Memaparkan catatan dengan label Kahwin. Papar semua catatan
Bila cuti sekolah jer mesti ramai yang cadang untuk buat majlis perkahwinan tidak ketinggalan artis popular tempatan yang juga memilih waktu cuti sekolah. Bulan September ini ramai juga artis menamatkan zaman bujang mereka dengan pilihan masing-masing. Pulak tu artis yang kadang2 kita tak tahu bercinta dan tiba2 tup tup dah buat conference pengumuman perkahwinan. Ada 3 artis popular tamatkan zaman bujang bulan September ini.

Farah Fauzana


Sapa tak kenal kak Fafau ini yang sebelum ini telah banyak digosipkan dengan lelaki-lelaki diluar sana. Pada usia yang hampir nak cecah 40 ni Fafau akhirnya telah buat majlis pengumuman mengejutkan untuk berkahwin pada September ini. 


Memilih tarikh 17 September sebagai majlis paling bermakna beliau tapi masih juga tidak memperkenalkan bakal suaminya pada umum. Katanya seorang ahli perniagaan dan tak pernah dengar pulak Fafau bercinta tup tup nak kahwin. Tapi kami doakan Farah bahagia selamanya.

Saharul Ridzwan


Seorang lagi artis tampan kegilaan ramai ini juga membuat kejutan tiba-tiba buat majlis pengumuman untuk menamatkan zaman bujang pada 16 September ini juga. Bakal berkahwin dengan kekasih yang telah di cintai selama 4 tahun iaitu Qaabila Deena.


Beliau juga tidak memperkenalkan bakal isterinya itu pada majlis pengumuman tersebut dan ramai masih bertanda tanya. Bertuahnya sapa dapat jejak hensem ini mesti seronok lah hidup meranalah ramai gadis-gadis kat luar sana lepas ni.

Nazim Othman


Juga bakal tamatkan zaman bujang pada September ini adalah pelakon Nazim Othman. Beliau yang bercinta dengan kekasihnya Bella Dally sebelum ini merahsiakan majlis pertunangan mereka. Begitu juga dengan perkahwinan ini dirahsiakan sehingga beliau buat pengumuman didalam program Melodi tentang kebenaran ini.


Tahniah kalau bercinta lama2 pun tak bagus kahwin jer dan tarikh 10 September menjadi hari bahagia mereka. Walaupun masih sibuk dengan lakonan Nazim serahkan semua persediaan kepada pihak keluarga. Selamat pengantin baru moga bahagia selamanya.






Bukan mencari salah atau membuka keaiban org tapi untuk membetulkan keadaan. Jika terus menyalahkan org lain adalah tidak baik tapi harus kita membetulkan diri sendiri lagi bagus. Gesaan ini di tujukan kepada pasangan sah Ramli MS dan Alyah atas isu berhubung perkahwinan mereka. Mungkin sebelum ini ada artis muda yg juga merahsiakan perkahwinan mereka sehinggakan akhirnya terbongkar secara tidak sihat akan memalukan.


Itu yg harus di elakan tapi perkara dah jadi. Datuk Ramli MS harus ambil masa yang sesuai untuk mereka bertemu dengan pihak media dan menceritakan sebenar tentang perkahwinan mereka. Jika tidak mahu buat majli besar-besaran cukup sekadar bertemu dengan media yg beliau berdua selesa. Ini akan meredakan masalah yg mereka hadapi sekarang.

Datuk Ramli MS dan Alyah telah matang dan dewasa dalam menentukan arah hidup mereka, tapi sebagai selebriti dan juga public figure kepada masyarakat mereka harus tampil dalam menjelaskan perkara yg telah menjadi isu sekarang ini. Jgn biarkan ia menjadi lebih besar hadapi kenyataan dan teruskan kehidupan. Kami rakyat Malaysia suka artis yg berkahwin dan mendoakan kebahagiaan pasang Ramli MS dan Alyah sehingga ke Jannah.

Sebelum ini kecoh tentang isu kediaman Datuk Ramli MS di serbu JAIS kononnya atas aduan bersekedudukan dengan seorang artis wanita. Setelah itu Datuk Ramli MS membuat kenyataan kepada JAIS bahawa mereka telah berkahwin secara sah di Batam Indonesia setahun. Kini kes masih dalam siasatan lanjut oleh pihak berwajib.






Mari kita sama saksikan detik indah majlis perkahwinan artis yang hebat2 dan meletop sepanjang tahun 2013. Moga tahun akan dtg lebih ramai artis melangsungkan perkahwinan dengan meriah dan jayanya.

1) Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Perkahwinan "wedding of the year" tahun ini jatuh kepada pasangan mempelai yg memang meletop. Mendapat tajaan 13juta menjadikan ia adalah majlis perkahwinan celebriti paling mahal di Malaysia. Kini pasangan ini sedang berbulan madu di paris dengan bahagianya. Moga perkahwinan ini terus berkekalan sehingga Jannah walaupun jarak usia 11 tahun bukan penghalang kebahagian mereka.

2) Jovian Mendagi dan Nina Sabri

Perkahwinan golongan elit ni adalah perkahwinan yg mendapat liputan meriah daripada media2 tempatan. Jovian merupakan pereka fesyen yg berjaya di Malaysia manakala Nina adalah anak kepada menteri di Malaysia menjadikan perkahwinan kerabat yg bergaya 2013. Percintaan selama lebih dari 2 tahun menyatukan mereka di Istana Lama dengan berwalikan sendiri ayah Nina Sabri iaitu Datuk Sabri Ismail. Kini sedang berbulan madu di Instanbul dan Rome.

3) Fizo Omar dan Mawar

Pernyatuan dua org businessman dan businesswomen ini menjadikan mereka pasangan yg paling sibuk dalam persiapan perkahwinan. Hubungan business pada awalnya menjadikan mereka lebih akrab sehingga kejingjang pelamin. Lamaran Fizo Omar paling dramatik sekali apabila ia di rakamkan secara langsung di dalam sebuah panggung wayang memang hebat lah Fizo Omar.

4) Aril Pilus dan Puteri Erma

Bekas pelajar AF 7 ini diam tak diam rupanya telah bercinta dengan seorang pramugari Qatar Airway Puteri. Telah menamatkan zaman bujang mereka pada 20 Disember 2013 di kediaman Puteri Erma di Kota Baharu Kelantan. Mereka ini pandai menyimpan kisah cinta mereka dan akhiri dengan perkahwinan yang mengejutkan. Tahniah buat Aril dan Puteri Erma moga bahagia hingga ke Jannah.

5) Black dan Naquira Yasira

Black juga telah menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini bersama gasid pilihan hati. Di timpa belbagai gosip dan controversi majlis perkahwinannya dimana Black di katakan di tipu oleh Perancang perkahwinannya akhirnya berjaya juga melangsungkan perkahwinan dengan jayanya. Moga pasangan ini terus kekal hingga ke Jannah dan mendapat cahaya mata yang ramai.

6) Fathudin Mazlan dan Liyana Jasmay

Pasangan sama comel dan sama padan ini memang secocok dan mcm pinang di belah dua. Mereka yg duduk berjiran ini mula menyulam kasih beberapa bulan selepas berkenalan. Mengakhiri zaman bujang pada bulan Februari 2013 dengan konsep simple tetapi mewah. Kini Liyana Jasmay telah mengandung anak pertama mereka moga bahagia sehingga Jannah.

7) Adam dan Fiza Elite 

Pasang yg sama padan ini memang cukup secocok dalam perkahwinan mereka yg simple dan meriah. Tiada langsung gosip perhubungan mereka di hebatkan malah mereka tidak pernah di gosipkan bercinta tetapi akhir menamat zaman bujang dengan berkahwin. Fiza ibu kepada dua anak menjadi pilihan Adam setelah 2 bulan bekenalan walaupun singkat tetapi mereka yakin dengan jodoh di tangan tuhan.

8) Beego dan Linda Hashim

Lagi pasangan artis kawin artis ini lah dia di katakan jodoh, pasangan Beego dan Linda Hashim telah di ijab kabulkan pada bulan Jun 2013. Beego yg pernah kecewa dengan perkahwinan pertamanya dan kini tidak putus asa untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Beego juga selalu di apit dengan gosip ditangkap khalwat masih tetap melangsungkan perkahwinan walaupun kes masih dalam siasatan. Isteri tercinta juga tengah sarat mengadung cahaya mata pertama mereka moga bahadia hingga ke Jannah.

9) Izu Islam dan Awin Nurin

Izu Islam memilih pengurus sendiri untuk mendirikan rumah tangga walaupun perbezaan usia yg agak jauh antara mereka. Tetapi jodoh di tangan tuhan itulah kuasanya dan mereka telah selamat di ijab kabulkan pada Jun 2013 juga. Perkahwinan yg juga dikatakan tergempak antara mereka ini mengejutkan byk anak gadis yg menggilai jejaka tampan ini. Izu Islam penyanyi kumpulan Fourteen ini tidak kisah berkahwin muda dan bersedia menjadi suami dan bapa kepada anak2 yg bakal di lahirkan. Moga mereka juga bahagia sehingga ke Jannah.

10) Zahid AF dan Sarah

Percintaan pertama beliau bersama dengan artis juga penyanyi dan juga rakan kongsi mereka sebelum ini tidak sampai ke jinjang pelamin. Tetapi tidak peernah kecewa menjadikan Sarah peminat di dalam Facebook beliau sebagai calon isteri. Telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun 2013 juga Zahid dan Sarah di ijab kabulkan di Teluk Intan Perak. Memilih berbulan madu di Cameron Higland dan cukup sama padan pasangan ini moga hingga ke Jannah.








Minggu ni seperti satu festa meraikan perkahwinan antara pasangan artis. Mungkin juga sebab hujung thun menjadi tarikh pilihan selebriti tanah air untuk menamatkan zaman bujang. Begitu juga pasangan hebat yg menjadi liputan utama media sekarang iaitu Zain dan Che Ta. Penajaan paling pasangan artis paling tinggi setakat ini iaitu 13juta sapa tak banggakan hehehe.


Kebetulan pula pada tarikh yg sama perkahwinan antara pasangan fesyen designer dan juga anak kepada menteri Dato Ismail Sabri Yaacob. Jovian Mandagie dan juga anak dara Nina Sabrina. Mereka juga antara pasangan yg mendapat liputan hebat kerana pasangan selebriti yg popular.

Tgk majlis berinai pun dah grand Che Ta apa lagi kalau majlis bernikah dan bersandingkan kena pada tarikh 11/12/13 pilihan mereka memang sesuai. Wedding of The Year ker perkahwinan Che Ta dan Zain. Tapi kita doakan kebahagiaan mereka kekal ke akhirnya kerana itu ketentuan mereka tidak perlu kita jelous.


Pernikah Jovian dan Nina pula telah berlangsung di Masjid Istana Lama yg mana Jovian telah di nikahkan sendiri oleh Ismail Sabri sendiri sebagai wali. Memang untuk Jovian dan Nina sama padan dan sama cocok. Moga mereka juga kekal abadi sehingga akhir hayat dan dpt zuriat anak2 yang comel2 dan cantik mcm mereka.







Dasyat apabila majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti 2013 apabila telah mendapat tajaan perkahwinan sebanyak RM13 juta. Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ,40, dia mengganggap segala tajaan untuk hari bahagia itu nanti adalah sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan bakal suami Zain Saidin, 29. "Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya," Katanya kepada Harian Metro. 
 

Jelas Che Ta lagi, dia tidak mahu ramai pihak salah pihak yang mana segala urusan penajaan bukanlah diminta olehnya tetapi penaja terbabit yang mencarinya dan menawarkan kesudian untuk menaja. "Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu."

Antara penaja terbesar perkahwinan pasangan ini ialah barang kemas Habib Jewels iaitu sebanyak RM10 juta selain 27 penaja lain seperti Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photograpy, Manggis Production, Kad Lestari dan Seri Catering. Sementara itu, pasangan ini menafikan dakwaan yang mengatakan mereka telah berhutang dengan pihak bank yang mana sebaliknya segala persiapan barang hantaran seperti cincin nikah dan kahwin adalah hasil duit mereka sendiri.

Rozita bakal menerima wang hantaran daripada Zain bernilai RM23 ribu yang merupakan simbolik kepada tarikh lahir Zain selain mas kahwin sebanyak RM9,300 yang turut sempena tarikh lahir Che Ta berserta sebentuk cincin kahwin dianggar RM93 ribu. Pasangan ini akan bernikah 11 Disember depan di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat maghrib dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria saluran 104 bagi majlis akad nikah dan persandingan nanti.

Pasangan ini yang seperti pinang dibelah dua ini juga sudah berkira-kira untuk bercuti selama 19 hari selepas majlis persandingan dan memilih mengelilingi Eropah seperti Rom, Milan, Venice, Frankfurt, Amsterdam untuk menikmati saat bulan madu.


 *Berita daripada Yahoo Malaysia







Itulah ucapan yg harus keluar dari mulut kita apabila pasangan yg telah membuat pengakuat terhadap perkahwinan mereka secara sah. Tak perlu nak di was-was kan lagi dan tak perlu nak syak apa2 lagi tuan punya mulut dah menyatakan bahawa mereka telah begelar suami isteri hampir 2 tahun. Knp kita perlu cari salah org tapi kita kena cari kebenaran dan telah dapat kita kena syukur. Tahniah kepada wartawan yg berjaya mencari berita ini sehingga akhirnya ia terbongkar jua.

Pertama sekali nak ucap selamat pengantin baru kepada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan selamat menjadi ayah dan ibu kepada cahaya mata baru. Syukur kerana mereka sebenarnya bukan buat perkara salah cuma ia di lindungi daripada di salahi akibat perkara yg baik. Tapi sepatutnya mereka boleh berbincang cara baik dengan pihak pengurusan MIG jika niat mereka itu baik dan ikhlas.  Lepas ni boleh lah mereka buat majlis resepsi untuk peminat dan wartawan agar menghebahkan perkara yg baik ini.


Maka selepas ini tiada lagi spekulasi jahat atau gosip buruk pada pasangan ini kerena mereka telah benar menjadi suami isteri dan ibu bapa kepada Ahmad Fakharuddin Attar. Tahniah dari kami peminat dan pembaca cerita yg kurang enak tentang anda berdua. Apa pun doa dari kami semoga anda dapat kekal kebahagian ini sehingga ke Jannah yg di redhai Allah. Moga pihak pengurusan dapat mempertimbangkan tindakan mereka ini kerana ia adalah perkara yg baik.

Sebenarnya MG (MahaGosip) suka kepada mereka yg mendirikan masjid ini kerana ia dapt mengurangkan fitnah dan menghindari daripada melakukan dosa. Daripada terus menafikan tentang hubungan mereka tetapi bila dah putus kecewa, kata tak bercinta mcm mana leh putus. Itu adalah mainan dunia hiburan tanah air kalau tak ada perkara ini tak havok lah dunia hiburan ni kan. MG gembira pada artis yg lebih befikiran matang dan jauh untuk masa depan mereka. 



Peminat dunia seni tanah air gempar dengan penyebaran tentang status penyanyi antarabangsa Janet Jackson yg dikatakan telah memeluk Islam lebih setahun lalu. Namun segala keputusan itu di rahsiakan sehinggalah di hebahkan oleh sebuah laman siasatan rahsia. Di laman tersebut telah menyatakan bahawa selepas Janet memeluk Islam beliau bertunang dengan Ushawan kaya daripada Doha. 

Segala telah terbongkar selepas itu apabila Janet dikatakan sibuk dengan persiapan perkahwinan beliau dan diramalkan bahaw tunang beliau menghabiskan hampir AS$13 juta bagi majlis perkahwinan mereka. Satu perbelanjaan terbesar dalam sejarah perkahwinan di Hollywood. 

Satu sumber yang memberitahu sebuah majalah antarabangsa bahawa pada mulanya pasangan ini merancang untuk berkahwin pada hujung tahun depan, namun tarikh masih belum diketahui. Pasangan ini mula bertemu dan berkanalan pada Disember 2009, selepas Janet mengadakan konsert khas di negara Asia Barat. Namun masih diragui tentang niat sebenar Janet memeluk Islam. Mungkin juga benar hebahan sebelum ini bahawa abang beliau Michael Jackson juga pernah memeluk Islam sebelum beliau meninggal dunia. Sapa tahu???