai apabila diumumkan juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini malam tadi. Ubi yang dianggotai pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang bagi edisi kali ini.



Menerusi persembahan final, Ubi mendapat pujian hebat daripada juri tetap iaitu Najip Ali yang menyifatkan lawak mereka kreatif dan sungguh luar biasa. Kemenangan tersebut melayakkan Ubi pulang dengan hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir diumumkan sebagai naib juara dan menggondol wang tunai sebanyak RM75,000. Shiha yang juga pelakon dan penyanyi popular dan kali kedua menyertai MLS turut menerima gelaran Superstar Paling Gempak untuk edisi kali ini.



Tempat ketiga pula menjadi milik Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman. Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi wang tunai RM50,000.

Kumpulan OOD yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid pula sekadar menduduki tempat keempat dengan membawa pulang RM25,000.

Finalis MLS3 diadili 75 peratus oleh juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip, manakala 25 peratus lagi undian daripada penonton awam.








Peserta kelahiran Sabah, Tracie, 21 dinobatkan juara pertandingan Dewi Remaja 2022 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Kemenangan itu menyaksikan Tracie atau nama sebenarnya Tracie Sinidol berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 serta trofi.



Tempat kedua pula menjadi milik Bee Aishah manakala tempat ketiga  dimenangi Kimberly, diikuti Alyssa di tempat keempat. Pada majlis itu, Alyssa turut dipilih sebagai Dewi Aktif manakala Tracie memenangi kategori Dewi Favourite menerusi hasil undian peminat di laman web rasmi Remaja. Dalam masa sama, Dewi Inspirasi pula menjadi milik Keeran.

Pada malam kemuncak itu, kesemua sepuluh finalis diberi cabaran untuk menghuraikan perkataan yang diberi secara rawak. Bagaimanapun pada pusingan pertama hanya empat peserta yang layak iaitu Tracie, Bee, Kimberly dan Alyssa. Pusingan itu turut menyaksikan enam finalis lain tersungkur iaitu Rasyiqah, Janani, Auni, Dina, Hyeley dan Zafira.

Pada pusingan kedua, keempat finalis diberi soalan kritis secara spontan daripada barisan juri. Kesemua finalis diadili barisan juri terkenal seperti Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah dan Didie Alias.





Sebelum ini penyanyi popular dengan lagu Memori Tercipta telah mendapat gelaran Juara Lagu dalam malam akhir Anugerah Juara Lagu ke 36 menerusi lagu Pelukkan Angkasa featuring dengan SOG. Kini kemenangan berganda kepada penyanyi ini apabila dinobatkan pula sebagai juara program The Masked Singer Malaysia Musim Kedua yang bersiaran pada malam Jumaat 31 April lepas. 



Shila yang memperkenakan kostum Rambutan membuat persembahan pada malam akhir dengan dua buah lagu pilihan iaitu Bujang Senang dan Hurt. Berjaya menambat barisan sembilan juri tetap pada malam itu dan mendapat markah paling tinggi. Shila menerima trofi berona emas yang berjaya dibawa pulang pada malam akhir tersebut.

Sementara itu pula ditempat kedua milik juara program Akademi Fantasia 2016 iaitu Amir Masdi yang memperkenakan kostum Seladang. Manakala penyanyi bersuara lunak pulak Liza Hanim yang memakai kostum Orkid hanya berjaya ditempat ketiga pada malam akhir.



Pelakon Hana Delisa yang memakai kostum Burung Hantu berada di tempat keempat dan juga Ara Johari yang memakai kostum Ratu Semut berada ditempat kelima. 

Seramai 14 orang peserta yang bertarung sepanjang 10 minggu pertandingan ini dirakamkan dan setiap minggu seorang peserta disingkirkan dan didedahkan identiti mereka. Ia adalah sebuah program yang diadaptasi daripada Korea dan begitu popular dibeberapa buah negara seperti Amerika Syarika, Thailand, China dan banyak lagi.









Walaupun pernah berada di bottom three dan hampir tersingkit kerana persembahan yang kurang memuaskan tidak mematahkan semangat peserta Elica Paujin untuk terus menyerlah di minggu akhir Big Stage 2022 yang berlangsung semalam.



Beliau berjaya menewaskan saingan terdekatnya menerusi dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan duet bersama Hael Husaini membawakan lagu Believer, berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Sementara itu, Danial Chuer yang memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi. Manakala Aisha Retno yang sering dapat pujian dan persembahan memukau sehinggakan mendapat standing ovation dari juri tetap hanya mampu menduduki tempat ketiga sahaja.



Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi. Bagi Yazmin Aziz dan Tegar Septian masing-masing di tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong kerana turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

‘Finale’ Big Stage 2022 telah diadili oleh dua juri tetap terdiri daripada Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai serta juri juara, Aliff Aziz. Manakala, penyanyi bersuara emas yang turut membuat persembahan bersama Siti, Aina Abdul  dijemput menjadi juri jemputan. Selain itu, Dato Sri Vida yang menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Netizen telah ditemani oleh Elly Mazlein sebagai Juri Pedas.

Carta markah penuh peringkat Akhir Big Stage 2022 daripada semua enam juri dan juga 30% daripada undian dari penonton di rumah.

1) Elica Pauji – 78.93%
2) Danial Chuer – 72.62%
3) Aisha Retno – 71.04%
4) Yazmin – 59.35%
5) Tegar Septian – 59.13%







Persembahan mantap pada pentas akhir membuatkan Aliff Aziz memperolehi markah terginggi iaitu 83.06% daripada keempat-empat juri profesional. Ini juga disokong oleh persembahan yang konsisten sepanjang minggu melayakkan penyanyi itu dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya yang berlangsung malam Ahad lepad.



Aliff mengetepikan saingan hebat lain seperti Nikki Palikat, Adibah Nor, Suki Low, Azan Scan dan Aweera pada malam yang membawa tema Akhirnya Kini Pasti itu. Kemenangan ini membolehkan penyanyi kelahiran Singapura itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Manakala naib juara pula disandang Nikki, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Ramai peminat meramalkan bahawa Suki Low boleh juara terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.



Sementara itu, berada di tangga keempat, kelima dan keenam milik Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Namun Aweera tetap pulang bergaya apabila menerima dua lagi anugerah pilihan penonton pada malam akhir iaitu Anugerah Betul-Betul Luar Biasa DiGi dan juga Bintang Cuckoo Paling Gempak.  

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri daripada Ramli MS, Hetty Koes Endang, Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow. Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Persembahan akhir semua peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu satu persembahan medley dan juga persembahan battle dengan peserta yang telah digandingkan.

Tahniah kepada semua pemenang anda memang hebat dan layak untuk terus berada di dalam dunia seni tanah air dan menyinar selepas ini menjadi sebutir bintang berharga. Terus usaha dan gilap bakat yang ada dalam diri anda semua anda semua hebat. 








Program realiti yang diilhamkan oleh Kumpulan Sepahtu selepas melihat banyak ahli mereka yang makin berkurangan dan silih berganti. Diikuti pula dengan Shuib yang sekarang lebih fokus kepada business dan keluarga, telah terilhamnya program ini dilancarkan pada tahun lepas. Setelah 8 minggu semua 12 peserta solo dan berkumpulan bersaing setiap minggu bagi mendapatkan gelaran juara kini minggu akhir telah berlangung pada hari Khamis yang lalu.



Kumpulan ARTEH telah dinobatkan sebagai juara sulung bagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021. Arteh telah mengalahkan 4 finalis lain dimana Gahai muncul sebagai naib juara, diikuti tempat ketiga, keempat dan kelima ialah kumpulan San, Takal dan Jonet.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi, diikuti naib juara dengan jumlah hadiah sebanyak RM15,000 juga beserta trofi. Untuk tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing dengan hadiah RM9000, RM6000 dan RM3000 ribu beserta trofi.

Kumpulan ARTEH


Pentas akhir para peserta telah ditugaskan untuk membuat 2 persembahan dihadapan juri dengan 2 tugasan iaitu bebas dan muzikal. Malam itu juga, mereka bukan diadili oleh ahli kumpulan Sepahtu, Jep, Rahim dan Pakya tetapi daripada 2 juri jemputan iaitu Datin Lisa Surihani dan juga anggota Sepahtu yang hilang, Shuib.
 
Seperti yang diumumkan sebelum ini, pemenang program MSYH2021 ini bukan sahaja mencari juara tetapi mencari individu bagi mengisi kekosongan Shuib dalam program Sepahtu Reunion 2022 nanti.



Jadi pada malam itu, Dewa daripada kumpulan Arteh telah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas sekali gus akan terus bersama Sepahtu dalam 10 episod Sepahtu Reunion musim baru yang bakal membuka tirai pada 27 Januari ini. Tahniah kepada semua pemenang. 







Program realiti Lagu Cinta Kita yang telah masuk musim ketiga telah melabuhkan tirai akhirnya dengan kejuaraan milik gandingan hebat Syafeek & Zazo. Mereka membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM 50,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutri Skincare & Nivea.  



Manakala naib juara pula milik pasangan Hariz & Wanie yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan juga barangan hamper tajaan Flavettes Nutri Skincare & Nivea. Mereka juga memenangi Flavettes Glamz Couple Award dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasangan Pasya & Puteri yang membawa pulang hadiah wang tunai  RM 20,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutri Skincare & Nivea.  

Sementara itu, Achik & Maria pemenang tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutri Skincare & Nivea. Tahniah kepada semua peserta yang juga telah dijurikan oleh Ajai dan Mas Idayu selaku juri tetap. 



Pada konsert akhir tersebut, kesemua peserta mempersembahkan dua buah lagu, 'cover' dan baharu yang bertemakan "Lagu Cinta Kita".  Ini merupakan kali pertama para finalis program ini memiliki sebuah single dan ia sudah mula diperdengarkan di radio HotFM pada minggu ini. Video muzik bagi keempat-empat lagu ini dapat disaksikan di Youtube TV3Malaysia Official mulai hari ini.







Gabungan tiga orang dalam kumpulan Tiro Syarif, Syaiful dan Daniel menjadikan kumpulan ini berjaya bergelar juara MLM 2021 yang telah berlangsung pada malam Jumaat yang lalu. Ini sekali gus mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM500,000.00 dan juga trofi kemenangan pada malam akhir tersebut. Kumpulan ini juga berjaya menewaskan empat lagi kumpulan lain iaitu Puteh yang berjaya ditempat kedua, Boro di tempat ketiga dan juga Bahye dan Tobat berada di tempat keempat dan kelima.



Malah, MLM 2021 musim ini menampilkan sedikit kelainan dengan mewujudkan ‘Sang Bara’ iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad yang menjurikan peserta secara misteri sebelum didedahkan identitinya malam akhir tersebut. Juga turut dijurikan oleh juri tetap iaitu Dato Rosyam Noor, Dania Daniel, Noh Hujan dan Uqasha Senrose. 

Kumpulan Tiro berjaya mendapat lima HA untuk persembahan pertama yang bertemakan bebas dan juga lima HA lagi untuk persembahan kedua untuk tema Muzikal. Maharaja Lawak Mega 2021 telah berlangsung selama 10 minggu dengan disertai oleh 11 barisan peserta yang terdiri daripada gabungan pelawak terkenal tanah air.



Setiap minggu peserta ditugaskan untuk menyampaikan sebuah sketsa lawak dan mereka akan diadili oleh orang ramai iaitu melalui undian online sebanyak 30%, manakala 70% lagi adalah daripada markah juri tetap. Tahniah kepada semua pelawak tanahair dan diharap akan ada pelapis pelawak seperti ini selepas ini kerana sekarang tengan berlangsung di Astro program Mencari Sepahtu Yang Hilang iaitu program realiti mencari pelawak pelapis. Boleh ditonton setiap minggu pada hari Khamis di Astro Warna jam 9.00 malam. 









Satu program mencari bakat baru yang telah membuat fenomena di hampir 25 buah negara seluruh dunia iaitu All Together Now Malaysia (ATNM) telah melabuhkan tirainya pada hari munggu lalu. Seramai 18 orang peserta yang dipilih dari setiap minggu bersaing pada malam akhir ini. Hanya seorang sahaja pemenang yang membawa pulang wang tunai RM50,000.



Tahniah diucapkan kepada Idris Brown yang satu-satunya peserta membuat persembahan soprano lain daripada peserta lain pada malam akhir menambat hati 50 orang juri pada malam itu. Mempersembahkan dua buah lagu dan kedua-dua persembahan beliau mendapat markah penuh 100% dan melayakkan beliau untuk begelar juara.

Program ini lain daripada program realiti sebelum ini yang perlu undian dari penonton dan juga juri. ATNM adalah seratus peratus ditentukan oleh lima puluh orang juri yang telah dipilih dan disaring. Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang seperti penyanyi, komposer, pelakon, pelawak, influancer, youtuber, penyampai radio dan banyak lagi. Dua peserta dengan markah paling tinggi setiap minggu dari pemilihan juri akan layak untuk ke peringkat akhir. 

Tahniah kepada pemenang dan juga 17 lagi peserta akhir ATNM yang mampu menunjukkan bakat dan terserlah. Ia di tayangkan di Astro Ria setiap minggu dengan hampir daripada 200 orang perserta menunjukkan bakat mereka sepanjang 9 minggu ia berlangsung. Program ini sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi hangat apabila ia ditayangkan dalam masa negara tengah menjalani PKP sepenuhnya dan terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan sehingga ia ditayangkan semula selepas negara mencapai tahap vaksinasi penuh yang ditentukan oleh kerajaan.








Tahniah jejaka berusia 23 tahun itu dinobatkan sebagai juara program realiti Hero Remaja yang berlangsung dalam norma baharu di waktu negara dilanda pandemik. Mierul Aiman menewaskan tiga lagi pencabar terdekat beliau pada malam akhir program tersebut yang disiarkan di Astro Ria hari sabtu lepas.



Selaku juara beliau membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. Kini hasrat beliau untuk mengembangkan bakat dalam dunia lakonan semakin hampir setelah menggalas gelaran tersebut. Pada malam akhir program Hero Remaja semua peserta akhir di adili oleh juri tetap Datuk Rosyam Noor dan Scha Al Yahya



Naib juara pula dimiliki oleh Aqil 22 tahun manakala tempat ketiga dimenangi oleh Fazziq 21 tahun dan manakala Syazani 19 tahun dipilih sebagai Hero Favorite. Gelaran Hero Inspirasi diberikan juga kepada Aqil. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga ini menjadi batu loncatan untuk anda maju dan berjaya dalam dunia seni seperti mana bekas peserta Hero Remaja terdahulu.






Siapa sangka lagu yang asyik sebut perkataan Gila berulang kali mampu dinobatkan lagu terbaik di Malaysia. Mungkin lepas ni akan ada pula lagu nyanyuk, bongok, bahalul dan macam-macam lagi lah bahasa yang kasar. Kalau aku cakap macam ni memang cepatlah netizen akan kecam aku hehehe. Tapi hakikatnya macam tu kalau tengok trend 2 ke 3 tahun kebelakangan ni lagu dengan tajuk Jampi, Haram, Sumpah dan kini Gila di nobatkan sebagai juara.



Tapi apa pun tahniah diucapkan kepada kompose muda dan juga yang berani membawa lagu dengan tatabahasa dan juga muzik seperti ini sehingga berjaya dinobatkan juara. Itu dinamakan revolusi dalam industri muzik kita makin terbuka dan di terima yang penting karya seni meluas. Malam tadi lagu Gila ciptaan Noki, Loca B, dan Ezra Kong nyanyian Kaka Azraff, Noki, dan Loca B muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Naib juara pula milik lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan nyanyian, Aina Abdul. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.



Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jama Abdillah dan Wany Hasrita. Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Manakala akhirnya Erni Zakri berjaya juga membawa pulang Juara Vokal Terbaik sekali lagi tahun ini melalui lontaran mantap dan hebat melalui Gundah. Serta persembahan putri Jawa daripada Zizi Kirana menobatkan beliau untuk menerima Juara Persembahan Terbaik pilihan penonton. 



Apa pun pada yang layak ker AJL guna peluang yang ada sebaiknya dan jangan disia-siakan kerana peluang kedua tak akan datang selalu. Jangan cari alasan nerves dan pertama kali beraksi untuk anda terus bukan sahaja gugup malah hancur lagu tu dibuatnya. Apa pun sekali lagi AJL 35 dengan norma baharu terbaik dan menjadi lipatan sejarah industri muzik tanah air.









Keserasian dalam persembahan yang penuh mantap yang dicipta memberi kelebihan kepada pasangan Khareez dan Nadeera untuk dinobatkan sebagai juara program realiti, Lagu Cinta Kita Dua (LCK2) pada malam kemuncak yang dipancarkan secara langsung dari Studio Glenmarie, di sini, malam ini.



Kemenangan itu membolehkan pasangan berkenaan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM50,000, memiliki single lagu duet dan video muzik.

Manakala tempat kedua menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM30,000 dimenangi oleh pasangan Syafiq dan Serra, manakala Iss dan Mya hanya berpuas hati pada tempat ketiga, sekali gus meraih hadiah berjumlah RM20,000.

Sementara itu, tempat keempat dan kelima dimenangi pasangan Kael dan Evie dan Adly serta Darling dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000 dan RM10,000.

Pemarkahan setiap peserta ditentukan dengan 70 peratus daripada barisan juri profesional iaitu Ajai, Mas Idayu dan Hael Husaini, manakala 30 peratus lagi jumlah undian dalam talian menerusi laman rasmi LCK2.

Penyanyi, Dayang Nurfaizah dan Zizi Kirana menyerikan malam akhir LCK2, manakala Rozita Che Wan berkongsi pandangan mengenai topik percintaan dan jarak umur dalam segmen Panel Cinta.

LCK2 dikendalikan Azwan Ali dan Elly Mazlein sebagai hos adalah program realiti nyanyian dan mencari jodoh untuk peserta yang bujang dan belum mempunyai pasangan hidup.