Dunia Penuh Gosip - Mencari Sepahtu Yang Hilang Dunia Penuh Gosip: Mencari Sepahtu Yang Hilang - All Post
Memaparkan catatan dengan label Mencari Sepahtu Yang Hilang. Papar semua catatan
Program realiti yang diilhamkan oleh Kumpulan Sepahtu selepas melihat banyak ahli mereka yang makin berkurangan dan silih berganti. Diikuti pula dengan Shuib yang sekarang lebih fokus kepada business dan keluarga, telah terilhamnya program ini dilancarkan pada tahun lepas. Setelah 8 minggu semua 12 peserta solo dan berkumpulan bersaing setiap minggu bagi mendapatkan gelaran juara kini minggu akhir telah berlangung pada hari Khamis yang lalu.



Kumpulan ARTEH telah dinobatkan sebagai juara sulung bagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021. Arteh telah mengalahkan 4 finalis lain dimana Gahai muncul sebagai naib juara, diikuti tempat ketiga, keempat dan kelima ialah kumpulan San, Takal dan Jonet.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi, diikuti naib juara dengan jumlah hadiah sebanyak RM15,000 juga beserta trofi. Untuk tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing dengan hadiah RM9000, RM6000 dan RM3000 ribu beserta trofi.

Kumpulan ARTEH


Pentas akhir para peserta telah ditugaskan untuk membuat 2 persembahan dihadapan juri dengan 2 tugasan iaitu bebas dan muzikal. Malam itu juga, mereka bukan diadili oleh ahli kumpulan Sepahtu, Jep, Rahim dan Pakya tetapi daripada 2 juri jemputan iaitu Datin Lisa Surihani dan juga anggota Sepahtu yang hilang, Shuib.
 
Seperti yang diumumkan sebelum ini, pemenang program MSYH2021 ini bukan sahaja mencari juara tetapi mencari individu bagi mengisi kekosongan Shuib dalam program Sepahtu Reunion 2022 nanti.



Jadi pada malam itu, Dewa daripada kumpulan Arteh telah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas sekali gus akan terus bersama Sepahtu dalam 10 episod Sepahtu Reunion musim baru yang bakal membuka tirai pada 27 Januari ini. Tahniah kepada semua pemenang.