Dunia Penuh Gosip - Mikraj Cinta Dunia Penuh Gosip: Mikraj Cinta - All Post
Memaparkan catatan dengan label Mikraj Cinta. Papar semua catatan
Sapa tak kenal artis no 1 negara yang masih memegang status itu sehingga ke hari ini. Masih tiada yang mempu menyaingi beliau dalam dunia seni suara. Pernah tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penyanyi Wanita Paling Banyak Memenangi Anugerah. Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 37 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 MTV Asia Awards, 3 World Music Awards, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Singapore Music Awards dan banyak lagi (sumber wikipedia).


Tu lah dia Dato Siti Nurhaliza yang tidak asing lagi dan kini muncul dengan single terbaru beliau 'Mikraj Cinta' ciptaan oleh Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fedtri Yahya. Lagu berdurasi 4 mini lebih ini sungguh memukau bukan sahaja daripada susun atur musik malah juga lirik yang mendalam. Sesuai dengan konsep lagu ini menggabungkan muzik arab dan juga mainan violin yang jelas menjadi penyeri lagu ini.


Di tambah lagi dengan suara merdu Dato Siti Nurhaliza ini pasti ia adalah satu karya paling agung yang dicipta abad ini untuk penyanyi bertaraf international ini. Music Video lagu ini juga telah siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini. Ia adalah satu lagi bukti kehebatan lagu ini setaraf dengan kedudukannya MV ini di hasilkan pada lokasi yang tertinggi di KL. Berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur dan juga Menara KLCC menjadikan MV ini sangat begitu berjaya.


Diarahkan oleh Zuli dan Aloi, MV ini menggunakan teknologi Dron untuk mendapatkan view keseluruhan pemandangan dari puncak Menara KL dan juga keseluruhan pemandangan KL. MV ini berjaya membawa satu lagi revolisi muzik tempatan ke arah kemajuan dan berteknologi tinggi. Suka tengok MV ini banyak kali pun best tambah2 kalau tengok dalam resolusi HD memang memukau dan juga lagu yang merdu dan suara Dato yang merdu.


Moga lepas ini MV sehebat dan lebih hebat daripada ini dapat di hasilkan di masa akan datang. Tahniah buat Dato Siti Nurhaliza dan crew serta pencipta lagu ini memang semuanya cukup sempurna. Saya peminat Dato Siti Nurhaliza no 1 tau setiap lagu saya minat dan saya hafal. Moga lagu ini boleh menang banyak anugerah nanti tahniah.