Dunia Penuh Gosip - Komedi Dunia Penuh Gosip: Komedi - All Post
Memaparkan catatan dengan label Komedi. Papar semua catatan
Lebih dua tahun kita tidak disajikan sebuah filem yang begitu menarik dan juga penuh dengan segala element ini kerana kekangan daripada pandemik. Tiba tahun ini ada sebuah filem yang bakal menemui penonton dan peminat movie komedi di Malaysia. Walaupun kalau tengok pada tajuk movie ini macam seakan berat kisah keluarga dan juga kehidupan. Tapi sebenarnya ia tidak dan jauh dari apa yang kita andaikan.



Filem 'Tiga Janda Melawan Dunia' bakal menemui peminat filem tempatan bermula 19 Mei 2022 di semua pawagam di Malaysia terutama. Garapan dari pengarah muda iaitu Hyrul Anuar dan terbitan Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Pengarah ni selalu menghasilkan TVC dan sebab itu ada juga beberapa babak dalam filem ini dipengaruhi dengan iklan yang pandai digarabkan oleh pengarah ini. Kalau korang nak kenal siapa Hyrul Anuar tu beliau yang viral dalam drama sitkom Gila-Gila sebagai Aca budak yang suka tanya soalan mengarut pada orang kampung cari lah sendiri. 

Sikit sinopsis filem ini bukan spoiler tau. 

Ia mengisahkan tiga kehidupan janda yang mempunyai kisah silam yang sangat tragis dalam hidup dan kini menjadi kawan baik. Tiga janda lakonan hebat Khatijah Tan sebagai Midah, Normah Damanhuri sebagai Rohayu dan Raja Azura sebagai Ani yang mengilhamkan perisa vape jenama  mereka sendiri iaitu MRA. Ia adalah untuk mengumpul wang yang mencukupi bagi membeli tiket konsert terakhir artis kegemaran mereka Aiman Zalini lakonan Norman Hakim. Juga tidak kurang menampilkan pelakon bakat baru yang mampu menyerlah dalam dunia lakonan iaitu seperti Ellyza Azizi sebagai Ana anak kepada Midah dan Abbas Mahmood sebagai Fikri seorang pembantu makmal dan kekasih kepada Ana. 



Pelbagai halangan yang dihadapai suka duka dan sedih juga ada dalam cerita ini tapi lawak mereka bersahaja sangat menjadi. Penat gelak dalam pawagam sepanjang menonton filem ini sampai habis memang menarik tidak bosan. Boleh bagi ranking 9/10 daripada apa yang ditonton sendiri. 

Cuma ada beberapa perkara yang kurang sikit dalam filem ini adalah mereka memartabatkan unsur Vape yang kurang bagus dikalangan rakyat Malaysia. Dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan penghisap Vape di negara kita sepertimana penghisap rokok. Mungkin boleh gantikan dengan element lain yang lebih baik dan menarik. Tapi mungkin juga penulis skrip dan pengarah ni nak menarik minat anak muda menonton jadi di julang Vape tu dalam cerita ini. 



Juga ending pada cerita ini sedikit tergantung pada last aksi. Kalau korang nak tahu macam mana pengakhirannya korang kena pergi tonton nanti bermula 19 Mei 2022 ini disemua pawagam. Support lah filem tempatan kita. 








Tahniah buat pelawak wanita yang satu2nya aktif dalam dunia komedi, lakonan dan juga pengacaraan di Malaysia. Sapa lagi Jihan Muse yang telah menamatkan zaman bujangnya minggu lepas bersama jejaka pilihan hati Ungku Hariz. Pandai Jihan menyorok kisah cinta mereka yang telah terjalan beberapa tahun daripada pihak media.


Walaupun pernah dijolok beberapa kali tapi Jihan pandai mengawal situasi. Mungkin kerana kesibukan beliau dalam dunia seni dan kejayaan beliau yang dapat dilihat hari demi hari. Makin banyak job Jihan dilihat lebih mengutamakan kecantikan boleh lihat perubahan Jihan daripada mula muncul dalam program Raja Lawak musin ke 3 sehingga sekarang telah berumah tangga.

Malah pada hari bertunang dan berinai kecantikan Jihan makin terserlah dan makin jelas dapat dilihat pada setiap sudut kamera yang diambil. Mengenakan pakaian tradisional Jihan jauh lebih cantik setelah membuka braces yang dikenakan sebelum ini. Juga setelah tampil menjadi duta beberapa produk kesihatan dan kecantikan Jihan makin berani bergaya dengan pelbagai pakaian yang cantik2.


Majlis resepsi meraikan pasangan pengantin ini diadakan di Laman Kayangan Shah Alam dan turut dihadiri lebih kurang 300 tetamu keluarga dan rakan terdekat. Malam tu Jihan menggayakan pakaian bertema hitam putih. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan di TTDI pada 27 Mac nanti. Selamat pengantin baru moga bahagia hingga ke Jannah buat kedua2 mempelai.










Makin lama makin tak tentu arah program realiti di Malaysia ni. Meniru dan juga mengikut konsep yg sama menjadi trend kepada pengusaha stesen tv tempatan. Demi meraih keuntungan yg cepat dengan menggunakan SMS sebagai method pemilihan pemenang ia bagaikan tidak terkawal. Baru2 ni lak lahir satu lagi program realiti yg mencari pelapis barisan pelawak tempatan.

Katanya sebelum ni stesen tv ini pernah membuat program yg seakan sama dengan ini tapi kali ni lebih kepada konset mentor mentee. Di mana ada barisan sifu yg akan melatih mereka2 ini untuk beraksi lebih hebat di pentas lawak. Tak kisah lah niat mereka bagus nak melahir pelapis untuk generasi baru tapi mungkin cara tu tak berapa nak betul.

Gambar sekadar hiasan

Mungkin kerana melihat kejayaan program seakan sama daripada sebuah stesen tv berbayar makin mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan. Maka mereka juga sibuk nak mencari bakat yg sama berlawak dan menyanyi. Tapi saya semasa sesi memperkenalkan peserta nampak seperti sebuah program realiti yg men'Recycle' senarai peserta yg pernah keluar dari program yg hampir sama tu.

Majoriti daripada peserta itu muka pernah masuk dalam mingguan sms untuk program realiti dari stesen tv berbayar. Tapi untuk mengelak daripada nampak terlalu kitar semula meraka telah memecahkan peserta2 tersebut daripada kumpulan asal. Dan ada pula yg daripada solo telah di gabungkan menjadi kumpulan untuk mendapatkan persembahan yg lain dan mantap katanya. 

Tapi sayang semua perserta tersebut adalah daripada mereka yg telah keluar dari program realiti tersebut dan tidak mendapat job. Maka terpaksa ambil meraka kerana tiada peserta lain yg layak kot. Tak pun nak menarik minat penonton yg pernah melihat mereka ini di kaca tv bagi mendapatkan undian sms yg tinggi. 

Apa pun semua ini adalah mainan politik dalam stesen tv untuk meraih keuntungan semata2. Kita sebagai penonton jgn lah mudah terpedaya tapi kita boleh nak berhibur dengan lawak2 meraka ni. Kebanyakan mereka ni juga ada potensi lawak yg hebat cuma kurang dapat publisiti. Moga2 ia mendapat tempat di hati peminat indutri lawak di Malaysia.





Dari minggu ke minggu makin hangat gelanggang lawak tempatan apabila makin panas dengan kritikan daripada juri. Tapi apabila terlalu pedas ramai pulak yg tidak puas hati dan ramai yg sentiasa rasa ada tak kena. Ini lah berlaku kepada Maharaja Lawak Mega apabila juri terlalu str8 makin ramai yg bersuara. Tapi bagi peringkar Maharaja Lawak Mega ini memang sepatutnya juri bertindak sedemikian.

 

Kritikan yg terus terang daripada Dato Chef Wan kepada semua persembahan perserta membuatkan ramai pihak tidak senang. Kerana daripada tindakan itulah juga ramai peserta yg byk melakukan perubahan makin baik kepada lebih baik. Dan memang sepatutnya pun pada level ini kritikan harus lebih telus dan jujur agar semua peserta otai2 ini tidak shok sendiri.

Kritikan daripada Zainal Abidni Hassan adalah sederhana dan seperti juri2 lain sebelum ini. Kadang-kadang kritikan beliau lebih selamat kepada semua peserta. Manakala Dato Siti Nurhaliza pula terlalu berjaga-jaga ketika memberi komen. Mungkin kerana nak menjaga hati semua peserta atau nak menjaga kredebeliti beliau sebagai seorang artis yg dikenali dengan kata2 yg cukup berhati-hati.

Namun peserta perlu lebih terbuka dalam menerima semua kritikan juri kerana ia adalah bertujuan membantu mereka bukan untuk menjatuhkan mereka. Pada penonton pulak jgn nak terlalu emo atas semua komen2 juri kerana itu semua kepada peserta. Ini semua nak drama jer kadang2 jng nak terlalu emo sgt ok..
Sudah masuk minggu kedua rancangan Maharaja Lawak Mega di Astro Warna bersiaran, namun masih ramai lagi peserta yg tidak menonjol malah ada sekadar melepas batuk di tangga ketika membuat persembahan. Ada yg langsung tak lawak naik pentas dan pakai laram jer nak sebut apa nak buat apa. Langsung tak melambangkan kehebatan mereka sebagai pelawak2 otai.

Bukan nak merendah2kan pelawak negara tapi kalau setakat lawak sebeginilah yg di tonjolkan oleh kebnyakan peserta maka kita tahu di mana tahap dan level pelawak kita untuk bersaing di peringkat lebih hebat lagi. Ada lak tu lawak yg di reka2 tapi langsung tak gelak tak faham lah. Sorry to say seperti kata Dato Chef wan kepada satu kumpulan wanita ini 'Knp kita perlu memerah otak untuk berfikir lawak kat mana jadi itu semua tak lawak langsung lah'.

Gebu tak berapa nak gebu tunggu masa jer ni...

Tapi tak dinafikan juga masih ada kumpulan yg membuat persembahan hebat serta terus meningkat dalam minggu ini. Seperti persembahan luar jangka daripada Adlin Aman Ramli. Sungguh buruk sekali terpaksa tgk perut Adlin tapi persembahan cukup berani dan hebat lah. Persembahan lain yg hebat ialah Pimai dan Boboi. 

Aksi Adlin yg berani tapi tetap best lah..

Penyingkiran sepatutnya belaku pada minggu ini tapi akan diumumkan pada minggu hadapan sebelum peserta membuat persembahan. 5 kumpulan terburuk undian akan di singkirkan dan bagi aku kumpulan Gebu, Lanun, Caer, Comel & Syok harus disingkirkan. Tunggu minggu depan ok.