Memaparkan catatan dengan label Mentor. Papar semua catatan
PROTEGE Apex Tadjudin melakar kejayaan manis apabila muncul juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi. Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, yang juga protege kepada mentor Hazama menerima hadiah wang tunai RM100,000 tunai berserta trofi dan dua buah motosikal jenis Benelli RFS 150i.


Apex juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir serta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000 serta dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Apex yang berasal dari Terengganu menyampaikan lagu Merisik Khabar serta berduet dengan Hazama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu dan Langit dan Bumi. Tempat kedua menjadi milik Daus Husny yang menyampaikan lagu Apokalips dan berduet dengan Ernie Zakri menerusi lagu Kerana.

Peserta bernama sebenar Muhammad Firdaus Abdul Rafi, 20, dari Johor ini memenangi hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi. Aedy Kama yang menyampaikan lagu Sinar dan Lagu Untukmu dan berduet dengan Black menerusi lagu Seniman Menangis & Antara Hujan dan Air Mata pula menduduki tempat ketiga.

Aedy atau nama sebenarnya Muhammad Aidil Kamarulzaman, 22, membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi. Tempat keempat jatuh kepada Rika Riana atau nama sebenarnya Erika Rianty Anthony, 19, dan berjaya membawa pulang RM10,000 berserta trofi.


Pemarkahan protege pada musim ini ditentukan dengan 60 peratus persembahan daripada pihak juri dan 40 peratus undian awam. Undian dibuat menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/mentormilenia.

Mentor Milenia 2019 dibawa khas oleh penaja utama KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari dan penaja bersama, OPPO A9 2020. Pentas final membariskan juri profesional terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Altimet dan Faizal Tahir serta dihoskan Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty HotFM.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir dengan lagu Ragaman. Selain itu, Top 10 protege musim ini turut menyanyi medley lagu Rampas (nyanyian asal Akim & The Majistret) dan Sumpah (nyanyian asal Naim Daniel) dalam irama pop yeh yeh.






Akhirnya Team Siti Nordiana dan Zaaim dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor 7 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam ini. Kemenangan itu melayakkan Zaaim atau nama sebenar Zaaim Abduah membawa pulang sebuah kereta tajaan Aerocar dan hadiah wang tunai RM80,000 serta trofi.


Tempat kedua dimenangi protoge kepada Aizat iaitu Pasya dengan membawa pulang wang tunai RM40,000. Manakala tempat ketiga disandang Azmarul yang iaitu protege kepada Hafiz menerima wang tunai RM20,000.

Tempat keempat dimenangi protoge kepada Datuk Syafinaz iaitu Ranisha dengan membawa pulang RM10,000. Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan dua lagu iaitu secara solo serta berduet dengan artis jemputan.


Zaaim bersama Lan Solo berduet dalam lagu Gemuruh. Dia kemudian secara solo menyampaikan lagu Bukan Rayuan Gombal. ZAAIM membuat persembahan pada Konsert Akhir Mentor 7 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam ini. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din. Azmirul bersama Ernie Zakri berduet Bagaikan Sakti diikuti persembahan solo Laksamana Raja Di Laut.

Ranisha pula berganding dengan Siti Sarah dalam lagu Beribu Sesalan. Dia kemudian menyampaikan lagu Listen secara solo. Manakala Pasya berduet dengan Jaclyn Victor menerusi lagu Bohemian Rhapsody dan lagu solo Bunga Bunga Cinta. Turut memeriahkan pentas final Mentor 7 adalah ratu rock Malaysia, Ella selain turut dimeriahkan dengan persembahan Nabila Razali dan Khai Bahaer.






Kalau korang selalu tengok persembahan artis seperti Misha Omar, Anur Zain, Ning Baizura dan banyak lagi wajah Elvira ini sering kelihatan. Beliau ini ada dalam dunia seni muzik tanah air telah lama ada tapi kemunculan beliau hanya kadang-kadang pelengkap persembahan artis. Tapi dengan pengalaman dan juga bakat yang ada kini beliau mampu buktikan menjadi bintang bersinar.


Elvira telah diumumkan sebagai juara Mentor Otai akhir yang telah berlangsung malam tadi. Beliau menewaskan 3 lagi lawan lain iaitu Azee anak didik Zarul yang mendapat tempat kedua, manakala Kak Alina anak didik mentor Siti Sarah di tempat ketiga dan AJ anak didik Tam Spider di tempat keempat. 

Melalui kemenangan ini Elvira dan protege Misha Omar ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi juara Mentor Otai. Pada malam akhir beliau membawa dua buah lagu secara solo dan berduet bersama Azlan Typewriter. Persembahan yang bertenaga dan mendapat pujian daripada dua orang juri tetap pada malam tersebut iaitu Edry Abdul Halim dan Mark Adam.

Selepas ini akan terus berkembang bakat dan juga kerjaya Elvira dalam dunia seni ini dan mejadi bintang yang bersinar kerana beliau begitu berbakat. Suara yang lantang dan tinggi adalah kelebihan wanita berusia 38 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur ini. 





Berakhir sudah program Mentor Milenia akhir malam tadi apabila peserta paling muda dari Sabah protege Akim iaitu Elica dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Elica menewaskan 3 lagi peserta akhir iaitu Usop, Along dan Sheera. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan juga percutian ke London


Tempat kedua pula milik protege Hazama iaitu Usop yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi. Ramai peminat dan penonton berharapkan Usop boleh menjadi juara namun persembahan yang tidak bergitu mantap dan pemilihan lagu yang kurang tepat menjadi punca kekalahan beliau. 

Manakala ditempat ketiga milik protege Tomok iaitu Along yang membawa pulang wang tunai RM20,000 dan juga trofi. Di tempat keempat pula milik protege Black iaitu Sheera membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. 

Peserta akhir diadili juri tetap dan jemputan yang mewakili 50%, manakala selebihnya juri awam sebanyak 20% dan 30% undian online penonton. Peserta akhir Mentor Milenia 2017 membuat dua persembahan solo dan duet dengan penyanyi jemputan antaranya Siti Nordiana, Misha Omar, Hael dan Salma.





Program realiti tv yang penuh dengan kontroversi ini akhirnya sampai ke kemuncaknya malam tadi. Program apa lagi kalau bukan Mentor Milenia yang mana kontroversi daripada segi penaja yang over shadow dan terlampau lebih2 daripada penerbit. Juga proram yamg menggunakan barisan mentor muda yang kurang bepengalaman.


Mentor Milenia akhir malam tadi berlangsung secara langsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam dan stesen TV3. Membariskan 3 protege yang layak ke akhir iaitu Qody dan Wanie protege Black manakala Fareez protege Hazama. Sebelum ini 8 protege semuanya dan telah melalui 8 minggu yang penuh dengan cabaran.


Pada persembahan akhir kesemua protege di kehendaki membuat dua persembahan iaitu secara solo dan duet dengan mentor mereka sendiri. Pada mula persembahan dan sokongan peminat memihak kepada Qody namun itu semua andaian penonton pada peringkat awal. Ramai yang meramalkan bahawa Qody boleh menjuarai program ini.

Tapi semua terpulang kepada undian juri awam di studio sebanyak 20markah dan juga undian penonton di rumah melalui laman web mereka. Tuah akhirnya menyebelahi Fareez anak kepada pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang dinobatkan sebagai juara. Berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi. Manakala tempat kedua milik Qody dan tempat ketiga milik Wanie.

Tahniah kepada semua pemenang tapi ada juga pihak yang tidak senang dengan keputusan pada malam itu seperti ada yang tidak kena. Ramai pihak menyatakan dalam laman sosial tentang kemenangan Fareez. Tapi itu semua rezeki dan tuah yang menyebelahi yang penting Dato Vida puas hati selaku penaja besar pada malam itu. Tahniah semua.







Siapa sangka dari kosong tidak pernah langsung menyertai mana2 petandingan menyanyi telah mengubah Azmil sebagai juara Mentor Lagend 2014. Anak didik Dayang Nurfaizah ternyata mempunyai aura dan juga gaya persembahan ikhlas menjadi penarik buat penonton. Setuju dengan komen juri pada mlm akhir yg telah berlangsung malam tadi di Sri Pentas Dua Shah Alam.


Azmil berjaya memenangi wang tunai RM300,000.00 dan juga sebuah kereta Proton Iriz, sound system serta voucher Zalora dan juga tidak pulang tangan kosong buat Mentornya Dayang Nurfaizah juga memenangi kereta dan sound system serta voucher Zalora. Manakala tempat kedua pula milik Aina protage Ella dan tempat ketiga milik Sarah anak didik Amy Search. Tahniah buat semua yg berjaya berada di peringkat akhir ini kerana anda adalah pemenang.

Malam akhir Mentor Lagend di serikan lagi dengan persembahan artis jemputan dari seberang Chakra Khan yg juga menjadi juri pada malam tersebut. Apa pun keputusan memang suka sgt persembahan semua peserta akhir tempat pertama mahupun tempat kedua dan ketiga. Adakah lepas ini akan ada lagi Mentor nantikan sahaja pengumumannya.









Mungkin tiba musim percutian ni musim untuk artis2 tempatan kita melangsungkan majlis pertunang. Baru2 ni lak kita di beritahu dengan pertungan 3 jejak hebat Malaya ni. Meraka yg bertunang dengan tarikh dekat2 jer pastu trand bertunang senyap2. Tapi bagus gak kan dia org ni tak suka gosip2 dan juga perkara2 yg tidak di ingini berlaku. Tahniah kepada 3 jejaka terhangat ni lepas ni mereka yg minat pada jejaka ni gigit jari lah ok hehehe...


Pierre Andre melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan pada 9 Februari 2013 di kediaman gadis tersebut di Johor. Majlis pertunangn yg di langsungkan secara sederhana telah di muat naik kedalam facebook MIG. Moga tiada lagi gosip dan gangguan pelakon dan pengarah muda ini dalam menghasilkan karya untuk industri filem tanah air. 

 

Juara Pelakon TV Lelaki Paling Popular ABPBH 2011 ni telah pun selamat melangsungkan majlis pertunangan pada hari ni di kediaman wanita pilihan beliau di Kuantan Pahang. Fizz Fairuz sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Almy Nadia nampaknya tidak ke sampaian. Mungkin ini adalah pilihan yg tepat dan bagus untuk mengurangkan gosip2 liar terhadap artis tempatan ni.


Black juga telah melangsungkan pertunangan dengan insan pilihan hati. Tapi malangnya ia di rahsiakan hanya khabar berita daripada media dan wartawan sahaja di dengari dari mulut ke mulut. Akhirnya Black mengaku telah bertunang secara terbuka namun masih merahsiakan siapa pilihan hati beliau itu. Apa pun peminat mendoakan kejayaan dan kebahagian untuk pasangan muda ini dan kerjaya Black.





Akhirnya tamat gak program realiti di TV3 setelah lebih 3 bulan untuk mencari pelapis penyanyi yg hebat seperti Black dan Fiq dulu. Tahniah buat Caroline kerana memang persembahan yang mantap daripada beliau serta gaya persembahan hebat membawa kepada beliau untuk juara Mentor 6. Mambawa pulang wang tunai RM 200 Ribu dan juga trofi juara Mentor 6.

Tempat kedua milik Zatul dan juga kak Ogy dengan membawa pulang wang tunai RM 30 Ribu. Persembahan teater Zatul membuatkan beliau untuk merangkut tempat kedua itu. Manakala tempat ke tiga milik Anas dan Faizal Tahir. Walaupun ramai yg pada awl meramal bahawa mereka akan menang namun bukan rezeki Anas pada mlm itu.

Namun tak kisah sapa menang yg penting mcm mana mereka akan memenuhi dunia hiburan ini agar dapat bersaing dengan mereka yg dah lama. Menjadi seperti juara2 yg lepas seperti Fiq dan Black. Mentor adalah satu platform yg paling kuat juga untuk membina nama. Tapi mcm mana hubungan mereka dengan Mentor setelah tamat akan jadi apa yer. Yg nampak masih bersama bekas peserta Mentor iaitu Edry KRU dan protegenya Iqa.





Mentor 6 bagi kumpulan B telah berlangsung semalam di Auditarium MBSA dengan menyaksikan protege KJ tersingkir bersama Mentornya Adam. Adat dalam pertandingan ada yg terkeluar ada yg berjaya mara yg pasti persembahan yg hebat adalah faktornya. Menyaksikan persembahan KJ tidak kurang hebat namun masih ada kekurangan yg boleh di baiki dalam persembahan beliau. Namun kata org kalau dah bukan rezeki nak buat mcm mana redha dan bersyukur.

Namun itu tidak mematahkan semangan Zatul yg juga protege Kak Ogy apabila terus gemerlap pada malam itu dengan menjadi juara mingguan mengalahkan Caroline. Zatul menunjukkan keikhlasan dalam persembahan beliau menjadikan ia satu bersembahan penuh dengan emosi apabila juri tetap Kak Pah sendiri menitiskan air mata. Ia terus menlonjakkan beliau pada mlm itu dan terus layak ker peringkat akhir.

Namun kehebatan Caroline tidak dapat dinafikan. Beliau yg terus selesa mendahului kesemua protege secara automatik layak ke peringkat separuh akhir. Namun nasib mereka akan di tentukan pada peringkat separuh akhir nanti apabila bertemu dengan protege dari kumpulan A. Sapa yg kuat sapa yg hebat hanya juri tetap menentu. Anda terus mengundi untuk memastikan peluang mereka masih ada. Tahniah Zatul dan Caroline.



Semalam penyingkiran pertama dalam pertandingan Mentor 6 menyaksikan penyanyi kesayangan ramai Ramlah Ram dan Protegen Ana tersingkir untuk kumpulan A dikalahkan oleh Tisha dan Anas. Kehebatan Tisha tidak dpt di nafikan apabila membuat persembahan paling mantap pada mlm itu. Persembahan paling bertenaga itu membuka peluang besar kepada Protege Ferhad untuk mara ke peringkat separuh akhir nanti.

Kekalahan Ana seperti sudah diramal apabila melihat kepada persembahan yg langsung tiada emosi dan tenaga pada malam itu. Paling sedih apabila Dato Ramli M.S berkata ia adalah persembahan "Lesu" ini menguatkan lagi bahawa beliau akan tersingkir pada mlm itu. Tisha Mengambil kesempatan tersebut untuk membuktikan bahawa beliau mempu memberi persembahan terbaik pada malam itu terus di nobatkan sebagai juara mingguan buat pertama kalinya pada mlm tersebut.

Pastinya keputusan kumpulan A telah di ketahui dan menunggu 2 lagi peserta dari kumpulan B yg akan bersama ke peringkat separuh akhir nanti di antara KJ, Caroline dan Zatul. Sesuatu bakal di lakukan setelah melihat kepada persembahan minggu ini oleh mereka semua. Ini kerana keputusan pada saat2 akhir mempu untuk merubah segalanya. Pasti undia juga memainkan peranan penting kepada semua peserta anda lakukan tugasan untuk memastikan mereka sentiasa di atas.